PASTI Selangor Juara Keseluruhan

Kuala Kangsar, 17 September: Tahniah pada kontigen PASTI Selangor kerana berjaya merangkul juara keseluruhan bagi Alam Ria PASTI Malaysia 2011. Majlis gilang gemilang ini telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh 12 buah negeri. PASTI Selangor meraih 4 kejuaraan dalam acara bercerita lelaki, hafazan lelaki, hafazan perempuan dan Nasyid. Bagi acara lain, hanya sajak di tempat kedua. Ini merupakan hadiah bagi merawat kekecewaan dalam menjuarai pesta sukan yang lalu dengan mempamerkan bakat-bakat akedemik pula.

Majlis penutup dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Turut hadir majlis penutup adalah isteri YB, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia serta Para Kontigen yang menyertai Alam Ria PASTI Malaysia. Hadiah disampaikan oleh YB kepada para pemenang. Tahniah Seluruh jawatankuasa pelaksana Alam Ria PASTI Malaysia 2011. Bagi yang berjaya kekalkan bakat anda untuk digilap ke peringkat lebih baik. Mereka yang tidak berjaya usaha untuk kejayaan masa hadapan.


YB. Dati Seri Nizar bersama isteri

Gamba kenangan ALP PASTI Selangor bersama pemenang

Gamba kenangan MGP Selangor bersama pemenang

0 comments: