Majlis Konvokesyan PASTI Selangor 2012

11 Nov 2012, Sg. Besar: Program menyaksikan pelajar cemerlang seluruh kawasan dalam Negeri Selangor dikumpulkan untuk mencari pelajar cemerlang peringkat negeri serta di raikan dalam Majlis Konvokesyen. Pelajar dan ibubapa telah hadir diawal pagi untuk sesi peperiksan dalam masa satu jam. Konsep soalan meliputi keseluruhan subjek pelajaran mengikut tahap umur 5 dan 6 tahun.

Selesai peperiksaan pelajar diraikan dalam acara gilang gemilang iaitu Majlis Konvokesyen PASTI Selangor. Majlis dirasmikan Oleh Ustaz. Hj. Mohd Fadzin Bin Taslimin iaitu YDP PAS Kawasan Sungai Besar. Pelajar yang mendapat markah tertinggi diumumkan sebagai pelajar cemerlang PASTI Selangor dan akan di bawa ke peringkat PASTI Malaysia untuk pencarian pelajar cemerlang PASTI Malaysia.

Pelajar bersedia
Para pelajar bersedia dengan jubah Konvo
Guru dan ibubapa mengambil gamba anak masing-masing

Ust. Hasbullah menyampaikan amanat

Ust. Hj. Mohd Fadzin merasmikan majlis

Kehadiran tetamu


0 comments: