25 Mac, Telok Datok: Ijtima' PRU13 Majlis Guru PASTI Negeri Selangor sedang berlangsung di Dewan Sri Jugra, Telok Datok Banting. Ini merupakan langkah persediaan para mualimah dalam membantu jentera parti PAS menghadapi PRU13 yang akan tiba bila-bila masa. Ijtima' antara lain memberi satu suntikan semangat pada mualimah agar terus berusaha serta istiqamah dalam perjuangan Islam.
Program dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh ustazah Wan Hasrina bt. Wan Hassan iaitu ketua DMPNS. Seterusnya program diteruskan dengan 3 pembentangan kertas kerja. Diharap program ini dapat membantu para mualimah dalam menghadapi tugas yang mendatang semasa membantu PAS dalam PRU13 nanti.
Pelancaran dana pilihanraya MGPNS |
Kehadiran guru |
0 comments:
Post a Comment