Muktamar MGPNS

24 April 2010- Mesyuarat Agung Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Selangor berjaya dilangsungkan di Temasya Food Court, Glenmarie Shah Alam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh sdr. Mohd Al-Hafiz, setiausaha kerja PASTI Negeri Selangor. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi MGP Selangor, Pn. Norhayati bt. Abdul Razak disusuli ucapan dari Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Majlis dirasmikan oleh Ustazah Tahirah Ahmad, Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada Ketua-ketua MGP Kawasan, Majlis Guru PASTI Negeri Selangor serta para VIP yang hadir. Taklimat pengundian MGPNS yang baru disampaikan oleh sdr. Mohd Rozi bin Malek sebelum muktamar dijalankan. Tahniah buat seluruh perwakilan MGP dari kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor yang telah menunaikan tanggungjawab memilih jawatankuasa baru MGP Negeri Selangor bagi sesi 2010-2012. Majils berakhir dengan jamuan makan tengahari.Senarai Jawatankuasa MGP Negeri Selangor seperti berikut:

Ketua : Pn Norhayati bt Abdul Razak (Selayang)
Timb. Ketua : Pn Fatimah bt Hj Daud (Hulu Selangor)
Setiausaha : Pn Nor Jaswati bt Ismail (Klang)
Bendahari : Cik Napisah bt Nawi (Gombak)
Pen. Setiausaha : Pn Hjh Aziah bt Alias (Shah Alam)
Ahli Jawatankuasa
: Pn Mazni bt Osman (Kuala Langat)
: Pn Misliah bt Sohod (Sabak Bernam)
: Ustazah Salimah bt Sain (Sepang)
: Pn Rohaiza bt Mohamed (Gombak)
: Pn Hjh Rozita bt Md Yasin (Serdang)
: Pn Noraini bt Abdul Rahman (Kota Raja)
: Pn Noor Hasilah bt Arbain (Kapar)
: Pn Rai'yah bt Mohamed Sabali (Sg Besar)
: Cik Rusilawati bt Md Isa (Puchong)
: Cik Nor Ilyani bt Suratman (Subang)

Ucapan perasmian oleh ustazah Tahirah Ahamd

Antara para perwakilan yang hadir

Penyampaian saguhati pada Ketua-Ketua MGP Kawasan

Saguhati pada perasmi disampaikan oleh Ustaz Hasbullah,
Pengarah PASTI Selangor

Urusetia SPR mendengar taklimat dari pengerusi SPR

MGPNS mengetuai pengambilan kertas undi


Pra-Pelancaran MPTS & Pesta Sukan PASTI Hulu Selangor

18 April 2010, PASTI Kawasan Hulu Selangor telah mengadakan Pesta Sukan PASTI peringkat kawasan kali ke-5 bertempat di Padang Awam Hulu Bernam. Pada tahun ini sebanyak 13 PASTI cawangan mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan futsal dan bola jaring. Program bermula seawal jam 8.00pagi dimulakan dengan taklimat sukan, ikrar oleh pelajar dan bacaan doa. Kemeriahan sukan ini telah diserikan dengan beberapa gerai jualan untuk para peniaga menambahkan pendapatan.

Pada masa yang sama, satu program pra pelancaran Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) telah dijalankan. Acara dirasmikan oleh Dr. Hjh. Halimah Bt Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Halimah juga turut merasmikan Pesta Sukan PASTI Kawasan Hulu Selangor. Dalam ucapan perasmian itu, YB turut memaklumkan beberapa perancangan dan bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor dan disalurkan melalui MPTS untuk disalurkan ke tadika-tadika dalam Negeri Selangor.

Turut hadir dalam majlis ini Pengarah MPTS, Ust. Hasbullah Ridzwan, Jawatankuasa MPTS, ALP dan Pengerusi-pengerusi PASTI Kawasan serta wakil-wakil tadika dalam Negeri Selangor. Selepas ucara perasmian, YB bersalam dengan anak-anak PASTI dan para ibu yang hadir. Johan bagi perlawanan futsal telah dimenangi oleh PASTI At-Taqwa manakala PASTI Anas menjadi johan bagi perlawanan bola jaring. Tahniah semua jawatankuasa yang terlibat dalam Sukan PASTI Hulu Selangor dan Pra-pelancaran MPTS.

"Macam nilah contoh bakal peminpin..."

Suassana disekitar sukan

YB. beramah mesra bersama pelajar dan ibubapa

Ust. Hasbullah Ridzwan menyampaikan kata-kata aluan

YB Dr. Hjh Halimah Bt Ali meyampaikan kata-kata aluan

Antara wakil-wakil PASTI dan Tadika yang hadir

Penyampaian cerdahati pada Y.B

Antara aksi-aksi di padang bola jaring

"Bagus... dapat tangkap bola dari Y.B..."

Aksi pelajar di padang bola sepak

"Ha, pusing lutut ye.. kasi ketat dan tak longgar..."

"Tgk, macam-macam aksi ada.."

Pesta Sukan PASTI Gombak 2010

sumber:http://pasti-gombak.blogspot.com/

PESTA SUKAN PASTI GOMBAK 2010

KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Gombak Setia, Ahad. Pasti Kawasan Gombak telah mengadakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 bagi mencungkil bakat anak-anak Pasti di dalam Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring. Seramai 11 pasukan Bola Sepak dan 10 pasukan telah menyertai Pesta Sukan pada kali ini. Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 bertujuan untuk menghantar penyertaan ke Pesta Sukan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Mei nanti di Kawasan Klang.

Untuk makluman, Pasti Malaysia telah menjadikan Pesta Sukan sebagai acara tahunan. Setiap Kawasan dan Negeri perlu mengadakan pesta sukan diperingkat masing-masing untuk mencari pasukan dan pemain terbaik bagi menyertai di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti.

Berikut adalah keputusan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010, iaitu:

Kejohanan Bola Sepak
JOHAN: PASTI ILMI PERMATA, DUN HULU KLANG
NAIB JOHAN: PASTI AR-RAHMAN, DUN BATU CAVES
KE-3: PASTI EHSAN, DUN GOMBAK SETIA

Kejohanan Bola Jaring
JOHAN: PASTI ILMI BBS, DUN BATU CAVES
NAIB JOHAN: PASTI EHSAN, DUN GOMBAK SETIA
KE-3: PASTI ILMI PERMATA, DUN HULU KLANG

Pemilihan bagi mewakili Pasti Kawasan Gombak ke Pesta Sukan Negeri Selangor adalah berdasarkan Pasukan yang menang dan penilaian pemain terbaik.Bagi pihak Pasti Kawasan Gombak, Tahniah kepada pasukan yang menang dan usaha lagi di tahun hadapan kepada pasukan yang belum menang.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 pada kali ini, khusus buat Dan Semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010

TAHNIAH ILMI PERMATA... JOHAN BOLA SEPAK

EHSAN... KETIGA BOLA SEPAK DAN NAIB JOHAN BOLA JARING (Gagal mempertahankan gelaran tahun lepas)

Pasukan Urusetia sedang berehat setelah penat mengendalikan Pesta Sukan...

Ni siapa yang nak tendang bola... pengadil ke pemain???

Lepas main, jangan lupa salam...

Pasti masuk kali ni... dah banyak kali try, asyik tak masuk je...

Macam nak terbang je... mana pergi bola???

Inilah gaya bakal pemain bola sepak terbaik kebangsaan... anak Ketua UKJ Dun Gombak Setia

Tepi-tepi, aku nak sepak bola ni... korang jangan dekat aku... hebat, hebat adik pasti ni...

Ibubapa yang memberi semangat kepada anak-anak mereka...


Pesta Sukan PASTI Kawasan Serdang

17 April 2010, PASTI kawasan telah mengadakan Pesta Sukan PASTI Kawasan Serdang K-5 bertempat di padang Awam Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Acara yang bermula seawal 7.30pagi ini disertai oleh 16 pasukan bagi perlawanan bola jaring dan 18 pasukan bagi perlawanan bola sepak dari 18 buah cawangan PASTI dalam kawasan Serdang.

Majlis dimulai dengan bacaan Doa serta ikrar sukan oleh pelajar PASTI. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi. YB berharap sukan yang dianjurkan berjalan dengan baik, mencapai objektif dan mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah.YB turut sempat bersama menyaksikan perlawanan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Kata-kata aluan Pengerusi PASTI Kawasan Serdang,
Tn. Hj. Shahronizam Noordin

Ucapan perasmian oleh YB. Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Kehadiran ibubapa dan keluarga pelajar memeriahkan suassana

"Ha, mesti masuk kali ni..."

"Cepat!.. kejar bola tu, kemenangan milik kita..."




Mesyuarat PASTI Negeri Selangor

10 April 2010, mesyuarat PASTI Negeri Selangor kali ke-3 bagi tahun 2010 telah berlangsung di Pejabat Ahli Majlis MPK N49B. Mesyuarat bermula jam 3.00petang sehingga 7.10malam bagi membuat keputusan berkenaan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor yang sama tarikh hari mengundi bagi parlimen Hulu Selangor. Keputusan mesyuarat bersetuju mengubah tarikh sukan PASTI Negeri Selangor pada 9 Mei 2010. Turut dibincangkan program bersama Sukan PASTI Kawasan Hulu Selangor iaitu pelancaran Majlis Permuafakatan Tadika Selangor(MPTS). Diharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memudahkan penyampaian maklumat dan memantapkan lagi pengurusan PASTI.

"Bincang jangan tak bincang.."

Pesta Sukan PASTI Kawasan Klang & Puchong

10 April 2010, gelombang Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor telah kembali. Ia semestinya menguja kesemua PASTI kawasan. Sifat teruja atau semangat kesukanan yang tinggi ini dapat dilihat apabila kebanyakkan PASTI kawasan telah mula merancang serta mengadakan Pesta Sukan PASTI di kawasan masing-masing. Hari ini dua PASTI Kawasan iaitu Klang dan Puchong telah berjaya mengadakan pesta sukan peringkat kawasan masing-masing.

PASTI Kawsan Klang telah mengadakan Pesta Sukan bertempat di Futsal 100plus, Pelabuhan Klang. Sebanyak 4 pasukan dari 4 PASTI cawangan dalam kawasan Klang telah menyertainya. Biarpun bilangan pasukan yang terlibat
sedikit, kemeriahanya tetap dapat dirasai dengan pelbagai adegan yang melucukan dari para penyokong dan anak-anak PASTI. Perlawanan yang diadakan di gelanggang futsal ini telah memberi kemudahan pada pihak penganjur kerana keadaan cuaca yang hujan diawal pagi.

Perlawanan yang bermula jam 8.30 pagi ini telah berakhir dengan PASTI Darul Ulum 5 telah merangkul gelaran johan bagi perlawanan bola sepak 2010. Manakala perlawanan bola jaring 2010 pula, telah dijuarai oleh PASTI Darul Ulum 4. Perasmian pentup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Klang, Ustaz Nazri Nawi.


"mari-mari masuk majalah atlet ni..."

Aksi anak-anak PASTI

Suassana Pesta Sukan PASTI Kawasan Klang

Pada hari yang sama PASTI Kawasan Puchong juga mengadakan Pesta sukan bertempat di padang MPSJ Puchong Indah. Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan ‘Puchong Intan 2010’ kali ini disertai oleh 9 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 10 buah PASTI di Kawasan Puchong. Perlawanan yang bermula jam 9 pagi dengan cuaca hujan turun mencurah-curah, tidak mematahkan semangat para petugas dan peserta untuk menjayakan program tersebut.

Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan bebeberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan. Juara bagi pertandingan bola sepak telah dijuarai oleh PASTI Putra Permai, Bandar Putra Permai manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Bestari, Pusat Bandar Puchong. Penjaring Terbanyak bagi bola sepak dimenangi oleh adik Ahmad Aiman Solihin B. Azwa dari PASTI putra Permai dengan 4 gol, manakala penjaring terbanyak bagi bola jaring dimenangi oleh adik Nur Arisya Fatihah Bt. Razali dengan 15 gol.

Acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ust Mohd Soffiean Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Urusan Ulama, Ust Hayazi dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.

Suassana di gelanggang bola jaring

"Salam dan minta maaf ye, takut ada tersalah sepak td"

Antara tetamu VIP yang hadir

Kursus Guru KAPP 2 & 5

4 April 2010, aktiviti permulaan bulan april ini dimulakan dengan Kursus Asas Perguruan PASTI di DCF. Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu 2 - 4 April 2010. Kursus kali ini adalah sambungan melalui kursus asas yang lain yang dipanggil KAPP 2 & 5. Kehadiran kursus seperti biasa tidak mengecewakan iaitu seramai 170 orang guru telah hadir. Ianya merangkumi seramai 112 orang guru mengikuti KAPP 2 dan seramai 58 orang guru mengikuti KAPP 5. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Jika terdapat segala kekurangan serta kelemahan yang berlaku sepanjang kursus, pihak pengurusan memohon maaf dan akan cuba memperbaiki kelemahan tersebut pada masa akan datang. Bagi guru-guru anggaplah segala kekurangan itu sebagai sebahagian cabaran bagi mentarbiah dan memantapkan keimanan diri kepada Allah, ameen..

Kehadiran guru-guru KAPP 5

Kehadiran guru-guru KAPP 3

Aktiviti dalam kumpulan dibantu oleh fasilitator

"ha... mcm ni ye caranya..., A, E, I, O, U..."

Cikgu Roseman selaku Ketua Unit Latihan PASTI Selangor
menyampaikan kata-kata amanat dan semangat buat guru-guru

Barisan fasilitator merangkap MGP Negeri Selangor

Penyerahan sijil pada guru-guru