Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP1)

Sg. Congkak, 25 Disember 2011: Tahun 2011 masihi bakal sampai penghujungnya dan sesi persekolahan 2012 juga menjelang tiba. Bagi PASTI cawangan yang telah lama beroperasi persediaan guru-guru mungkin sempurna berbanding PASTI cawangan yang baru. Begitu juga guru-guru PASTI yang baru yang memerlukan pendedahan awal pendidikan kanak-kanak di PASTI. dengan inisiatif itu PASTI Negeri Selangor terus kehadapan berusaha mengadakan kursus-kursus latihan untuk guru-guru PASTI.

Bagi penghujung tahun 2011 ini unit latihan telah merancang KAPP 1(Kursus Asas Perguruan PASTI Siri 1). Ia terbuka pada guru-guru baru dan lama yang masih belum mengikuti kursus ini. Sasaran kursus ini adalah melibatkan negeri Selangor sahaja tetapi atas permintaan beberapa negeri ia dibuka bagi mereka yang memohon sahaja. Dalam kursus ini penekanan diberikan pada pehimpunan pagi dan cara komunikasi pada guru-guru. Turut di isi bersama asal usul sejarah penubuhan PASTI serta PAS sebagi pemahaman guru-guru bahawa PASTI ini adalah institusi pendidikan pra-sekolah dibawah PAS.

Terdapat juga pengisian solat kerohanian dan akidah bagi membersihkan jiwa guru-guru ini supaya ikhlas dalam perjuangan sebagai guru. Semoga guru-guru terus istoqamah dalam perjuangan dan mengambil inti pati kursus untuk di implementkan dalam pengajaran dan kehidupan seharian.

Kuliah Subuh


Praktikal guru


Gamba kenangan guru-guru