PASTI AL-EHSAN JUARA 3 KALI BERTURUT-TURUT

Sukan Bola sepak dan Bola jaring diadakan di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada 19 mei 2008 telah disertai oleh 12 buah PASTI dari Kawasan Serdang. Acara Bola sepak dan Bola jaring ini dijuarai oleh PASTI Al Ehsan dari Taman Impian Ehsan, Balakong.


Menurut pengerusi PASTI Serdang, Hj. Shahrulnizam sukan bola sepak dan bola jaring peringkat Serdang ini diadakan bagi mencari pemain bagi mewakili kawasan Serdang diperingkat negeri yang akan diadakan pada 14 Jun tahun ini. Kawasan Serdang dan Puchong akan menjadi tuan rumah."Pada tahun lepas pasukan Serdang berjaya mengondol naib johan peringkat Selangor dan pada tahun ini kita mengharapkan selaku tuan rumah kita berharap dapat memperbaiki kedudukan itu".

Sdr. Zulkifli selaku pengarah temasya berpuas hati dengan penyertaan kali ini."Temasya ini disertai oleh 12 buah PASTI dan terdapat peningkatan dari segi mutu permainan .Kehadiran ibu bapa pula rasanya lebih ramai tahun ini berbanding tahun lepas. Mungkin faktor kemudahan stadium MPKj yang begitu selesa".
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua PASTI yang menyertai serta kepada pihak jawatankuasa yang mengendalikan. Sudah tentu ada silap dan salahnya dalam anjuran acara ini, namun diharap semuanya dapat diambil iktibar dan pengajaran, tambahan pula acara peringkat negeri akan dianjurkan pada 14 Jun 2008 depan.

0 comments: