Selangor Juara lagi Alam Ria Kebangsaan 2012

16 Sept. 2012, Kelantan: Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan para guru dan peserta telah mengekalkan status PASTI Negeri Selangor(PNS) sebagai Juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Misi mengekalkan juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011 telah dirancang sejak Alam Ria Negeri Selangor 2012 (ARNS2012) dijalankan. Segala persiapan telah dilakukan dengan mesyuarat jawatankuasa diadakan bagi membincangkan perjalanan, latihan yang berbaki 2 minggu selepas ARNS 2012 serta kos-kos berkaitan untuk ke Negeri Kelantan Darul Naim.

2 Bas telah bergerak ke Kelantan dengan membawa seramai 2 wakil kontigen negeri, 18 orang guru pengiring, dan 34 orang peserta penyokong PASTI Selangor telah hadir dan menyertai bagi setiap acara yang dipertandingkan. Pendaftran kontigen negeri pada 15 September 2012(Sabtu) seawal 10pagi sehingga 4 petang kemudian dibawa ke homestay yang di tempah. Keseluruhan acara berlangsung pada 16 September 2012 seawal jam 9 pagi dengan 11 acara dipertandingakan di Pusat Tarbiyah Kelantan(PUTIK).

Majlis perasmian penutup telah berlangsung jam 2.00petang dan diserikan dengan persembahan para peserta yang terpilih. Alam Ria PASTI Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa selaku Timbalan Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa dengan di iringi oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad(Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Y.B Haji Abdul Latiff Abdul Rahman(Ketua Pemuda PAS Kelantan). PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada tuan rumah Negeri Kelantan yang berjaya menjayakan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan moga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah.


***Hasil  Kemenangan ini, Pengarah PASTI Selangor telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada Jumaat 21 September 2012(5 zulkaedah 1433H) bagi seluruh PASTI cawangan di Negeri Selangor.

Berikut adalah keputusan pemenang mengikut negeri:
rujukan: http://pastipusat.wordpress.com/2012/09/16/tahniah-kepada-semua/


KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2012

1.PIDATO

NEGERI
JOHANTERENGGANU
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAKEDAH

2.AZAN
NEGERI
JOHANPULAU PINANG
NAIB JOHANPERAK
KETIGAKEDAH

3.KHUTBAH
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANKELANTAN
KETIGAPERAK

4.BERCERITA (L)
NEGERI
JOHANSELANGOR
NAIB JOHANKELANTAN
KETIGAKEDAH

5.Bercerita (P)
NEGERI
JOHANTERENGGANU
NAIB JOHANPERAK
KETIGAPAHANG

6.SAJAK (L)
NEGERI
JOHANWILAYAH PERSEKUTUAN
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAKELANTAN

8.HAFAZAN (L)
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAPERAK

9.HAFAZAN(P)
NEGERI
JOHANPERLIS
NAIB JOHANMELAKA
KETIGAKELANTAN

10.NASYID
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANJOHOR
KETIGAPERAK

11.KALAM JAMAI’E
NEGERI
JOHANSELANGOR
NAIB JOHANMELAKA
KETIGAPULAU PINANG

JOHAN KESELURUHAN :
PASTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


Suassana Dewan Bercerita


Peserta bercerita Perempuan dari Selangor

Suassana Dalam Dewan Utama

Majlis Penutup

Ucapan aluan Hj Hassan Hj Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia

Kehadiran dif kehormat

Menanti dengan debaran

Persembahan terpilih, Kalam Jamaie dari Selangor

Ucapan perasmian, Y.B Hj Muhamad Bin Mustafa


Penyampaian Hadiah Kepada N.Johan Hafazan Lelaki, dari Selangor


Penyampaian Hadiah Johan Bercerita Lelaki dari Selangor

Penyampaian hadiah N.Johan Sajak Lelaki dari Selangor

Penyampaian Hadiah  N.Johan Pidato Perempuan, Dari Selangor

Johan Kalam Jamaie, dari Selangor

Penyampaian Hadiah Juara Keseluruhan, PASTI Negeri Selangor

Gamba kenangan guru, peseta dan ALP PASTI Selangor



1 comments:

Unknown said...

Tahniah...semoga PASTI Selangor akan mendapat lebih banyak kejayaan di masa hadapan...tapi perlukah pelajar-pelajar dicutikan sempena meraikan kejayaan ini...rasanya dah terlalu banyak cuti tahun ini dan tidak adapun kelas yang digantikan pada hari Sabtu...