Kontigen PASTI Negeri Selangor ke Pesta Sukan PASTI Kebangsaan Di Kelantan
















PASTI kawasan Shah Alam, juara Bola Jaring
Pesta Sukan PASTI negeri Selangor..


















PASTI kawasan Hulu Langat, juara Bola Sepak
Pesta Sukan PASTI negeri Selangor..

Hulu langat Juara Bola Sepak, Shah Alam Juara Bola Jaring






























PESTA SUKAN
BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI NEGERI SELANGOR

Pada ahad,15 JUN 2008 yang lalu, PASTI kawasan Puchong dan Serdang telah menjadi penganjur Pesta Sukan Bola Sepak & Bolajaring PASTI Negeri Selangor 2008 di Komplek Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Peserta terdiri dari pelajar PASTI sekitar Negeri Selangor . Sebanyak 17 kawasan telah menyertai kejohanan ini. Seramai 340 orang murid terdiri daripada 17 pasukan Bola Sepak dan 17 pasukan Bola jaring telah menyertai kejohanan tersebut bermula 9.00pagi hingga 2.00petang. PASTI kawasan Hulu Langat telah menjuarai Bola Sepak manakala PASTI kawasan Shah Alam telah menjuari Bola jaring. Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Hasbullah B. Ridwan, Pengarah PASTI Negeri Selangor.



Kejohanan Futsal& Bolajaring PASTI Kuala Langat 2008

Pada 25 Mei 2008, yang lalu, PASTI Kawasan Kuala Langat telah mengadakan kejohanan Futsal& Bolajaring PASTI Kuala Langat 2008 di Stadium Jugra,Telok Datok, Banting, Selangor. Peserta terdiri dari pelajar PASTI sekitar Kuala Langat . Sebanyak 10 PASTI telah menyertai kejohanan ini. Seramai 190 orang pelajar terdiri daripada 10 pasukan Futsal dan 9 pasukan Bola jaring telah menyertai kejohanan tersebut bermula 9.00pagi hingga 5.00petang. PASTI AS-SYAFIE telah menjuarai Futsal manakala PASTI AFIQ telah menjuari Bolajaring. Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh ADUN Kawasan Sijangkang YB Dr.Ahmad Yunus Bin Hairi.


PASTI AL-EHSAN JUARA 3 KALI BERTURUT-TURUT

Sukan Bola sepak dan Bola jaring diadakan di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada 19 mei 2008 telah disertai oleh 12 buah PASTI dari Kawasan Serdang. Acara Bola sepak dan Bola jaring ini dijuarai oleh PASTI Al Ehsan dari Taman Impian Ehsan, Balakong.


Menurut pengerusi PASTI Serdang, Hj. Shahrulnizam sukan bola sepak dan bola jaring peringkat Serdang ini diadakan bagi mencari pemain bagi mewakili kawasan Serdang diperingkat negeri yang akan diadakan pada 14 Jun tahun ini. Kawasan Serdang dan Puchong akan menjadi tuan rumah."Pada tahun lepas pasukan Serdang berjaya mengondol naib johan peringkat Selangor dan pada tahun ini kita mengharapkan selaku tuan rumah kita berharap dapat memperbaiki kedudukan itu".

Sdr. Zulkifli selaku pengarah temasya berpuas hati dengan penyertaan kali ini."Temasya ini disertai oleh 12 buah PASTI dan terdapat peningkatan dari segi mutu permainan .Kehadiran ibu bapa pula rasanya lebih ramai tahun ini berbanding tahun lepas. Mungkin faktor kemudahan stadium MPKj yang begitu selesa".
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua PASTI yang menyertai serta kepada pihak jawatankuasa yang mengendalikan. Sudah tentu ada silap dan salahnya dalam anjuran acara ini, namun diharap semuanya dapat diambil iktibar dan pengajaran, tambahan pula acara peringkat negeri akan dianjurkan pada 14 Jun 2008 depan.

Pengurusan PASTI Negeri Selangor 2008.

Pihak Pengurusan PASTI Negeri Selangor merakamkan jutaan penghargaan kepada Saudara Norzaini B. Abd Rahman yang telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kerja Pejabat Sekreteriat pada 1 Mei 2008 di Sekreteriat PASTI. Beliau telah berkhidmat selama tiga tahun. Oleh kerana perkhidmatan beliau yang cemerlang dalam Sekreteriat PASTI, beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha PASTI Negeri Selangor. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.

Sekreteriat PASTI Negeri Selangor kini dikendalikan oleh Saudara alhafiz b. Adzhan. Pejabat Sekteriat PASTI Negeri Selangor beroperasi seperti biasa (Isnin-Jumaat : 9.00 pagi-5.30 petang dan Sabtu 9.00 pagi-1.00petang ). Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-87335850.

Pihak Pengurusan mengalu-alukan sebarang info dan berita berkenaan aktiviti PASTI di kawasan tuan-tuan dan puan-puan. Info dan berita boleh di emailkan ke pasti_sgor06@yahoo.com atau sheikh_along@yahoo.com.


Buku Rekod Perkembangan dan Pencapaian Murid

PASTI Negeri Selangor juga mencatatkan sejarah pada tahun 2008 ini kerana PASTI negeri yang pertama menggunakan Buku Rekod Perkembangan dan Pencapaian Murid yang baru. Buku ini disusun oleh Pn. Khairiah Bt. Mohd, Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Selangor. Buku boleh digunakan untuk 5 tahun dan 6 tahun sepanjang belajar di PASTI.


Ia bukan sahaja merangkumi penilaian dalam peperiksaan malah penilaian perkembangan murid sepanjang tahun belajar di PASTI. Penilaian terhadap prestasi murid bukan sahaja dinilai oleh guru di PASTI, malah turut boleh dinilai oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid dirumah. Sebarang komen dan pandangan boleh diajukan kepada pihak Pengurusan PASTI.

2008 : Anjakan Baru Dalam Pendidikan PASTI

Lembaran baru tahun 2008 telah meniupkan satu anjakan baru dalam pendidikan PASTI negeri Selangor. Bermula tahun ini, PASTI Negeri Selangor mengunakan buku baru untuk murid 5 Tahun. PASTI Pusat menerusi Unit Pembinaan Bahan dan Buku Teks PASTI telah menghasilkan buku baru untuk murid 5 tahun.

Menerusi bengkel buku teks yang telah diadakan pada tahun 2007 yang lalu, guru-guru pakar PASTI digandingkan dengan penulis profesional dari kalangan guru-guru terlatih KPM dan tenaga pakar para pensyarah universiti bertungkus lumus menyiapkan draf penulisan buku teks dan latihan seperti yang telah ditetapkan.

Penggunaan buku baru 2008 ini bertujuan memenuhi keperluan pendidikan masa kini disamping mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan prasekolah negara dan bagi memenuhi falsafah Pendidikan Islam , PASTI dan negara. Penghasilan buku teks PASTI kali keempat ini menyerlahkan aspek grafik yang bercirikan karikatur Islam dan mengambil kira latar belakang masyarakat majmuk Malaysia yang tidak prejudis terhadap pendidikan Islam. Ini bersesuaian dengan Visi dan Misi PASTI serta perancangan Pembangunan Pendidikan PASTI 2005-2011 yang telah dirancang.

Walaubagaimanapun, Pihak Pengurusan PASTI negeri Selangor memohon kemaafan di atas kelewatan buku baru ini.