Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Bekas Pelajar PASTI Mewakili Team Bola Sepak Malaysia Bawah 12 tahun

26 Julai 2015: Melentur buluh biarlah dari rebung merupakan peribahasa dalam mendidik dan mengasah bakat anak-anak. PASTI melalui program tahunan yang dianjurkan seperti Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring telah menjadi pendorong awal anak-anak dalan arena sukan. Ini dapat dibuktikan apabila salah seorang bekas pelajar PASTI Muhammad Najmuddin Akmal B.Kamal Akmal sekarang ini merupakan salah seorang pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun.
Adik Najmudin merupakan bekas pelajar Pasti Ilmi Taman Permata dari Kawasan Gombak, Selangor. Beliau telah mewakili kontigen PASTI Negeri Selangor dalam pasukan bola sepak semasa Pesta Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Malaysia 2009 di Universiti Selangor(UNISEL). Melalui acara sukan tersebut beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik bola sepak peringkat PASTI Malaysia.
Bermulanya pengasahan bakat di PASTI beliau telah merangkul pelbagai anugerah. Antaranya;
1. Pemain terbaik CIMB -YFA bawah 7 tahun, bawah 8 tahun, bawah 9 tahun, bawah 10 tahun, bawah 11 tahun.
2. Penjaring terbanyak liga Kebangsaan bawah 10tahun pada 2013.
3. Penjaring terbanyak liga 1MCC pada tahun 2015.
4. "Man of the match" liga Kuala Lumpur pada tahun 2014.
dan banyak anugerah pemain terbaik dan penjaring terbanyak di kejohanan-kejohanan bolasepak tempatan di dalam negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah diatas kejayaan adik Najmudin. Semoga beliau terus merangkul pelbagai kejayaan dalam sukan bola sepak negara dan juga akedemik


Gambar adik najmudin mengetuai bacaan ikrar Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009
Gambar terkini 

Guru PASTI Murabbi Ummah

GOMBAK, 9Mei: Guru PASTI Murabbi Ummah adalah tema sempena Sambutan Hari Guru PASTI 2015. Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor bertempat di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak. Majlis dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ust. Syarhan Humaizi B. Abdul Halim. Turut hadir pimpinan PAS kawasan, dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Selangor.

Kehadiran lebih 250 orang para Muallimah seluruh PASTI Kawasan di Negeri Selangor bagi memeriahkan majlis ini. Sempena Hari Guru yang dirai setiap tahun pada bulab mei, PASTI Negeri Selangor mengadakan majlis ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan para Muallimah di dalam mendidik dan membimbing anak-anak mengikut acuan Islam yang sebenar.Justeru itu, PASTI Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Para Muallimah PASTI.

Selamat Hari Guru

SUKPAM, Selangor sapu bersih acara balapan

Temasya Sukan PASTI Malaysia kali ke sembilan 2015 ( SUKPAM)  telah berlangsung pada 25 April 2015 di padang Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.  Acara gilang gemilang ini telah disertai oleh 12 buah PASTI negeri seluruh Malaysia. Namun terdapat kelainan pada SUKPAM kali ini dimana terdapat acara selingan balapan lari berganti 4X25 meter kategori murid PASTI lelaki dan perempuan.

Kotingen PASTI Selangor menghantar semua penyertaan. Namun pasukan bola sepak dan bola jaring tidak dapat mara ke pusingan kedua atas faktor saingan sengit dalam perlawanan berkumpulan. Dalam menebus kekecewaan itu PASTI Selangor berjaya menyapu bersih dalam acara balapan iaitu johan larian berganti-ganti 4x25meter kategori lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada jurulatih, guru pengiring dan ALP PASTI Selangor dalam usaha memburu kejuaraan SUKPAM 2015.  Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik diakhirat kelak. InsyaAllah kita buru kejuaraan SUKPAM 2017 di Pahang Darul Makmur.

Berikut adalah keputusan Rasmi SUKPAM 2015:

Balapan Perempuan

Johan: Selangor

N. Johan: Kelantan

Ketiga: Pahang

Keempat: Negeri Sembilan


Balapan Lelaki

Johan: Selangor

N. Johan: Johor

Ketiga: Terengganu

Keempat: Perak


Bola Jaring

Johan: Johor

N. Johan: Kedah

Ketiga: Negeri Sembilan

Keempat: Terengganu

Penjaring terbanyak: Alia Adriana Salahudin (Kedah)

Pemain Terbaik: Nor Anis Faqihaha Mohd Rofidin (Johor)


Bola Sepak

Johan: Kelantan

N. Johan: Johor

Ketiga: Kedah

Keempat: Pulau pinang

Penjaring terbanyak: Mohd Dhiyauddin (Perlis)

Pemain Terbaik: Mohammad Aiman Hadi (Kedah)


Kontigen Terbaik

Perlis Indera Kayangan


Juara Keseluruhan

Johor Darul Takzim

MUKTAMAR TAHUNAN DPPNS

24Ogos2014, Shah Alam: Bertempat Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor telah berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS) Kali ke-48. Berkonsepkan suasana syawal muktamar DPPNS dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM). Majlis perasmian turut di hadiri oleh wakil DPPM, Y.B Tuan Iskandar Bin Abd Samad selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Tuan Haji Sallehin Bin Mukhyi selaku Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Puan Dr. Halimah Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor serta wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) Negeri Selangor.
 
Amanat dalam ucapan Ustaz Syarhan Humaizi Ketua DPPNS di mulakan dengan petikan ayat Al-Quran Surah Alfath ayat 29. Antara intipati ucapan Ketua DPPNS iaitu pemuda PAS perlu memperkasa PAS dan mempertahankan gagasan kepimpinan Ulamak. Pemuda juga perlu melakukan strategi yang bersepadu melalui proksi yang ada serta menyatukan ukhwah dikalangan anak muda. Pemuda juga perlu kepada optimakan tarbiyah dalam diri setiap ahli agar dapat mengikis masalah dalam jemaah. Selain itu dalam bersama dalam kerajaan negeri pemuda diingatkan agar meluaskan posisi kedalam pentadbiran dan masyarakat agar gerak kerja dakwah dapat di perluaskan. Akhir sekali pemuda perlu menghayati simpulan amal dan tarbiyah agar janji-janji Allah di perolehi.
 
Turut berucap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dimana Yang Berhormat Tuan Iskandar ialah ketaatan ahli kepada pimpinan jemaah. Segala rasa tidak puas hati, perlu dibincangkan sesama kita dan tidak perlu membuat ijtihad sendiri di luar yang melangkaui pimpinan PAS. Beliau juga memperingatkan bahawa tiada guna tahaluf jika tidak membawa keuntungan kepada Islam dan gunakan langkah ini dengan baik dan bijak. Disamping itu ahli PAS perlu bersama dengan rakan tahaluf berkerja secara menyeluruh agar memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
 
Ucapan perasmian Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Khalil menjadi tumpuan utama para muktamirin. Beliau memperingatkan bahawa beruntungnya para pemuda yang mewarisi perjuangan nabi kerana berada dan bersama dalam memperjuangkan Islam. Ahli juga diperingatkan sejarah penubuhan PAS adalah bagi memastikan Islam memerintah dan bukan diperintah. Bagi mencapai matlamat ini perkara melibatkan  pemahaman dasar PAS, melahirkan kepimpinan yg terbaik, meneroka dan merancang strategi di pelbagai sudut. Beliau berharap tiada kekeliruan dalam dasar PAS yang tidak berubah namun strategi boleh berubah dan strategi tersebut perlulah mengikut nas-nas syarak. Ustaz Khalil juga menyatakan keterbatasan akal. Dimana ada benda yang dirasakan untung, tapi nas melarangnya. Maka Pemuda PAS wajib ikut nas walau akal tidak boleh terima termasuklah politik. Dalam melalui kemelut Selangor, Ustaz Khalil berharap Pemuda PAS Selangor bersabar dan rakyat sedang melihat prinsip kejujuran PAS serta berharap pemuda menjadi benteng perjuangan. Sebagai contoh perasmi berharap agar muktamirin belajar dari perang Ahzab
 
Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah dari Jabatan Pendidikan PASTI dan Jabatan AMAL. PASTI Kawasan terbaik dinilai melalui pencapaian pengurusan yang telah ditetapkan oleh PASTI Malaysia. Tahniah bagi PASTI kawasan Kapar yang mendapat markah 86% serta PASTI kawasan Shah Alam  sebanyak 88%. Bagi Jabatan Amal, anugarah ahli teramai telah di nobatkan kepada Jabatan Amal Kapar manakala Jabatan Amal Terbaik di sandang oleh Jabatan Amal Serdang setelah disaring 5 kawasan. Tahniah buat semua kawasan yang berusaha menjadikan lajnah dan jabatan sebagai saluran dakwah dan mendekati masyarakat. 
 
 

Kursus Nurul Quran Sesi Ke-2

20jan2013, UNISEL Shah Alam: Nurul Quran satu kaedah baru mengajar Alquran yang dihasilkan oleh unit latihan PASTI Malaysia. Kaedah ni menggantikan kaedah iqra atau kaedah lain yang digunakan oleh kebanyakan pengajar. Kursus ini merupakan sesi kedua selepas sesi pertama di adakan di UNISEL Kuala Selangor pada November 2012. Majlis sehari ini telah dirasmikan oleh Ustz. Hasbullah Ridwan Pengarah Pasti Selangor.
##gamba menyusul

ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012

2 Sept. 2012, KAPAR: Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012. Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang seluruh PASTI Kawasan berkumpul bagi menonjolkan bakat pelajar mereka melalui pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk dua acara baru dimana satu acara hanya diperingkat Negeri Selangor sahaja iaitu Mengeja cepat dan satu lagi Kalam Jamaie yang dipertandingakan di peringkat Kebangsaan. Para peserta telah sampai seawal jam 8pagi lagi bagi mendaftarkan diri serta membuat persiapan akhir sebelum acara bermula disetiap dewan pertandingan.

Acara berakhir sekitar jam 12tghari dan peserta berehat sambil menanti Jawatankuasa Hakim mengira markah serta rumusan pemenang bagi setiap acara. Majlis Perasmian penutup Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012 telah di Rasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas bantuan  ahlijawatankuasa serta para petugas dan  pimpinan dari pelbagai peringkat yang membantu menjayakan program dari awal hingga akhir.

Tahniah juga di ucapkan kepada semua pemenang manakala yang tidak berjaya cuba lagi. Juara Keseluruhan kali ini telah dirampas oleh PASTI Kawasan Kapar iaitu tuan rumah Hari Alam Ria tahun ini.Johan bagi setiap acara akan mewakili PASTI Negeri Selangor dengan misi mengekalkan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia di PUTIK, Negeri Kelantan pada 15 dan 16 September 2012(Sabtu dan Ahad). Selamat berjuang dari Kami seluruh Ahli Lembaga Pengerah PASTI Negeri Selangor. Berikut adalah keputusan bagi semua acara yang dipertandingkan semasa ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012:

Acara Nasyid Berkumpulan
Johan          - PASTI Kawasan Sepang
Naib Johan - PASTI Kawasan Kapar
Ketiga        - PASTI Kawasan Klang

Acara Hafazan Lelaki
Johan          - PASTI Kawasan Gombak
Naib Johan - PASTI Kawasan Serdang
Ketiga        - PASTI Kawasan Kuala Langat

Acara Hafazan Perempuan
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Kota Raja

Acara Bercerita Lelaki
Johan          - PASTI Kawasan Sepang
Naib Johan - PASTI Kawasan Kuala Langat
Ketiga        - PASTI Kawasan Selayang

Acara Bercerita Perempuan
Johan          - PASTI Kawasan Kota Raja
Naib Johan - PASTI Kawasan Serdang
Ketiga        - PASTI Kawasan Shah Alam

Acara Azan
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Gombak

Acara Sajak Lelaki
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Kuala Langat
Ketiga        - PASTI Kawasan Kuala Selangor

Acara Sajak Perempuan
Johan          - PASTI Kawasan Gombak
Naib Johan - PASTI Kawasan Kapar
Ketiga        - PASTI Kawasan Kuala Selangor

Acara Khutbah
Johan          - PASTI Kawasan Kota Raja
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Petaling Jaya Selatan

Acara Pidato
Johan          - PASTI Kawasan Shah Alam
Naib Johan - PASTI Kawasan Gombak
Ketiga        - PASTI Kawasan Puchong
 
Acara Mengeja Cepat (Di peringkat Negeri Sahaja)
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Hulu Langat

Acara Kalam Jamaie
Johan          - PASTI Kawasan Gombak
Naib Johan - PASTI Kawasan Kuala Selangor
Ketiga        - PASTI Kawasan Selayang

JUARA KESELURUHAN
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
(4 Johan, 2 Naib Johan)
Naib Johan - PASTI Kawasan Gombak
(3 Johan, 1 Naib Johan, 1 Ketiga)
Ketiga        - PASTI Kawasan Kota Raja
(2 Johan, 1 Ketiga)

 Suassana Dewan Pertandingan Kalam Jamaie
Juri Hakim Kalam Jamaie

Persembahan pelajar

Suassana penonton

Persembahan pelajar kawasan Kuala Selangor

Persembahan pelajar kawasan Gombak
Suassana Sepanjang Program

Peserta Hafazan

Peserta Khutbah

Peserta bercerita
 Suassana Dewan Pertandingan Nasyid
Persembahan nasyid

Juri Haki

Suassana luar dewan utama

Ragam peserta dan penonton
 Suassana Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Khemah tambahan disediakan bagi kegunaan ibubapa dan tetamu

Suassana luar dewan sepanjang majlis penutup

Suassana dalam dewan semasa majlis penutup

Antara tetamu VVIP yang hadir
 
Ucapan Pengarah Program: Cikgu Syukri

Ucapan perasmian oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor

Suassana tetamu dan pelajar

Johan Acara Nasyid, PASTI Kawasan Sepang

Johan pertandingan Kalam Jamaie, PASTI Kawasan Gombak. Hadiah disampaikan oleh Bendahari DPPNS

Tempat Ketiga Keseluruhan Alam Ria NS 2012 PASTI Kawasan Kota Raja

Naib Johan Keseluruhan Alam Ria NS 2012, PASTI Kawasan Gombak

Johan Keseluruhan Alam Ria NS 2012, PASTI Kawasan Kapar

Turut disampaikan Pemenang 3K(Keceriaan, Kebersihan & Keselamatan) dari PASTI Kawasan Puchong

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MGPNS

6 Ogos 2012, Subang: Majlis tahunan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS) dibulan Ramadhan sempena Nuzul Quran di teruskan iaitu Majlis Khatam Al-Quran. Ia telah berlangsung di Masjid Kota Damansara, Seksyen 5 di dalam kawasan Parlimen Subang. Majlis ini di mulakan dengan bacaan Al-Quran semua guru dan di teruskan dengan majlis rasmi yang di hadiri oleh tetamu jemputan. Turut diselitkan tazkiran Ramadhan yang disampaikanoleh Ketua Pemuda PAS Subang.

Majlis ini turut meraikan ibu tunggal yang terdiri daripada Guru-guru PASTI dalam Negeri Selangor. Sedikit sumbangan saguhati dan cenderamata diberikan kepada mereka dalam menempuh kehidupan bersama anak-anak tanpa suami yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah S.W.T. Majlis ini dirasmikan oleh Cikgu Syukri Bin Kamaruzzaman selaku Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor.
Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Idulfitri.



Kesemua guru yang mewakili kawasan hadir



Sedikit pengisian

Saf kepimpinan MGPNS

Tetamu di kalangan ALP PASTI Selangor

Perasmi, YDPK subang, dan penyampai tazkirah



Guru-guru tekun mendengar tazkirah yang disampaikan



Pentazkirah

Turut hadir Ketus Muslimat Negeri Selangor




Penyampaian sumbangan