Sedang di Selenggara

Assalamualaikum

Buat Pengguna sekalian,
Blog telah selesai melalui peringkat kemaskini
Bagi pengunjung yang ingin mencari cawangan PASTI diselangor sila dlihat direktor kawasan mengikut zon. pihak kami sedang mengumpul dan mengemaskini saluran komunikasi ke kawasan dan cawangan
diharap dapat bersabar. Maaf segala kekurangan.
sekian, Terima Kasih
ADMIN UNIT ICT PASTI SELANGOR

Bekas Pelajar PASTI Mewakili Team Bola Sepak Malaysia Bawah 12 tahun

26 Julai 2015: Melentur buluh biarlah dari rebung merupakan peribahasa dalam mendidik dan mengasah bakat anak-anak. PASTI melalui program tahunan yang dianjurkan seperti Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring telah menjadi pendorong awal anak-anak dalan arena sukan. Ini dapat dibuktikan apabila salah seorang bekas pelajar PASTI Muhammad Najmuddin Akmal B.Kamal Akmal sekarang ini merupakan salah seorang pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun.
Adik Najmudin merupakan bekas pelajar Pasti Ilmi Taman Permata dari Kawasan Gombak, Selangor. Beliau telah mewakili kontigen PASTI Negeri Selangor dalam pasukan bola sepak semasa Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2009 di Universiti Selangor(UNISEL). Melalui acara sukan tersebut beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik bola sepak peringkat PASTI Malaysia.
Bermulanya pengasahan bakat di PASTI beliau telah merangkul pelbagai anugerah. Antaranya;
1. Pemain terbaik CIMB -YFA bawah 7 tahun, bawah 8 tahun, bawah 9 tahun, bawah 10 tahun, bawah 11 tahun.
2. Penjaring terbanyak liga Kebangsaan bawah 10tahun pada 2013.
3. Penjaring terbanyak liga 1MCC pada tahun 2015.
4. "Man of the match" liga Kuala Lumpur pada tahun 2014.
dan banyak anugerah pemain terbaik dan penjaring terbanyak di kejohanan-kejohanan bolasepak tempatan di dalam negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah diatas kejayaan adik Najmudin. Semoga beliau terus merangkul pelbagai kejayaan dalam sukan bola sepak negara dan juga akedemik


Gambar adik najmudin mengetuai bacaan ikrar Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009
Gambar terkini 

Majlis Khatam Al-Quran & Usrah Perdana MGPNS

Kuala Selangor, 4 Julai: Masjid  Darul Ibadah, Kg. Harmoni, Simpang 3 Ijok, menjadi saksi Majlis Khatam Al-Quran dan Usrah Perdana Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS). Majlis di rasmikan oleh Ustaz Abdul Muiz Mohamad, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS).

Turut diraikan sumbangan kepada 50 mualimah yang merupakan ibu tunggal yang masih berkhidmat di PASTI. Usrah perdana di ketuai oleh Ustaz Mohamad Zuhdi Mat Piah. Seterusnya diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Selangor Terus Mengekalkan Pencapaian

2Jun, Shah Alam: Pencapaian PASTI Selangor terus di iktiraf dengan penerimaan anugerah semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) 2015 petang tadi. Bertempat Dewan Jubli Perak, SUK Negeri Selangor telah berlangsung Muktamar DPPM kali ke-56. Muktamar yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu diraikan oleh urusetia yang berbaju jawa bewarna hijau serta para AJK DPPM berbaju Melayu serta bersampinkan PAS.

Kali ini, PASTI  Selangor menerima 4 anugerah dimana 2 daripadanya diterima oleh PASTI Kawasan dan 2 lagi PASTI Selangor sendiri. Antara anugerah yang diterima adalah KPI kawasan terbaik serta Kategori Pertambahan Murid Teramai 2015 sebanyak 28% yang dianugerahkan kepada PASTI Kawasan Shah Alam. Anugerah di terima oleh Pengerusi PASTI Kawasan Shah Alam, saudara Rizal Samadi Mohd Rodzi

2 lagi anugerah iaitu Penubuhan PASTI Baru 2015 terbanyak sebanyak 26buah dan Pengurusan Kewangan Terbaik di anugerahkan kepada PASTI Negeri Selangor. Anugerah diterima oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Syarhan Humaizi juga merangkap Pengarah PASTI Negeri yang baharu.

Guru PASTI Murabbi Ummah

GOMBAK, 9Mei: Guru PASTI Murabbi Ummah adalah tema sempena Sambutan Hari Guru PASTI 2015. Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak. Majlis dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ust. Syarhan Humaizi B. Abdul Halim. Turut hadir pimpinan PAS kawasan, dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Selangor.

Kehadiran lebih 250 orang para Muallimah seluruh PASTI Kawasan di Negeri Selangor bagi memeriahkan majlis ini. Sempena Hari Guru yang dirai setiap tahun pada bulab mei, PASTI Negeri Selangor mengadakan majlis ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan para Muallimah di dalam mendidik dan membimbing anak-anak mengikut acuan Islam yang sebenar.Justeru itu, PASTI Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Para Muallimah PASTI.

Selamat Hari Guru

SUKPAM, Selangor sapu bersih acara balapan

Temasya Sukan PASTI Malaysia kali ke sembilan 2015 ( SUKPAM)  telah berlangsung pada 25 April 2015 di padang Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.  Acara gilang gemilang ini telah disertai oleh 12 buah PASTI negeri seluruh Malaysia. Namun terdapat kelainan pada SUKPAM kali ini dimana terdapat acara selingan balapan lari berganti 4X25 meter kategori murid PASTI lelaki dan perempuan.

Kotingen PASTI Selangor menghantar semua penyertaan. Namun pasukan bola sepak dan bola jaring tidak dapat mara ke pusingan kedua atas faktor saingan sengit dalam perlawanan berkumpulan. Dalam menebus kekecewaan itu PASTI Selangor berjaya menyapu bersih dalam acara balapan iaitu johan larian berganti-ganti 4x25meter kategori lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada jurulatih, guru pengiring dan ALP PASTI Selangor dalam usaha memburu kejuaraan SUKPAM 2015.  Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik diakhirat kelak. InsyaAllah kita buru kejuaraan SUKPAM 2017 di Pahang Darul Makmur.

Berikut adalah keputusan Rasmi SUKPAM 2015:

Balapan Perempuan

Johan: Selangor

N. Johan: Kelantan

Ketiga: Pahang

Keempat: Negeri Sembilan


Balapan Lelaki

Johan: Selangor

N. Johan: Johor

Ketiga: Terengganu

Keempat: Perak


Bola Jaring

Johan: Johor

N. Johan: Kedah

Ketiga: Negeri Sembilan

Keempat: Terengganu

Penjaring terbanyak: Alia Adriana Salahudin (Kedah)

Pemain Terbaik: Nor Anis Faqihaha Mohd Rofidin (Johor)


Bola Sepak

Johan: Kelantan

N. Johan: Johor

Ketiga: Kedah

Keempat: Pulau pinang

Penjaring terbanyak: Mohd Dhiyauddin (Perlis)

Pemain Terbaik: Mohammad Aiman Hadi (Kedah)


Kontigen Terbaik

Perlis Indera Kayangan


Juara Keseluruhan

Johor Darul Takzim