Lawatan PASTI Malaysia ke Selangor

Batang Kali, 20 November 2011: Jabatan PASTI Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hj. Hassan Ahmad diiringi ALP PASTI Malaysia telah mengadakan lawatan ke Negeri Selangor. Majlis bertempat di Dewan Dato Abdul Hamid Batang Kali, Hulu Selangor dimana dihadiri oleh ALP PASTI Negeri, 22 Pengerusi, AJK, Pengurus PASTI cawangan serta MGP kawasan.

Majlis yang berlangsung 11.45pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Majlis di teruskan dengan taklimat dari PASTI Negeri Selangor yang di sampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor iaitu Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Taklimat merangkumi persembahan slaid berkaitan PASTI negeri Selangor merangkumi statistik serta pembangunan dan perancangan yang dibuat oleh PASTI Negeri Selangor.

Majlis diteruskan dengan penerangan serta halatuju PASTI Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia Hj, Hassan Bin Hj. Ahmad. Pelbagai input serta maklumat baru berkaitan PASTI di perkenalkan pada semua wakil kawasan yang hadir. Ia menunjukkan satu suntikan baru bagi menaikkan kualiti PASTI ke seluruh masyarakat Malaysia. sesi pertama ditangguhkan seketikan jam 2 petang untuk makan tengahari dan solat zohor. Sesi kedua bersambung bagi soal jawab oleh wakil PASTI kawasan dan negeri. Majlis diakhiri oleh penyampaian cenderahati kepada Ketua Pengarah PASTI Malaysia dan minum petang.

Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah PASTI Selangor

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah

ALP PASTI Malaysia

Sesi soal jawab oleh wakil kawasan

Sesi soal jawab oleh wakil guru PASTI

Penyampaian cenderahati buat Ketua Pengarah

0 comments: