Pesta Sukan PASTI Gombak 2010

sumber:http://pasti-gombak.blogspot.com/

PESTA SUKAN PASTI GOMBAK 2010

KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

Gombak Setia, Ahad. Pasti Kawasan Gombak telah mengadakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 bagi mencungkil bakat anak-anak Pasti di dalam Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring. Seramai 11 pasukan Bola Sepak dan 10 pasukan telah menyertai Pesta Sukan pada kali ini. Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 bertujuan untuk menghantar penyertaan ke Pesta Sukan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan Mei nanti di Kawasan Klang.

Untuk makluman, Pasti Malaysia telah menjadikan Pesta Sukan sebagai acara tahunan. Setiap Kawasan dan Negeri perlu mengadakan pesta sukan diperingkat masing-masing untuk mencari pasukan dan pemain terbaik bagi menyertai di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti.

Berikut adalah keputusan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010, iaitu:

Kejohanan Bola Sepak
JOHAN: PASTI ILMI PERMATA, DUN HULU KLANG
NAIB JOHAN: PASTI AR-RAHMAN, DUN BATU CAVES
KE-3: PASTI EHSAN, DUN GOMBAK SETIA

Kejohanan Bola Jaring
JOHAN: PASTI ILMI BBS, DUN BATU CAVES
NAIB JOHAN: PASTI EHSAN, DUN GOMBAK SETIA
KE-3: PASTI ILMI PERMATA, DUN HULU KLANG

Pemilihan bagi mewakili Pasti Kawasan Gombak ke Pesta Sukan Negeri Selangor adalah berdasarkan Pasukan yang menang dan penilaian pemain terbaik.Bagi pihak Pasti Kawasan Gombak, Tahniah kepada pasukan yang menang dan usaha lagi di tahun hadapan kepada pasukan yang belum menang.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010 pada kali ini, khusus buat Dan Semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan Pesta Sukan Pasti Gombak 2010

TAHNIAH ILMI PERMATA... JOHAN BOLA SEPAK

EHSAN... KETIGA BOLA SEPAK DAN NAIB JOHAN BOLA JARING (Gagal mempertahankan gelaran tahun lepas)

Pasukan Urusetia sedang berehat setelah penat mengendalikan Pesta Sukan...

Ni siapa yang nak tendang bola... pengadil ke pemain???

Lepas main, jangan lupa salam...

Pasti masuk kali ni... dah banyak kali try, asyik tak masuk je...

Macam nak terbang je... mana pergi bola???

Inilah gaya bakal pemain bola sepak terbaik kebangsaan... anak Ketua UKJ Dun Gombak Setia

Tepi-tepi, aku nak sepak bola ni... korang jangan dekat aku... hebat, hebat adik pasti ni...

Ibubapa yang memberi semangat kepada anak-anak mereka...


Pesta Sukan PASTI Kawasan Serdang

17 April 2010, PASTI kawasan telah mengadakan Pesta Sukan PASTI Kawasan Serdang K-5 bertempat di padang Awam Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Acara yang bermula seawal 7.30pagi ini disertai oleh 16 pasukan bagi perlawanan bola jaring dan 18 pasukan bagi perlawanan bola sepak dari 18 buah cawangan PASTI dalam kawasan Serdang.

Majlis dimulai dengan bacaan Doa serta ikrar sukan oleh pelajar PASTI. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi. YB berharap sukan yang dianjurkan berjalan dengan baik, mencapai objektif dan mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah.YB turut sempat bersama menyaksikan perlawanan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Kata-kata aluan Pengerusi PASTI Kawasan Serdang,
Tn. Hj. Shahronizam Noordin

Ucapan perasmian oleh YB. Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Kehadiran ibubapa dan keluarga pelajar memeriahkan suassana

"Ha, mesti masuk kali ni..."

"Cepat!.. kejar bola tu, kemenangan milik kita..."




Mesyuarat PASTI Negeri Selangor

10 April 2010, mesyuarat PASTI Negeri Selangor kali ke-3 bagi tahun 2010 telah berlangsung di Pejabat Ahli Majlis MPK N49B. Mesyuarat bermula jam 3.00petang sehingga 7.10malam bagi membuat keputusan berkenaan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor yang sama tarikh hari mengundi bagi parlimen Hulu Selangor. Keputusan mesyuarat bersetuju mengubah tarikh sukan PASTI Negeri Selangor pada 9 Mei 2010. Turut dibincangkan program bersama Sukan PASTI Kawasan Hulu Selangor iaitu pelancaran Majlis Permuafakatan Tadika Selangor(MPTS). Diharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memudahkan penyampaian maklumat dan memantapkan lagi pengurusan PASTI.

"Bincang jangan tak bincang.."

Pesta Sukan PASTI Kawasan Klang & Puchong

10 April 2010, gelombang Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor telah kembali. Ia semestinya menguja kesemua PASTI kawasan. Sifat teruja atau semangat kesukanan yang tinggi ini dapat dilihat apabila kebanyakkan PASTI kawasan telah mula merancang serta mengadakan Pesta Sukan PASTI di kawasan masing-masing. Hari ini dua PASTI Kawasan iaitu Klang dan Puchong telah berjaya mengadakan pesta sukan peringkat kawasan masing-masing.

PASTI Kawsan Klang telah mengadakan Pesta Sukan bertempat di Futsal 100plus, Pelabuhan Klang. Sebanyak 4 pasukan dari 4 PASTI cawangan dalam kawasan Klang telah menyertainya. Biarpun bilangan pasukan yang terlibat
sedikit, kemeriahanya tetap dapat dirasai dengan pelbagai adegan yang melucukan dari para penyokong dan anak-anak PASTI. Perlawanan yang diadakan di gelanggang futsal ini telah memberi kemudahan pada pihak penganjur kerana keadaan cuaca yang hujan diawal pagi.

Perlawanan yang bermula jam 8.30 pagi ini telah berakhir dengan PASTI Darul Ulum 5 telah merangkul gelaran johan bagi perlawanan bola sepak 2010. Manakala perlawanan bola jaring 2010 pula, telah dijuarai oleh PASTI Darul Ulum 4. Perasmian pentup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Klang, Ustaz Nazri Nawi.


"mari-mari masuk majalah atlet ni..."

Aksi anak-anak PASTI

Suassana Pesta Sukan PASTI Kawasan Klang

Pada hari yang sama PASTI Kawasan Puchong juga mengadakan Pesta sukan bertempat di padang MPSJ Puchong Indah. Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan ‘Puchong Intan 2010’ kali ini disertai oleh 9 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 10 buah PASTI di Kawasan Puchong. Perlawanan yang bermula jam 9 pagi dengan cuaca hujan turun mencurah-curah, tidak mematahkan semangat para petugas dan peserta untuk menjayakan program tersebut.

Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan bebeberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan. Juara bagi pertandingan bola sepak telah dijuarai oleh PASTI Putra Permai, Bandar Putra Permai manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Bestari, Pusat Bandar Puchong. Penjaring Terbanyak bagi bola sepak dimenangi oleh adik Ahmad Aiman Solihin B. Azwa dari PASTI putra Permai dengan 4 gol, manakala penjaring terbanyak bagi bola jaring dimenangi oleh adik Nur Arisya Fatihah Bt. Razali dengan 15 gol.

Acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ust Mohd Soffiean Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Urusan Ulama, Ust Hayazi dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.

Suassana di gelanggang bola jaring

"Salam dan minta maaf ye, takut ada tersalah sepak td"

Antara tetamu VIP yang hadir

Kursus Guru KAPP 2 & 5

4 April 2010, aktiviti permulaan bulan april ini dimulakan dengan Kursus Asas Perguruan PASTI di DCF. Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu 2 - 4 April 2010. Kursus kali ini adalah sambungan melalui kursus asas yang lain yang dipanggil KAPP 2 & 5. Kehadiran kursus seperti biasa tidak mengecewakan iaitu seramai 170 orang guru telah hadir. Ianya merangkumi seramai 112 orang guru mengikuti KAPP 2 dan seramai 58 orang guru mengikuti KAPP 5. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Jika terdapat segala kekurangan serta kelemahan yang berlaku sepanjang kursus, pihak pengurusan memohon maaf dan akan cuba memperbaiki kelemahan tersebut pada masa akan datang. Bagi guru-guru anggaplah segala kekurangan itu sebagai sebahagian cabaran bagi mentarbiah dan memantapkan keimanan diri kepada Allah, ameen..

Kehadiran guru-guru KAPP 5

Kehadiran guru-guru KAPP 3

Aktiviti dalam kumpulan dibantu oleh fasilitator

"ha... mcm ni ye caranya..., A, E, I, O, U..."

Cikgu Roseman selaku Ketua Unit Latihan PASTI Selangor
menyampaikan kata-kata amanat dan semangat buat guru-guru

Barisan fasilitator merangkap MGP Negeri Selangor

Penyerahan sijil pada guru-guru

Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia



28 Mac 2010, satu Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia telah diadakan di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor. Ia adalah anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat(DMPP) dengan kerjasama Lajnah Pendidikan DMP Negeri Selangor yang bertujuan untuk menghimpunkan tenaga pendidik wanita Islam. Secara tidak langsung adalah untuk menyediakan platform untuk menyuarakan pandangan, meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab guru serta menjalinkan ukhwah, kesefahaman dan kerjasama antara golongan pendidik wanita.

Penyertaan ini dihadiri kira-kira 120 orang pendidik dan terbuka kepada semua pendidik dari PASTI, ABIM, JIM, Sekolah Agama Rakyat dan swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan. Antara pengisian program adalah pembentangan kertas kerja iaitu, Sistem Pendidikan di Malaysia: Satu Analisa Kritis oleh AJK Muslimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali; Konsep Sistem Pendidikan Holistik: Satu Lontaran Inovatif oleh Prof. Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd, Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik juga Pengerusi dan Program Pembangunan Modal Insan-SPIES oleh Dr Halimah Ali, Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Pengisian program sehari ini turut diadakan sesi dialog, dan Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat. Program ini telah dirasmikan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf. Turut hadir dalam perasmian tersebut, Puan Hajah Jamilah Ibrahim, Mantan Ketua DMPP, Puan Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua DMP Negeri Selangor dan pimpinan muslimat negeri.

MGP Negeri Selangor bergambar bersama VIP

Gambar kenangan....

Gambar bersama VIP dan Urusetia yang terlibat

Takziah, Buat Keluarga Pn. Farah

En. Mohammad Shuhardi B. Lateh, suami kepada Pn Farah Maswidar bt. Md Yusof (Guru PASTI Darul Ulum 5, Klang) telah kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2010. Almarhum berumur 33 tahun sebelum ini sakit (link) sejak 3 setengah bulan lalu akibat kemalangan yang menimpa beliau di tempat kerja. Almarhum meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berumur 7 tahun. Jenazahnya telah dikebumikan pada hari yang sama di tanah Perkuburan Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang selepas solat zohor. Seluruh wargs PASTI Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Pn. Farah dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan yang diberikan. Semoga Allah merahmati roh En. Mohammad Suhardi dan menempatkan beliau di tempat orang-orang yang soleh, Amin...

Mesyuarat PASTI Negeri Selangor

14 mac 2010, mesyuarat PASTI Negeri Selangor kali ke-2 bagi tahun 2010 telah berlangsung di Pejabat Sinar Fajar, Kajang. Mesyuarat bermula jam 10.00pagi sehingga 2.00petang. Perkara yang dibincangkan berkaitan PASTI Negeri Selangor, Pesta Sukan PASTI 2010, PASTI kawasan, serta program akan datang. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memudahkan penyampaian maklumat dan memantapkan lagi pengurusan PASTI

Suassana pejabat yang dipenuhi oleh ALP & Wakil Kawasan

Mendengar dan berkongsi maklumat

Kursus Kelas 4 Tahun (K4T)

Pada 19-21 Febuari 2010 yang lepas seramai 48 orang guru PASTI Selangor telah mengikuti kursus Kelas 4 Tahun (K4T). Kursus tersebut dianjurkan oleh Unit Kurikulum PASTI Pusat bertempat di pejabat PASTI Pusat, Gombak. Kursus ini merupakan kursus pengenalan bagi membantu guru dalam pengajaran pelajar 4 tahun. Antara pengisian kursus K4T ialah penerangan tentang keperlan pendidikan awal kanak-kanak, teori pembelajaran kanak-kanak, kurikulum K4T, dan konsep K4T. InsyaAllah akan ada kursus seperti ini yang akan dibuat berperingkat untuk setiap negeri.

Peserta diberi pendedahan melalui ceramah

Peserta menjalankan aktiviti dalam kumpulan

Pendedahan kurikulum K4T

Ziarah PASTI Negeri Selangor


16 Febuari 2010, kunjungan PASTI Negeri Selangor yang diwakili En. Mohd Al-Hafiz (Setiausaha kerja) bersama isteri dan En. Mohd Al-Hariz (Unit ICT & Dokumentasi) ke rumah Pn Farah Maswidar bt. Md Yusof (Guru PASTI Darul Ulum 5, Klang), untuk menziarahi suaminya yang mendapat kecelakaan di tempat kerja. Sumbangan Pihak PASTI Negeri telah dihulurkan melalui Pengerusi Kawasan Klang pada mesyuarat PASTI Negeri yang lepas(rujuk link).

Menurut Pn. Farah, kejadian berlaku pada 1 disember 2009 yang lepas iaitu selepas umat Islam menyambut EidulAdha. Menurut maklumat punca kejadian disebabkan kesan renjatan elektrik semasa kerja baik pulih dilakukan disubstation TNB. Suaminya koma di hospital selama 21 hari dan baru sahaja pulang ke rumah dua minggu atas kebenaran pihak hospital.

Keadaan suami beliau belum sihat sepenuhnya kerana kesan kejadian dari kemalangan terbabit menjadikan otak suami beliau belum dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan itu, suami beliau tidak dapat menggerakkan tubuh badan dan terpaksa makan menggunakan saluran tuib yang telah dipasang oleh pihak hospital pada badan suaminya.

Menurut perkembangan yang di sampaikan dari pihak hospital kepada Pn. Farah, hasil jagaan dan pemerhatian yang baik memberi perkembangan yang positif pada pesakit. Alhamdulillah, sehingga kini suami beliau boleh menggerakkan beberapa anggota badan. Turut bersama emak Pn. Farah yang sentiasa memberi semangat dan membantu menjaga suami Pn. Farah .

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi PASTI Negeri Selangor supaya dapat bersama membantu meringankan beban keluarga beliau dan berdoa agar suaminya cepat sembuh untuk menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Kami PASTI Negeri Selangor, berharap Pn. Farah dan sekeluarga sabar menghadapi ujian yang Allah berikan.