
KURSUS ICT (ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB)

PROGRAM PASTI
| PROGRAM | TARIKH | TEMPAT | |
| TAMRIN MGP PUSAT | 14-15 OGOS 2009 | BACHOK, KELANTAN | |
| KURSUS MEMBINA LAMAN WEB | 15 OGOS 2009 8.00pagi -5.30petang | DAMANSARA PERDANA | Peserta 30 orang |
| LAWATAN PENILAIAN PERTANDINGAN 3K PASTI MALAYSIA 2009 (PERINGKAT AKHIR) | 15 OGOS 2009 11.30pagi | PASTI AL-HUSNA ULU BERNAM HULU SELANGOR | |
LAGU RASMI PASTI
Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami
Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang ... cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)
Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh ... di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam islamkan gemilang ... gemilang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)
KURSUS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 5 TAHUN PASTI NEGERI SELANGOR
Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan
Majlis Guru PASTI Kawasan-kawasan
Saudara/Saudari,
Kursus Pemantapan Huraian Sukatan Pelajaran 5 Tahun (HSP) 2009 dan KAPP 2 PASTI NEGERI SELANGOR
Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan menganjurkan program diatas mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 7-9 Ogos 2009
Masa Pendaftaran : 4.00 petang 2009
Tempat : MAPPETRA, Batu 23 1/2, Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Pendaftaran Peserta : RM 100.00 / 1 orang TERHAD UNTUK 200 ORANG
Peserta : Guru-guru yang mengajar murid 5 Tahun (guru lama dan baru)
2) Sumbangan Kawasan-kawasan wajib RM100.00 setiap
kawasan, akan dimasukkan dalam akaun PASTI NEGERI SELANGOR. Guru sila bawa bersama Buku Persediaan Mengajar, buku teks 5tahun, Buku Rancangan Tahunan Mengajar, Buku huraian Sukatan 5 Tahun. Sila sahkan kehadiran kepada saya (0192144296) ATAU Puan Jaswati ,Setiausaha MGP (0123277058) ATAU Saudara Hafiz (013-3449306) sebelum atau pada 2 Ogos 2009.
Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallah khairan kathira.
“25 Tahun PASTI Memimpin
Perubahan”
” PASTI FOR ALL ”
Sekian, terima kasih,
Yang menjalankan tugas,
………………………..
(Mohd Aslam B. Mohd Khanani)
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor
0192144296
PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA 2009
ASSALAMU'ALAIKUM W.R.T
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA KONTIJEN
http://pestasukanpastimalaysia09.blogspot.com/
Johan Keseluruhan - Selangor
Pencapaian : Johan Bola Sepak-Selangor
Naib Johan Bola Jaring - Selangor
Johan Bola Sepak-Selangor
Johan Bola Jaring- Kelantan
Perlawanan akhir bola sepak
Perlawanan Bola Jaring
Perlawanan Bola sepak
Lafaz Ikrar
Nyanyian Lagu PASTI
PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR
Pesta sukan itu dimeriahkan dengan 18 kontinjen bola sepak dan 16 kontinjen bola jaring dari seluruh PASTI Negeri Selangor yang mengambil bahagian. Acara bola sepak diungguli oleh PASTI Hulu Langat yang mendapat johan diikuti PASTI Hulu Selangor, Gombak dan Puchong.
Bagi acara bola jaring, PASTI Gombak yang mendapat tempat ketiga dalam acara bola sepak telah mendapat johan bagi acara ini. Bagi naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat dimenangi oleh PASTI Shah Alam, Kuala Langat dan Kapar. PASTI yang tidak berpeluang merebut tempat johan hingga tempat keempat tidak hanya pulang dengan tangan kosong tetapi turut menerima hadiah saguhati.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen yang berusaha memburu kejuaraan. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan yang meriah ini.
Diharapkan agar pesta sukan ini berjaya mencapai objektif yang mahukan pelajar-pelajar PASTI bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut aktif bersukan bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan dan berasa cergas untuk beribadah.
Sambutan Hari Guru & Konvokesyen Guru PASTI 2009
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) terus giat dengan aktiviti tahunan selaras dengan tema tahun ini, “25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan”. Baru- baru ini berlangsungnya Sambutan Hari Guru dan Konvokesyen PASTI Selangor 2009 bertarikh 23 Mei 2009 bersamaan 28 Jamadilawal 1430. Majlis tersebut bertempat di Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Dr Che Rosli bin Che Mat. Turut hadir memeriahkan majilis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Kurikulum) PASTI Pusat, Encik Roseman B Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Pengarah PASTI Negeri Selangor Ustaz Hasbullah B Mohd Ridzuan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Haslina Bt Wan Hassan.
Majlis bermula dengan Peperiksaan Ujian Kelayakan Konvokesyen Guru PASTI pada pukul 10.30 pagi. Seramai 84 orang guru PASTI telah menduduki ujian ini. Pada pukul 2.00 petang pula, berlangsung Sambutan Hari Guru dan Konvokesyen PASTI. Majlis ini memuatkan beberapa acara menarik seperti persembahan dan ikrar guru PASTI. Puan Siti Hawa Bt Che Yaacob telah dianugerahkan Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat manakala Cik Napisah Bt Nawi telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor.
Sebelum bersurai, hadirin bersama-sama mengambil bahagian di dalam sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Majlis bersurai setelah jamuan selesai. Semoga majlis seperti dapat meningkatkan semangat dan prestasi guru-guru PASTI di masa hadapan.
Lensa Perspektif ( Sukan)
Perasmi YB. Dr. Mariah Bt. Mahmud


gelagat anak-anak PASTI
Majlis Penyampaian Hadiah..Pesta Sukan PASTI Kawasan Hulu Langat 19 april 2009 (Ahad)
Stadium Kajang.
Perasmi : Dr. Che Rosli B. Che Mat


YB.Dr. Che Rosli bersalam dan diperkenalkan oleh Saudara Mad Shah (ketua Pemuda PKHL) kepada peserta akhir perlawanan bola sepak & bola jaring.
YB.Dr. Che Rosli meniup wisel sepak mula perlawanan akhir bola sepak.Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong 18 april 2009 (Sabtu)
Padang MPSJ, Bandar Kinrara 4
Perasmi : Saudara Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan
(Ketua Pemuada PAS kawasan Puchong)
Penyerang Dari Algeria jangan main-main....
acara bola jaring......................................
Acara para bapa" kepakaran rembatan jauh sangat-sangat diperlukan"

Acara ibu-ibu...ingat senang nk "shoot" masuk bola.....

Pesta Sukan PASTI Kawasan Kuala Langat
12 april 2009 (Ahad) di stadium Jugra, Telok Datok , Kuala Langat
Perasmi Pembukaan : Dr.Sallehuddin Bin Hafiz -Penyelaras DUN Morib/ Ahli Majlis Daerah Kuala Langat
Perasmi Penutup : YB. Dr. Ahmad Yunus Bin Haji Hari -ADUN Kawasan Sijangkang
Lensa Perspektif
Lawatan Dewan Harian PASTI Negeri Selangor
Ke PASTI-PASTI kawasan Ampang
Tuan Pengarah Jabatan PASTI N.Selangor, Ust Hasbullah bersama Unit Penaziran dan Setiausaha Kerja PASTI negeri, melawat PASTI-PASTI di kawasan Ampang
Lawatan Dewan Harian PASTI Negeri Selangor
Penilaian calon-calon tokoh Guru Negeri
9 & 10 April 2009Tuan Timbalan Pengarah IV Jabatan PASTI N.Selangor, Saudara Mad Shah Mior bersama Unit Penaziran dan Setiausaha Kerja PASTI negeri, melawat dan menilai calon tokoh guru negeri.
">
















