Jelajah Seminar Pengurusan PASTI Siri 2

4 Mac 2012, Meru: Siri jelajah Seminar Manual Pengurusan PASTI Selangor telah melalui siri 2 bagi kawasan zon3 selepas siri pertama diadakan di kawasan Hulu Langat bagi daerah Zon2. Seminar ini melibatkan AJK PASTI Kawasan, Pengurus, Setiausaha, bendahari dan guru kanan cawangan bagi kawasan, Kapar, Kota Raja, Klang, Shah Alam, PJU, PJS, Kelana Jaya dan Sepang.Seminar ini menerangkan tentang manual pengurusan yang baru diterbit dan telah dikemaskini oleh Jabatan PASTI Malaysia. Tugas Jabatan PASTI Negeri membuat penerangan berkaitan pengurusan agar semua Jemaah pengurusan PASTI Kawasan dan cawangan tahu skop tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Tentatif program bermula dengan penerangan secara umum berkenaan PASTI oleh Timbalan Pengarah sektor Pengurusan iaitu Sdr. Mohd Rozi Bin Malek. Seminar ini di pecahkan beberapa slot pengurusan penting seperti kesetiausahaan disampaikan oleh sdr. Mohd Aslam bin Khanani, slot bendahari disampaikan oleh Tn. Hj. Hisham Mohd. Slot tambahan iaitu berkenaan IT di sampaikan oleh sdr. Mohd Al-Hariz Bin Adzhan.Pihak PASTI Selangor mengucapkan terima kasih diatas kehadiran 70 orang pihak pengurusan kawasan dan cawangan ke kursus ini. Semoga semua maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat bagi pihak pengurusan dalam meningkatkan prestasi pengurusan.


Menjamu selera

Sembang santai dan berkenalan pihak pengrusan

Suassana semasa kursus

Sesi soal jawab

Mualimah dan jemaah pengurusan muslimat

Slot sdr. Mohd Rozi Malek

0 comments: