ALP PASTI Selangor 2011-2013

Khatam Quran MGPNS

Meru, 17 Ogos 2011: Bertempat di Dewan Hambali, Masjid Asy Syarif, Meru Klang telah berlangsungnya majlis khatam quran anjuran Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS). Kapar yang telah dipilih sebagai tuan rumah kali ini menerima kunjungan lebih 220 orang guru. Majlis ini ditelah dirasmikan oleh YB. DR. Hj. Abdul Rani Bin Osman yang merupakan ADUN Meru merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Syabas pada MGPNS kerana terus istiqamah dengan program-program yang telah dirancang setiap tahun. Moga dengan porgram ini dapat mengeratkan silaturahim sesama guru dalam Negeri Selangor. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Sdr. Mad Shahmoir Bin Mad Kosim Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor. Pihak majlis juga merakamkan terima kasih pada guru yang hadir dan ALP yang hadir dalam majlis ini.