Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Rombongan LKKSP Sumatera Barat ke PASTI Selangor

16 Feb 2017 Klang: PASTI Selangor telah menerima kunjungan dari Ibu Hajah Nevi Irwan Priyatno isteri Gabenor Sumatera Barat, Indonesia bersama rombongan Lembaga Koordinasi Kesejahteraan Sosial Propinsi(LKKSP) Sumatera Barat ke PASTI Negeri Selangor bertempat di PASTI Darul Ulum 5, Kampung Raja Uda hari ini. Rombongan telah disambut Pengarah PASTI Negeri Selangor Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI yang lain. Turut meraikan ialah Tn Hj Prasad YDP PAS kawasan Klang dan pihak pengurusan serta guru-guru PASTI Darul Ulum 5.

Rombongan LKKSP, seramai 24 orang ahli telah hadir dan diraikan dalam majlis ini. Objektif utama lawatan bertujuan melihat operasi dan sistem pendidikan yang diwujudkan oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI). Selain menjalinkan silaturahim turut berkongsi maklumat berkaitan pendidikan dan urusan kebajikan sebagai panduan bersama dan pihak LKKSP dalam menguruskan anak yatim dan miskin di Sumatera Barat.

Semoga lawatan yang diadakan dapat memberi manfaat bersama demi menjaga dan memberi kebajikan kepada orang Islam dan masyarakat setempat

Majlis Khatam Al-Quran & Usrah Perdana MGPNS

Kuala Selangor, 4 Julai: Masjid  Darul Ibadah, Kg. Harmoni, Simpang 3 Ijok, menjadi saksi Majlis Khatam Al-Quran dan Usrah Perdana Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS). Majlis di rasmikan oleh Ustaz Abdul Muiz Mohamad, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS).

Turut diraikan sumbangan kepada 50 mualimah yang merupakan ibu tunggal yang masih berkhidmat di PASTI. Usrah perdana di ketuai oleh Ustaz Mohamad Zuhdi Mat Piah. Seterusnya diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Selangor Terus Mengekalkan Pencapaian

2Jun, Shah Alam: Pencapaian PASTI Selangor terus di iktiraf dengan penerimaan anugerah semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) 2015 petang tadi. Bertempat Dewan Jubli Perak, SUK Negeri Selangor telah berlangsung Muktamar DPPM kali ke-56. Muktamar yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu diraikan oleh urusetia yang berbaju jawa bewarna hijau serta para AJK DPPM berbaju Melayu serta bersampinkan PAS.

Kali ini, PASTI  Selangor menerima 4 anugerah dimana 2 daripadanya diterima oleh PASTI Kawasan dan 2 lagi PASTI Selangor sendiri. Antara anugerah yang diterima adalah KPI kawasan terbaik serta Kategori Pertambahan Murid Teramai 2015 sebanyak 28% yang dianugerahkan kepada PASTI Kawasan Shah Alam. Anugerah di terima oleh Pengerusi PASTI Kawasan Shah Alam, saudara Rizal Samadi Mohd Rodzi

2 lagi anugerah iaitu Penubuhan PASTI Baru 2015 terbanyak sebanyak 26buah dan Pengurusan Kewangan Terbaik di anugerahkan kepada PASTI Negeri Selangor. Anugerah diterima oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Syarhan Humaizi juga merangkap Pengarah PASTI Negeri yang baharu.

SUKPAM, Selangor sapu bersih acara balapan

Temasya Sukan PASTI Malaysia kali ke sembilan 2015 ( SUKPAM)  telah berlangsung pada 25 April 2015 di padang Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.  Acara gilang gemilang ini telah disertai oleh 12 buah PASTI negeri seluruh Malaysia. Namun terdapat kelainan pada SUKPAM kali ini dimana terdapat acara selingan balapan lari berganti 4X25 meter kategori murid PASTI lelaki dan perempuan.

Kotingen PASTI Selangor menghantar semua penyertaan. Namun pasukan bola sepak dan bola jaring tidak dapat mara ke pusingan kedua atas faktor saingan sengit dalam perlawanan berkumpulan. Dalam menebus kekecewaan itu PASTI Selangor berjaya menyapu bersih dalam acara balapan iaitu johan larian berganti-ganti 4x25meter kategori lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada jurulatih, guru pengiring dan ALP PASTI Selangor dalam usaha memburu kejuaraan SUKPAM 2015.  Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik diakhirat kelak. InsyaAllah kita buru kejuaraan SUKPAM 2017 di Pahang Darul Makmur.

Berikut adalah keputusan Rasmi SUKPAM 2015:

Balapan Perempuan

Johan: Selangor

N. Johan: Kelantan

Ketiga: Pahang

Keempat: Negeri Sembilan


Balapan Lelaki

Johan: Selangor

N. Johan: Johor

Ketiga: Terengganu

Keempat: Perak


Bola Jaring

Johan: Johor

N. Johan: Kedah

Ketiga: Negeri Sembilan

Keempat: Terengganu

Penjaring terbanyak: Alia Adriana Salahudin (Kedah)

Pemain Terbaik: Nor Anis Faqihaha Mohd Rofidin (Johor)


Bola Sepak

Johan: Kelantan

N. Johan: Johor

Ketiga: Kedah

Keempat: Pulau pinang

Penjaring terbanyak: Mohd Dhiyauddin (Perlis)

Pemain Terbaik: Mohammad Aiman Hadi (Kedah)


Kontigen Terbaik

Perlis Indera Kayangan


Juara Keseluruhan

Johor Darul Takzim

Hari Anugerah PASTI N.Selangor

23November, Petaling Jaya: Hari Anugerah PASTI Negeri Selangor 2014 telah berlangsung dua jam selepas tamatnya Peperiksaan Setara Peringkat Negeri.  Majlis di rasmikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor,  YB. TUAN Hasbullah Mohd Ridwan, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pemuda PJS, Dewan Muslimat PAS PJS, serta ibu bapa pelajar setara. Kali ini tuan rumah PASTI Kawasan PJS memilih Sek. Ren. Agama Kg. Medan 2, Petaling Jaya.

Pihak Kami mengucapkan Tahniah diatas usaha anak-anak PASTI diseluruh kawasan kerana berusaha menjawab dengan baik. Berikut adalah keputusan  pemenang/terbaik PASTI Negeri Selangor 2014.
5tahun: Adik Fawaz Hadyf B. Faizal(puchong)
6tahun: Adik Muhd Nazran Haziq B. Muhd Najib (PJS)

SELANGOR TERIMA 3 ANUGERAH DI MUKTAMAR DPPM

16 Sept 2014, Kota Tinggi: Tahniah buat seluruh saf kepimpinan di semua peringkat PASTI Negeri Selangor diatas 3 anugerah yang di terima. Bertempat di Dewan Choon Moi, Jalan Abdul Aziz, Kota Tinggi Johor telah berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) kali ke-55, 2014. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Bin Sabu selaku perasmi muktamar DPPM hari ini.

Antara anugerah yang di terima ialah Anugerah PASTI Negeri Terbaik bagi kategori Pertambahan Murid Paling Ramai 2014 dan pertambahan cawangan baru paling banyak 2014. Bagi anugerah ketiga di terima oleh Majlis Guru PASTI Negeri Selangor (MGPNS) diatas KPI terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pencapaian yang sedia ada dipertingkatkan lagi di masa akan datang. Muktamar DPPM kali ke 55 tahu  2014 akan berlangsung selama 2 hari sehingga 17 september 2014.

ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2014

30 Ogos, Muar: Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar Johor Darul Takzim menjadi sejarah bagi Alam Ria PASTI Malaysia 2014. Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Johor telah terpilih sebagai tuan rumah kali ini. Sebanyak 8 acara di pertandingkan dengan pecahan 11 kategori di pertandingkan.

Program bermula seawal 8.00pagi dengan pendaftaran peserta di setiap bilik acara. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah antara agenda yang dinanti-nantikan semua kontigen dan tetamu. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Hj. Aminolhuda bin Hassan selaku Adun Parit Yaani merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Berikut adalah keputusan Alam Ria PASTI Malaysia 2014.

HAFAZAN (L)
1.Johor
2. Sarawak
3. Perlis

HAFAZAN (P)
1.Kedah
2. Perlis
3. Perak

BERCERITA (L)
1. Pahang
2. Johor
3. Selangor

BERCERITA (P)
1. Kedah
2. Terengganu
3. Pahang

SAJAK (L)
1. Johor
2. Selangor
3. Pahang

SAJAK (P)
1. Sarawak
2. Pulau Pinang
3. Terengganu

PIDATO (P)
1. Pulau Pinang
2. Melaka
3. Terengganu

AZAN (L)
1. Terengganu
2. Selangor
3. Johor

KALAM JAMAIE
1. Johor
2. Kedah
3. Perak

NASYID
1. Selangor
2. Johor
3. Pahang

JOHAN KESELURUHAN
Johor Darul Takzim
 
Tahniah buat pemenang

Kursus Pemantapan Kurikulum

19April2014: Kursus pemantapan kurikulum PASTI Selangor telah berlangsung di seluruh selangor pada hari ini. Kursus yang berlangsung sehari ini berjalan secara serentak dimana seluruh kawasan telah dipecahkan mengikut 3 zon iaitu di zon A tuan rumah Gombak, zon B tuan rumah Kapar, dan zon C tuan rumah Serdang.

Kaedah yang sama telah dilaksanakan pada bulan mac yang lepas dan satu lagi sesi kursus akan diadakan pada bulan november akan datang. Kursus ini melibatkan kaedah pembelajaran dan pengajaran mengikut subjek kurikulum terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Arab, Jawi dan Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan(PSSPI).

Konsep kursus ini amat mudah dimana ketiga-tiga zon diajar berlainan subjek dan ditukar silangkan sehingga ketiga-tiga subjek ini diadakan disetiap zon yang telah ditetapkan. Kursus kali ini juga berperanan meningkatkan pemahaman mengikut kaedah PASTI terkini kepada guru pelatih yang bakal di cerap dan guru lama supaya kaedah pembelajaran dan pengajaran di PASTI cawangan selaras seluruh Selangor.

Suasana di kapar, Dewan Putra Kampung Delek

Pembentang Kertas kerja PSSPI

Kehadiran peserta dari Kapar, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Sabak Bernam & Sungai Besar



suassana kursus Zon A, Gombak

Suassana LDK-Zon B(Kapar)