Kursus Asas Perguruan PASTI 1(KAPP 1)

16-18Jan2014, Dengkil: Alhamdulillah, unit latihan PASTI Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Asas Perguruan PASTI Siri 1(KAPP1). Program telah dihadiri dua ratus enam belas(216) orang guru PASTI yang baru dan belum sempat menghadiri kursus ini.

KAPP 1 diadakan di NUR BUKIT UNGGUL ECO RESORT jenderam Hilir Bukit Unggul, Sepang. Semoga KAPP1 ini dapat meningkatkan pemahaman  guru berkenaan PASTI serta meningkatkan kaedah teknik pengajaran guru di cawangan masing-masing.

Kehadiran peserta

Pembentangan kertas kerja Malam pertama


Ucapan perasmian penutup Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaize.

Mesyuarat Pertama ALP PASTI SELANGOR

12Jan2014, Gombak: Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Negeri Selangor sesi 2013-2014. Mesyuarat dimulai dengan doa yang diketuai oleh Y.B Ust. Hasbullah Ridwan. Mesyuarat kali ini telah memperkenalkan ALP yang baru serta sesi suai kenal ALP dan pengerusi-pengerusi PASTI kawasan.

Turut hadir dalam mesyuarat kali ini adalah Alfadhil Ustaz Syarhan Humaizi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS). Beliau turut menyampaikan amanat serta taujihat sebagai penguat bagi seluruh penggerak PASTI dalam meneruskan risalah dakwah pada masyarakat.

Mesyuarat diteruskan oleh Y.B Ustaz Hasbullah dengan agenda yang ditetapkan dalam usaha meningkatkan pencapaian PASTI dalam Selangor.  diharap kehadiran Ketua DPPNS yang baru kali ini dapat memberi impak yang positif dalam pengurusan PASTI Negeri Selangor.