Mesyuarat PASTI Negeri Selangor
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009
Sabtu 30 Jan 2010 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2009 telah dapat diadakan dengan jayanya dan dalam suasana yang meriah. Majlis ini telah diadakan di Auditorium Utama Kompleks E3 Fakulti Kejuruteraan Universiti Antarabangsa Malaysia Gombak dan di rasmikan oleh YBhg Encik Ahmad Sabki bin Yusof selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Seramai 14 orang pelajar terbaik 5 tahun dan 14 orang pelajar terbaik 6 tahun dari seluruh negeri di Malaysia telah diraikan. Majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah Islam dalam program pendidikan PASTI.
TAHNIAH kepada pelajar-pelajar cemerlang yang telah dirai juga tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Hari Kecemarlangan PASTI Negeri Selangor
Kursus Asas Perguruan & Kursus Pengurusan PASTI
Bengkel Membuat Buku Kreativiti MGP kawasan Kota raja


Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.
Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat
Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.
Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.
Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.
Azrin bin Ab. Majid
Selamat Pengantin Baru

Pasti Negeri Selangor mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Setiausaha Kerja PASTI Negeri Selangor Sdr Mohd Al-Hafiz Adzhan bersama pasangannya Nor Fatihah Mohammed Yusoff. Alhamdulillah Majlis Pernikahan beliau telah selamat dilangsungkan pada pada 20 Disember 2009 dan juga kenduri kesyukuran di rumah pihak lelaki telah selesai pada 26 Disember 2009 lepas. Semoga Allah SWT memberkati seluruh keluarganya. Amin...
PEPERIKSAAN SETARA PASTI NEGERI SELANGOR 2009
TARIKH : 12 NOV 2009 (KHAMIS)
MASA : 10.30-11.30 PAGI
TEMPAT : TINGKAT 2, BANGUNAN PASTI PUSAT
CALON-CALON TERDIRI DARIPADA MURID-MURID TERBAIK KAWASAN 5TAHUN & 6 TAHUN.
(NO.1 DALAM PEPERIKSAAN SETARA KAWASAN 5 NOV 2009 YANG LALU).
TENTETIF PROGRAM:
10.00PG : PENDAFTARAN CALON PEPERIKSAAN
10.30PG : PEPERIKSAAN BERMULA
11.30PG : PEPERIKSAAN TAMAT & SESI MENANDA KERTAS SOALAN.
KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA HARI YANG SAMA JUGA.
GURU PENGIRING SILA BAWA BERSAMA BORANG MURID TERBAIK KAWASAN SERTA ANALISIS PEPERIKSAAN KAWASAN (BAGI YANG BELUM MENGHANTARNYA).
SEKIAN,DIMAKLUMKAN
PEJABAT SEKRETARIAT PASTI NEGERI SELANGOR






























