Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?

Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?
August 24th, 2009 | by Abu Saif

slide1e

“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.

Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?

slide2e

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.

Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.

Slide3

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Slide5

Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.

Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.

Slide4

Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.

Slide6

Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.

Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai.

Slide7

Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan, sebagaimana yang diilustrasikan di bawah:

Slide8

Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah.

Slide9

Slide10

Slide11

Slide12

Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA.

Salam Ramadhan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ramadhan Mubarak, Ramadhan Karim



http://www.quranflash.com/en/quranflash.html







KURSUS ICT (ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB)

sABTU,15 OGOS DAMANSARA PERDANA.Seramai 31 orang peserta menyertai kursus ICT asas pembangunan laman web yang dianjurkan bersama PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM Negeri Selangor dan Educate To Learn Sdn. Bhd. Program ini merupakan projek kominuti Yayasan EMKAY. Peserta diperkenalkan tentang asas pembinaan laman web menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver.

PROGRAM PASTI

PROGRAM

TARIKH

TEMPAT

TAMRIN MGP PUSAT

14-15 OGOS 2009

BACHOK, KELANTAN

KURSUS MEMBINA LAMAN WEB

15 OGOS 2009

8.00pagi -5.30petang

DAMANSARA PERDANA

Peserta 30 orang

LAWATAN PENILAIAN PERTANDINGAN

3K PASTI MALAYSIA 2009

(PERINGKAT AKHIR)

15 OGOS 2009

11.30pagi

PASTI AL-HUSNA

ULU BERNAM

HULU SELANGOR

LAGU RASMI PASTI

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang ... cemerlang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam islamkan gemilang ... gemilang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)