Perutusan Pengarah PASTI Selangor.

Klik tajuk untuk membaca

Ijtima' PRU13 MGPNS 2013.

Klik tajuk untuk membaca

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia 2013.

Klik tajuk untuk membaca

Seminar Pengurusan PASTI Malaysia 2012.

Klik tajuk untuk membaca

Majlis Konvokesyan PASTI Selangor2012.

Klik tajuk untuk membaca

Majlis Konvokesyen PASTI DUN Pelabuhan Klang.

Klik tajuk untuk membaca

Selangor Juara ARPM 2012

Klik tajuk untuk membaca

Maklumat Terkini


Link Maklumat PASTI Cawangan

Sila rujuk link dibawah.
http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2010/02/maklumat-pasti-cawangan-seluruh-negeri.html
Nota:Buat pengurus PASTI Cawangan & Pengerusi kawasan sila mengemaskini maklumat PASTI mengikut fotmat Nama PASTI, Alamat, No. untuk dihubungi oleh penjaga berserta nama untuk dihunbungi. Pengerusi kawasan juga diminta mengemaskini no. telefon anda.
***Bagi yang sudah memberi sila semak jika terdapat kesalahan ejaan/maklumat yg berubah

emailkan maklumat di: alhariz_87@yahoo.com / pasti.sgor08@gmail.com


Dana Pembangunan PASTI NEGERI SELANGOR
Akaun BIMB : 12-092-01-003290-3

Tabung Kebajikan PASTI SELANGOR
Akaun BIMB : 12-092-01-003289-7

Selamat Menduduki Peperiksaan- Pengarah


Ijtima' PRU13 MGPNS

25 Mac, Telok Datok: Ijtima' PRU13 Majlis Guru PASTI Negeri Selangor sedang berlangsung di Dewan Sri Jugra, Telok Datok Banting. Ini merupakan langkah persediaan para mualimah dalam membantu jentera parti PAS menghadapi PRU13 yang akan tiba bila-bila masa. Ijtima' antara lain memberi satu suntikan semangat pada mualimah agar terus berusaha serta istiqamah dalam perjuangan Islam.

Program dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh ustazah Wan Hasrina bt. Wan Hassan iaitu ketua DMPNS. Seterusnya program diteruskan dengan 3 pembentangan kertas kerja. Diharap program ini dapat membantu para mualimah dalam menghadapi tugas yang mendatang semasa membantu PAS dalam PRU13 nanti.














Pelancaran dana pilihanraya MGPNS

Kehadiran guru

Kursus Nurul Quran Sesi Ke-2

20jan2013, UNISEL Shah Alam: Nurul Quran satu kaedah baru mengajar Alquran yang dihasilkan oleh unit latihan PASTI Malaysia. Kaedah ni menggantikan kaedah iqra atau kaedah lain yang digunakan oleh kebanyakan pengajar. Kursus ini merupakan sesi kedua selepas sesi pertama di adakan di UNISEL Kuala Selangor pada November 2012. Majlis sehari ini telah dirasmikan oleh Ustz. Hasbullah Ridwan Pengarah Pasti Selangor.
##gamba menyusul

Persekolahan & Perutusan PASTI Malaysia 2013

3 Jan 2013: Sesi persekolahan 2013 bermula dengan pertambahan pelajar disetiap kawasa. Tidak kurang juga pelbagai ragam baru yang bakal ditempuk oleh mualimah semua. Bagi pelajar semua selamat menempuh sesi persekolahan 2013 serta. Bagi semua mualimah banyakan bersabar serta bijak dalam menguruskan pelajar. Mari hayati perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia 2013 dibawah.


Seminar Pengurusan PASTI Malaysia 2012

22 Dis 2012, UNISEL Shah Alam: Julung-julung kalinya PASTI Malaysia berjaya mengadakan seminar pengurusan PASTI Malaysia. Kehadiran peserta meliputi dari kalangan pengerusi dan setiausaha PASTI Negeri dan kawasan dalam Malaysia. Seminar yang bermula seawal 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sdr Khairul Faizi juga telah melancarkan Dana Khas Guru PASTI serta sistem pangkalan data ePASTI.

Pengisian program dimulakan Manual Pengurusan PASTI yang disampaikan oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad iaitu Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Selepas rehat tengahari di sambung oleh Prof. Madya Dr. Supyan Husin selaku Panel Penasihat Kurikulim PASTI Malaysia berkenaan SOP PASTI selama sejam. E-PASTI yang dilancarkan semasa perasmian dibentang oleh Sdr Mohd Azahari Yahya selaku Pengarah Bahagian ICT PASTI Malaysia. Program diteruskan dengan pembentangan KPI PASTI yang di sampaikan oleh Sdr. Mad Shahmior Mat Kosim selaku Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia (Sektor Ekonomi)

PASTI Negeri Selangor selaku tuan rumah mengucapkan tahniah di atas kejayaan program yang diadakan. Semoga ia memberi manfaat yang baik untuk jawatan kuasa yang terlibat menurunkan ke PASTI cawangan di seluruh Malaysia. 

Penyerahan Dana Khas Guru PASTI
Kehadiran Pengerusi dan Setiausaha

Pembentangan pertama oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia



Majlis Konvokesyan PASTI Selangor 2012

11 Nov 2012, Sg. Besar: Program menyaksikan pelajar cemerlang seluruh kawasan dalam Negeri Selangor dikumpulkan untuk mencari pelajar cemerlang peringkat negeri serta di raikan dalam Majlis Konvokesyen. Pelajar dan ibubapa telah hadir diawal pagi untuk sesi peperiksan dalam masa satu jam. Konsep soalan meliputi keseluruhan subjek pelajaran mengikut tahap umur 5 dan 6 tahun.

Selesai peperiksaan pelajar diraikan dalam acara gilang gemilang iaitu Majlis Konvokesyen PASTI Selangor. Majlis dirasmikan Oleh Ustaz. Hj. Mohd Fadzin Bin Taslimin iaitu YDP PAS Kawasan Sungai Besar. Pelajar yang mendapat markah tertinggi diumumkan sebagai pelajar cemerlang PASTI Selangor dan akan di bawa ke peringkat PASTI Malaysia untuk pencarian pelajar cemerlang PASTI Malaysia.

Pelajar bersedia
Para pelajar bersedia dengan jubah Konvo
Guru dan ibubapa mengambil gamba anak masing-masing

Ust. Hasbullah menyampaikan amanat

Ust. Hj. Mohd Fadzin merasmikan majlis

Kehadiran tetamu


Majlis Konvokesyen PASTI DUN Pelabuhan Klang.

3 Nov 2012, Klang: PASTI Kawasan Klang telah mengadakan Majlis Konvokesyen peringkat DUN Pelabuhan Klang bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Hamid Tuah, Telok Gong. Majlis ini dirasmikan oleh En. Suhaimi selaku penyelaras Dun Pelabuhan Klang. Semua PASTI iaitu 4 buah PASTI peringkat Dun telah menyertai majlis ini. Semua pelajar berjaya pelbagai peringkat diraikan. Semoga ia dapat penyuntik semangat anak-anak ini untuk terus maju dimasa akan datang. Selamat menjalankan Majlis Konvokesyen kepada semua PASTI di seluruh Negeri Selangor.

Ucapan Perasmian oleh penyelaras DUN


Ragam anak-anak PASTI

Ibubapa, penjaga dan keluarga pelajar yg hadir

Sabar menanti saat penerimaan hadiah anak-anak
AJK membantu mengatur pelajar
Penyampaian hadiah kepada pelajr 4 & 5 tahun

Penyampaian hadiah kepada pelajar 6 tahun

Peperiksaan Akhir Tahun PASTI 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...


Makluman Ujian Setara Kawasan pada 31 Oktober 2012(Rabu)

Selangor Juara lagi Alam Ria Kebangsaan 2012

16 Sept. 2012, Kelantan: Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan para guru dan peserta telah mengekalkan status PASTI Negeri Selangor(PNS) sebagai Juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Misi mengekalkan juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011 telah dirancang sejak Alam Ria Negeri Selangor 2012 (ARNS2012) dijalankan. Segala persiapan telah dilakukan dengan mesyuarat jawatankuasa diadakan bagi membincangkan perjalanan, latihan yang berbaki 2 minggu selepas ARNS 2012 serta kos-kos berkaitan untuk ke Negeri Kelantan Darul Naim.

2 Bas telah bergerak ke Kelantan dengan membawa seramai 2 wakil kontigen negeri, 18 orang guru pengiring, dan 34 orang peserta penyokong PASTI Selangor telah hadir dan menyertai bagi setiap acara yang dipertandingkan. Pendaftran kontigen negeri pada 15 September 2012(Sabtu) seawal 10pagi sehingga 4 petang kemudian dibawa ke homestay yang di tempah. Keseluruhan acara berlangsung pada 16 September 2012 seawal jam 9 pagi dengan 11 acara dipertandingakan di Pusat Tarbiyah Kelantan(PUTIK).

Majlis perasmian penutup telah berlangsung jam 2.00petang dan diserikan dengan persembahan para peserta yang terpilih. Alam Ria PASTI Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa selaku Timbalan Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa dengan di iringi oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad(Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Y.B Haji Abdul Latiff Abdul Rahman(Ketua Pemuda PAS Kelantan). PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada tuan rumah Negeri Kelantan yang berjaya menjayakan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan moga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah.


***Hasil  Kemenangan ini, Pengarah PASTI Selangor telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada Jumaat 21 September 2012(5 zulkaedah 1433H) bagi seluruh PASTI cawangan di Negeri Selangor.

Berikut adalah keputusan pemenang mengikut negeri:
rujukan: http://pastipusat.wordpress.com/2012/09/16/tahniah-kepada-semua/


KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2012

1.PIDATO

NEGERI
JOHANTERENGGANU
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAKEDAH

2.AZAN
NEGERI
JOHANPULAU PINANG
NAIB JOHANPERAK
KETIGAKEDAH

3.KHUTBAH
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANKELANTAN
KETIGAPERAK

4.BERCERITA (L)
NEGERI
JOHANSELANGOR
NAIB JOHANKELANTAN
KETIGAKEDAH

5.Bercerita (P)
NEGERI
JOHANTERENGGANU
NAIB JOHANPERAK
KETIGAPAHANG

6.SAJAK (L)
NEGERI
JOHANWILAYAH PERSEKUTUAN
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAKELANTAN

8.HAFAZAN (L)
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAPERAK

9.HAFAZAN(P)
NEGERI
JOHANPERLIS
NAIB JOHANMELAKA
KETIGAKELANTAN

10.NASYID
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANJOHOR
KETIGAPERAK

11.KALAM JAMAI’E
NEGERI
JOHANSELANGOR
NAIB JOHANMELAKA
KETIGAPULAU PINANG

JOHAN KESELURUHAN :
PASTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


Suassana Dewan Bercerita


Peserta bercerita Perempuan dari Selangor

Suassana Dalam Dewan Utama

Majlis Penutup

Ucapan aluan Hj Hassan Hj Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia

Kehadiran dif kehormat

Menanti dengan debaran

Persembahan terpilih, Kalam Jamaie dari Selangor

Ucapan perasmian, Y.B Hj Muhamad Bin Mustafa


Penyampaian Hadiah Kepada N.Johan Hafazan Lelaki, dari Selangor


Penyampaian Hadiah Johan Bercerita Lelaki dari Selangor

Penyampaian hadiah N.Johan Sajak Lelaki dari Selangor

Penyampaian Hadiah  N.Johan Pidato Perempuan, Dari Selangor

Johan Kalam Jamaie, dari Selangor

Penyampaian Hadiah Juara Keseluruhan, PASTI Negeri Selangor

Gamba kenangan guru, peseta dan ALP PASTI Selangor



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites