Pesta Sukan PASTI SELANGOR TAHUN 2011

Oleh Pejabat Sekritariat PASTI N.SELANGOR


7 Mei 2011,Pandan Indah- Sebanyak 18 kawasan seluruh PASTI N.Selangor menyertai PESTA SUKAN PASTI N.SELANGOR yang di adakan di padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Iskandar Abul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan PAKATAN RAKYAT N.Selangor yang juga merupakan ADUN Cempaka. Turut hadir Yang Berbahagia Ustzah Wan Haslina Bt. Wan Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor.

Keputusan Akhir Bola Sepak :

Juara : KAPAR
Naib Juara : SHAH ALAM
tempat Ke-3 : KUALA LANGAT
tempat Ke-4 : PETALING JAYA SELATAN

Keputusan Akhir Bola Jaring :

Juara : GOMBAK
Naib Juara : PETALING JAYA SELATAN
tempat Ke-3 : SERDANG
tempat Ke-4 : PUCHONG

PEMAIN TERBAIK


BOLA SEPAK : MOHAMMAD HAYKAL DANISH B. MOHD HAIZON (KAPAR)
BOLA JARING : DINA AODILA BT. SAIFUL (PJS)

Mesyuarat Penyelarasan Pesta Sukan PASTI SELANGOR 2011 kali Ke-3

LAMAN MUKMIN, TMN KENCANA-PANDAN-9.30 MALAM 3 Mei 2011: Mesyuarat Penyelarasan Pesta Sukan PASTI N.Selangor diadakan bagi menyelaraskan segala gerakkerja terakhir sebelum program pada sabtu 7 Mei 2011 ini. Segala persiapan padang akan dibuat pada hari jumaat.

Anugerah PASTI TERBAIK semperna Muktamar Dewan Pemuda PAS N.SELANGOR 2011 kali Ke-45

TANJUNG KARANG-1 MEI; DEWAN DATO' HORMAT.

PASTI KAWASAN TERBAIK KATEGORI A :KAPAR

PASTI KAWASAN TERBAIK KATEGORI B : PUCHONG

PASTI CAWANGAN TERBAIK : SAIDATIANA AISYHAH, KOTA RAJA

TAHNIAH DIUCAPKAN kepada mereka ini.

Mesyuarat Panatia Sambutan Hari Guru PASTI MALAYSIA 2011


Jumaat-29 April-Shah Alam; Panatia Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia telah mengadakan mesyuarat di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam Selangor. Pihak panatia iaitu PASTI N.Selangor diketuai oleh En. Mohamad Rozi Malik Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan dan wakil delegasi PASTI Malaysia diketuai oleh En. Abd. Kadir Dewa Tim.Ketua Pengarah Sektor Pengurusan PASTI Malaysia. Pihak Panitia diberikan sedikit taklimat berkaitan program sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang akan berlangsung di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam pada 21-22 Mei 2011 ini.

Kursus Asas Perguruan PASTI 1& 4 (KAPP1&4)

Sumber: http://mgpselangor.blogspot.com

Alhamdulillah Pasti Negeri Selangor telah berjaya mengadakan KAPP 1 dan 4 pada 25 Feb - 27 Feb yang baru lalu bertempat di D' Congkak Forest. Kehadiran MGP sangat memberangsangkan sehingga pihak pengurusan terpaksa bahagikan kursus ini kepada 2 siri. Insyaallah KAPP 1 & 4 siri 2 akan diadakan pada bulan April akan datang. Tahniah kepada Pasti Negeri Selangor dan tahniah juga kepada Pn Khairiah yang mengetuai unit latihan untuk kursus ini.





Tahniah SUK PASTI Negeri Selangor

Serdang, 3 Feb 2011: Alhamdulillah, satu berita gembira bagi seluruh warga PASTI Negeri Selangor. Setiausaha Kerja PASTI Negeri Selangor, saudara Mohd Al-Hafiz Bin Adzhan dan pasangannya telah dikurniakan cahayamata pertama jam 10:50 pagi tadi di Hospital Serdang. Mereka dikurniakan anak lelaki seberat 2.8kg. InsyaAllah seluruh warga PASTI mendoakan kesihatan anak dan isteri beliau dan semoga semangat pejuang Islam terus mengalir pada anak beliau. Bagi mereka yang ingin menziarahi Pasangan berkenaan bolehlah ke rumah maknya di Taman Seri Andalas, Klang.

Takbir!!!(Hebat dalam tido tu...)

Mesyuarat PASTI Negeri Pertama sesi 2011

Suassana Mesyuarat Pertama 2011 PASTI Negeri Selangor


Gombak, 31 Januari 2011: Tahun 2011 pastinya berbeza dari tahun 2010 yang memerlukan perbincangan bersama bagi merealisasikan matlamat 2011. Oleh itu Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Selangor bersama Pengerusi Kawasan telah bermesyuarat di Pejabat PAS Gombak jam 9mlm. Banyak perkara dibincangkan termasuk permasalahan yang timbul supaya dapat diselesaikan dengan kaedah yang baik serta dipersetujui bersama.

Mesyuarat juga banyak memberi maklumat penting seperti info dari PASTI Malaysia bagi perkara berkaitan untuk disampaikan pada PASTI Kawasan dan cawangan-cawangan. Mesyuarat juga membincangkan perancangan takwim bagi tahun 2011 seperti aktiviti tahunan, kursus guru, serta program tambahan lain yang diseragamkan dengan aktiviti semasa PAS. Turut dibentangkan "budget" program tahunan bagi memudahkan dana digunakan sebaik mungkin.

Syabas dan tahniah bagi meraka yang banyak memberi idea serta maklum balas berkaitan. Semoga Jasa serta usaha para pengurusan PASTI di pelbagai peringkat mendapat pahala dari Allah S.W.T. Semoga PASTI terus maju kehadapan memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak PASTI. Takbir!...

Mari Ke PASTI...

Isnin, 3 Januari 2010: Sesi Persekolahan 2011 telah bermula bermakna ibubapa sibuk menguruskan pendaftaran serta ragam hari pertama sekolah anak-anak mereka. Jika anak yang umur 7 tahun keatas kebanyakkan mereka tiada masalah untuk dilepaskan dengan mudah. Namun situasi bagi kanak-kanak yang pertama kali ke sekolah khususnya tadika pra sekolah amatlah berlainan. Pelbagai ragam serta karenah pelajar guru-guru PASTI terpaksa tempuhi dalam minggu pertama persekolahan termasuk pelajar yang menagis, menyendiri, tidak melepaskan ibubapa balik dan lain-lain lagi. Alhamdulillah beberapa kawasan memaklumkan terdapat beberapa peningkatan bilangan pelajar. Seluruh ALP PASTI Negeri Selangor dibawah kepimpinan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, mengucapkan selamat bertugas dengan penuh ikhlas dan cemerlang kepada semua para guru.


Suassana Hari Pertama PASTI As-Syifa' Kawasan Kota Raja

APC PASTI Negeri Selangor 2010

Shah Alam, 24 Disember 2010: Majlis gilang gemilang penutup 2010 merupakan satu titik sejarah bagi anak-anak PASTI yang cemerlang di peringkat kawasan masing-masing. Bagi meraikan kejayaan pelajar, PASTI Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Negeri Selangor 2010. Bertempat di Dewan Rumah Rehat Exco Kerajaan Negeri Selangor serta dihadiri oleh para pelajar cemerlang di peringkat kawasan bersama guru dan ibu bapa mereka.

Majlis dirasmikan oleh Yg. Bhg. Saudara Adram Bin Musa iaitu Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis di mulakan dengan bacaan doa serta diserikan lagi dengan persembahan bercerita dan nasyid oleh pelajar yang memenangi pertandiangan Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2010. PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah dan semoga para pelajar terus maju kehadapan serta menjadi pemimpin serta pejuang Islam yang di redhai Allah.


Pendaftaran pelajar serta tetamu...

VIP menjamu selera

Suassana kehadiran Ibubapa, pelajar dan guru

Persembahan bercerita oleh pelajar.

Persembahan Nasyid dari PASTI Kawasan Kapar

Ucapan Perasmian Oleh Sdr Adram Bin Musa

Gamba Kenangan Bersama Pelajar Cemerlang

Kursus Transisi- PASTI Negeri Selangor

Gombak-9 Muharram(15 Dis.2010) : Seramai 57 orang guru PASTI mewakili kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor hadir dalam kursus transisi yang diadakan pada 8.30pagi di Pejabat PASTI Malaysia. Kursus ini diadakan di peringkat PASTI Negeri Selangor dibawah Unit Latihan dan Prfesional dan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Profesional PASTI Malaysia.

Kursus ini memberi pendedahan kepada guru-guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada awal sesi persekolahan 2011 nanti. Guru-guru akan mengendalikan 2 minggu pertama persekolahan tanpa menggunakan buku teks dan buku kerja, sebaliknya menggunakan pendekatan yang disampaikan melalui kursus ini. Guru-guru yang hadir pula akan berkongsi ilmu di peringkat kawasan pada minggu depan.