Serdang, 3 Feb 2011: Alhamdulillah, satu berita gembira bagi seluruh warga PASTI Negeri Selangor. Setiausaha Kerja PASTI Negeri Selangor, saudara Mohd Al-Hafiz Bin Adzhan dan pasangannya telah dikurniakan cahayamata pertama jam 10:50 pagi tadi di Hospital Serdang. Mereka dikurniakan anak lelaki seberat 2.8kg. InsyaAllah seluruh warga PASTI mendoakan kesihatan anak dan isteri beliau dan semoga semangat pejuang Islam terus mengalir pada anak beliau. Bagi mereka yang ingin menziarahi Pasangan berkenaan bolehlah ke rumah maknya di Taman Seri Andalas, Klang.
Mesyuarat PASTI Negeri Pertama sesi 2011
Gombak, 31 Januari 2011: Tahun 2011 pastinya berbeza dari tahun 2010 yang memerlukan perbincangan bersama bagi merealisasikan matlamat 2011. Oleh itu Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Selangor bersama Pengerusi Kawasan telah bermesyuarat di Pejabat PAS Gombak jam 9mlm. Banyak perkara dibincangkan termasuk permasalahan yang timbul supaya dapat diselesaikan dengan kaedah yang baik serta dipersetujui bersama.
Mesyuarat juga banyak memberi maklumat penting seperti info dari PASTI Malaysia bagi perkara berkaitan untuk disampaikan pada PASTI Kawasan dan cawangan-cawangan. Mesyuarat juga membincangkan perancangan takwim bagi tahun 2011 seperti aktiviti tahunan, kursus guru, serta program tambahan lain yang diseragamkan dengan aktiviti semasa PAS. Turut dibentangkan "budget" program tahunan bagi memudahkan dana digunakan sebaik mungkin.
Syabas dan tahniah bagi meraka yang banyak memberi idea serta maklum balas berkaitan. Semoga Jasa serta usaha para pengurusan PASTI di pelbagai peringkat mendapat pahala dari Allah S.W.T. Semoga PASTI terus maju kehadapan memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak PASTI. Takbir!...

Mari Ke PASTI...
Isnin, 3 Januari 2010: Sesi Persekolahan 2011 telah bermula bermakna ibubapa sibuk menguruskan pendaftaran serta ragam hari pertama sekolah anak-anak mereka. Jika anak yang umur 7 tahun keatas kebanyakkan mereka tiada masalah untuk dilepaskan dengan mudah. Namun situasi bagi kanak-kanak yang pertama kali ke sekolah khususnya tadika pra sekolah amatlah berlainan. Pelbagai ragam serta karenah pelajar guru-guru PASTI terpaksa tempuhi dalam minggu pertama persekolahan termasuk pelajar yang menagis, menyendiri, tidak melepaskan ibubapa balik dan lain-lain lagi. Alhamdulillah beberapa kawasan memaklumkan terdapat beberapa peningkatan bilangan pelajar. Seluruh ALP PASTI Negeri Selangor dibawah kepimpinan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, mengucapkan selamat bertugas dengan penuh ikhlas dan cemerlang kepada semua para guru.
APC PASTI Negeri Selangor 2010
Shah Alam, 24 Disember 2010: Majlis gilang gemilang penutup 2010 merupakan satu titik sejarah bagi anak-anak PASTI yang cemerlang di peringkat kawasan masing-masing. Bagi meraikan kejayaan pelajar, PASTI Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Negeri Selangor 2010. Bertempat di Dewan Rumah Rehat Exco Kerajaan Negeri Selangor serta dihadiri oleh para pelajar cemerlang di peringkat kawasan bersama guru dan ibu bapa mereka.
Majlis dirasmikan oleh Yg. Bhg. Saudara Adram Bin Musa iaitu Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis di mulakan dengan bacaan doa serta diserikan lagi dengan persembahan bercerita dan nasyid oleh pelajar yang memenangi pertandiangan Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2010. PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah dan semoga para pelajar terus maju kehadapan serta menjadi pemimpin serta pejuang Islam yang di redhai Allah.

Kursus Transisi- PASTI Negeri Selangor
Gombak-9 Muharram(15 Dis.2010) : Seramai 57 orang guru PASTI mewakili kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor hadir dalam kursus transisi yang diadakan pada 8.30pagi di Pejabat PASTI Malaysia. Kursus ini diadakan di peringkat PASTI Negeri Selangor dibawah Unit Latihan dan Prfesional dan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Profesional PASTI Malaysia.
Kursus ini memberi pendedahan kepada guru-guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada awal sesi persekolahan 2011 nanti. Guru-guru akan mengendalikan 2 minggu pertama persekolahan tanpa menggunakan buku teks dan buku kerja, sebaliknya menggunakan pendekatan yang disampaikan melalui kursus ini. Guru-guru yang hadir pula akan berkongsi ilmu di peringkat kawasan pada minggu depan.

Peperiksaan Setara PASTI Negeri Selangor
Pelabuhan Klang, 11 November 2010: Bertempat di dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK), Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang peperiksaan setara PASTI peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 44 orang pelajar 5 dan 6 tahun dari 22 kawasan hadir dalam peperiksaan ini. Turut menemani pelajar ialah ibubapa mereka selain guru pengiring dan wakil Majlis Guru PASTI kawasan masing-masing. Segala penandaan dan pemarkahan dilantik daripada guru-guru yang berkelayakan oleh unit peperiksaan PASTI Negeri. Urusan peperiksaan dan pemarkahan diselia dan dipantau oleh ALP PASTI Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh seluruh PASTI kawasan dan mereka yang membantu menjayakan peperiksaan ini. Tahniah diucapkan buat pelajar-pelajar sekalian kerana berjaya mencuba.
Berikut adalah nama kawasan dan tiga markah tertinggi bagi peperiksaan ini:
5 Tahun
1-Gombak: 89%
2-PJS : 88%
3-PJU : 87%
6 Tahun
1- Hulu Langat : 95%
2- Gombak : 94%
2- Serdang : 94%
Berikut adalah nama kawasan dan tiga markah tertinggi bagi peperiksaan ini:
5 Tahun
1-Gombak: 89%
2-PJS : 88%
3-PJU : 87%
6 Tahun
1- Hulu Langat : 95%
2- Gombak : 94%
2- Serdang : 94%
Hari Bakat PASTI Negeri Selangor
Hulu Langat, 9 Oktober 2010: Demi memartabatkan mutu pendidikan PASTI, PASTI negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Hari Bakat peringkat Negeri Selangor bertempat di SRA Dusun Nanding, Selangor. Pertandingan ini disertai 19 PASTI kawasan melali acara nasyid berkumpulan, pidato(perempuan sahaja), hafazan, sajak, azan(lelaki sahaja), khutbah(lelaki sahaja) dan bercerita. Turut Hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli bin Che Mat yang turut merasmikan majlis penutup.Tahniah bagi mereka yang berjaya.
Berikut adalah keputusan bagi setiap acara yang dipertandingkan
Nasyid(berkumpulan):
Johan : Kapar
Naib Johan : Sepang
Ketiga : Gombak
Pidato(perempun):
Johan : Ain Nur Fatehah Bt Khairol Sam (Hulu Langat)
Naib Johan : Nurain Haziqah Bt Abd Aziz (Sepang)
Ketiga : Nur Farah Firzana Bt Mohd Kasin (Kapar)
Hafazan(lelaki)
Johan : Muhammad Hafizuddin B. Suhaimi (Gombak)
Naib Johan : Emir Ezairee Admad Risyafuddin (Hulu Langat)
Ketiga : Muhammad Aidil Hakim B. Nor Azizi(Puchong)
Hafazan(perempuan)
Johan : Ayuni Soffiyyah bt Mohd Sazani (Gombak)
Naib Johan : Syafiah Najihah bt Mohd Nasir(Hulu Langat)
Ketiga : Nur Fatin Fasina bt. Mohd Fadli (Puchong)
Azan
Johan :Mohd Danial Asraff B. Halimi (Sepang)
Naib Johan : Mohammad Nasihin B. Halim (Kapar)
Ketiga : Nik Muhammad Al-Fatih B. Nik Syahriman (Gombak)
Khutbah
Johan : Harith Hazazi B. Zulani sham (Shah Alam)
Naib Johan : Mohd Afdhal Yamin B. Mohd Affandy (Hulu Langat)
Ketiga : Mohamad Emir Khairi B. Kasrul Kahiri (Subang)
Sajak(lelaki)
Johan : Muhammad Furqab B. Sazali (Ampang)
Naib Johan : Muhammad Alif Aiman b. Rosni Safarin (Hulu Langat)
Ketiga : Shahmirul Ikmal b. Shahrizat (Kapar)
Sajak(perempuan)
Johan : Lydia Husna bt. Mohd Hamid (Kapar)
Naib Johan : Nurhayani bt. Ibrahim (Serdang)
Ketiga : Nur Aleeya Zulaika bt. Zulkarnain (Klang)
Bercerita(lelaki)
Johan : Mohd Ariff (Hulu Selangor)
Naib Johan : Adin Solihin (Klang)
Ketiga : Mohd Naqiyudin b. Mohd Nizam (Kapar)
Bercerita(perempuan)
Johan : Nurin Farisna bt. Syarudi (Kapar)
Naib Johan : Sofea Dalina bt. Azwir (Hulu Langat)
Ketiga : Nur Aliyah Balqia bt. Mohd Taufiq (Sepang)

Memo: Takwim Tempahan Alatan PASTI 2011
BIL. | TARIKH | TINDAKAN | CATATAN |
1 | Julai 2010 | Buka Pendaftaran awal Pelajar sesi 2011 | Cawangan-cawangan |
2 | 10 -31Julai | Edaran surat & borang tempahan alatan PASTI 2011 ke kawasan / cawangan | |
3 | 1 ogos-20 Sept | PASTI kawasan menerima tempahan alatan PASTI dari cawangan-cawangan berserta deposit 20% | Akaun BIMB: Shaafie Management (no akaun 12092010033071) @ PASTI NEGERI SELANGOR (no akaun:14180010002211) |
4 | 30 Sept | Tarikh tutup tempahan awal 2011, PASTI kawasan menghantar borang tempahan ke PASTI Negeri | |
5 | 1 okt-31 okt | Pindaan atau tambahan pada borang tempahan | |
6 | 15 Jan 2011 | Baki bayaran tempahan alatan PASTI 2011 |
Penyerahan Sumbangan TK PASTI Malaysia
Klang, 7 September 2010: PASTI Kawasan Klang yang diketuai oleh Ketua Pemuda Klang, Ustaz Nazri Nawi bersama Pengerusi PASTI Klang En. Nazri Nayan dan MGP Klang Pn. Norjaswati Bt Ismail menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia pada Guru PASTI yang kematian suami dan pelajar PASTI yang kematian ibu.
Pn Farah Maswidar bt. Md Yusof kisahnya pernah dipaparkan dalam blog berita pada bulan Mac lepas dimana beliau kematian suami tercinta selepas terlantar sakit akibat kemalangan sewakt bekerja pada disember 2009 yang lepas. Manakala penerima sumbangan ialah adik Alyeisha Natasha Bt Abdullah dimana ibunya telah meninggal dunia pada 3 Jun 2010 yang lepas. Ibu adik Alyeisha disahkan oleh doktor mendapat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.
PASTI Negeri Selangor mengucapkan takziah pada keluarga Pn Farah Maswidar bt. Md Yusof dan adik Alyeisha Natasha Bt Abdullah.

Penyerahan Oleh KP Klang pada Pn. Farah
Pn Norjaswati menyerahkan sumbangan pada adik Alyeisha
Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran MGPNS
Sijangkang, 27 Ogos 2010: Puasa tidak menandakan aktiviti PASTI diam atau berehat seketika. Ia tetap berjalan tetapi dengan pengisian yang berbeza iaitu lebih kearah ibadah sunnah atau dengan ertikata lain kurang melakukan kerja berat seperti bulan-bulan lain. Namun pengisian tahunan dibulan Ramadhan tetap diadakan bagi bersama berkumpul dan bagi mengeratkan silaturahim serta meningkatkan tarbiah para guru.
Majlis Guru PASTI Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran MGPNS di Dewan Orang Ramai Bt.7 Kg.Sijangkang,Kuala Langat. Ia dihadiri seramai 220 orang guru dari 22 buah kawasan. Majlis ini diserikan lagi dengan acara memasak bubur lambur untuk diberikan pada guru-guru serta ALP PASTI Selangor yang hadir. Majlis dirasmikan oleh ADUN Sijangkang, YB. Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi. Turut hadir majlis ini Pengarah PASTI Negeri Selangor Ust. Hasbullah Mohd Ridzuan, Ketua Pemuda PAS Kuala Langat, Ust Ridzwan Rahmat, ALP PASTI Selangor, serta Pimpinan PAS Kuala Langat.

Pendaftaran Para Guru PASTI

Guru-guru PASTI sedang memenuhi tempat duduk

Kehadiran Perasmi, YB Dr. Ahmad Yunus

Suassana Dewan yang telah dipenuh oleh para guru dari 22 kawasan
Diantara AJK MGPNS serta wakil MGP Pusat