PASTI Selangor Juara lagi!

27 Jun 2010- Alhamdulillah, Sekali lagi PASTI Selangor merangkul juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 di pulau mutiara iaitu Pulau Pinang selaku tuan rumah tahun ini. Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 ini telah disertai oleh 13 buah negeri yang terdiri daripada Selangor, Melaka, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Sabah. Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dimana semua kontigen bersiap sedia untuk acara perbarisan dan perasmian Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 ini. Acara diserikan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PASTI diikuti ikrar sukan dan bacaan doa yang diketuai oleh pelajar PASTI dari Pulau Pinang. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan aluan dan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, En. Azman Shapawi Abdul Rani

Pesta Sukan diteruskan lagi dengan para pemain bersiap sedia bagi memulakan perlawanan. Pasukan bola sepak PASTI Selangor memulakan perlawanan dalam kumpulan D menentang Perlis disusuli Kelantan. Kesungguhan pelajar PASTI menjadikan PASTI Selangor juara kumpulan D hasil sepakan penalti selepas berkongsi mata dengan Kelantan dalam Kumpulan D. Perlawanan bola sepak pusingan kedua iaitu kalah mati diteruskan selepas rehat bagi memberi masa urusetia menyusun jadual perlawanan sukan dan para pengadil berehat. Selangor telah bertemu lawan dari Melaka dalam perlawanan pertama pusiangan kedua. Hasilnya Selangor berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir selepas menentang Melaka dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Pada perlawanan separuh akhir, Selangor telah mendapat tentangan yang sengit dari Perak. Namun atas usaha yang gigih pelajar telah berjaya menumpaskan Perak dengan keputusan 1 gol tanpa balas.

Perlawanan akhir sememangnya menjanjikan perlawanan yang amat sengit dimana Kelantan bertemu semula dengan Selangor selepas bertemu dalam Kumpulan D. Kedua-dua pasukan saling membuat serangan demi serangan ke kawasan lawan sehingga mendebarkan para penyokong kedua pasukan. Kealpaan penjaga gol dan pemain pertahanan Selangor, menyebabkan Kelantan telah berjaya menjaringkan gol pertama diawal perlawanan separuh masa pertama. Namun, semangat yang kental dan tidak mudah mengalah dalam diri pemain Selangor telah menjadikan kedudukan seri 1-1 hasil sepakan tepi oleh adik Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa yang pertama. Pada separuh masa yang kedua, Selangor berjaya menyumbatkan gol kemenangan hasil sentuhan Adik Lokman Hakim.

Bagi pasukan bola jaring pula, Selangor berada dalam kumpulan B bersama Perlis dan Perak. Hasil perlawanan kumpulan B, Selangor telah menjadi juara kumpulan B kerana berjaya meraih mata yang tertinggi dalam kumpulan. Dipusingan kedua, kalah mati Selangor telah menewaskan Melaka 7 jaringan berbalas 3 dan sekaligus melayakkan Selangor ke separuh akhir. Namun kemaraan Selangor untuk memburu gelaran juara berjaya disekat Terengganu dengan 3 jaringan berbalas 7 sehingga masa tambahan setelah seri 3-3 dalam dua suku masa. Selangor melepaskan rasa kekecewaan dengan mengalahkan Pulau Pinang 12 jaringan berbalas 1 untuk memperolehi tempat ketiga dalam perlawanan bola jaring.

Hadir sama menyaksikan Pesta Sukan PASTI Malaysia kali ke-6 ini ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, En. Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Pengarah PASTI Malaysia Cikgu Azrin Abdul Majid, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Pengarah Pasti negeri, Mohd Asri Harun, dan Ketua Majlis Guru Pasti Malaysia, Puan Saadiah Abu Bakar. Turut diumumkan juga Terengganu bakal menggalas tanggungjawab menjadi tuan rumah pesta sukan ini pada tahun depan. Berikut adalah keputusan penuh Pesta Sukan PASTI Malaysia kali k-6/2010.

Bola Sepak
Johan- PASTI Negeri Selangor
N. Johan- PASTI Negeri Kelantan
Ketiga- PASTI Negeri Perak

Penjaring terbanyak : Adik Lokman Hakim (5 gol)-PASTI Negeri Selangor
Pemain terbaik : Adik Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.-PASTI Negeri Selangor

Bola Jaring
Johan- PASTI Negeri Terengganu
N. Johan- PASTI Negeri Kedah
Ketiga- PASTI Negeri Selangor

Penjaring terbanyak : Adik Siti Ainun Majah Zulkifli (25 gol)-PASTI Negeri Terengganu
Pemain terbaik : Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam-PASTI Negeri Terengganu


Pemain bersiap dengan pakaian khas


Persiapan perbarisan kontigen PASTI Negeri Selangor

Suassana majlis perasmian

VIP dan barisan ALP PASTI Malaysia

"ya, panaskan badan dulu. Jangan panas baran tau..."


Suassana sekitar pesta sukan

" pasing sini, cepat-cepat!!!"

ya.. masuk lagi...

Wajah MGP Selangor melihat anak murid bermain.. mencemaskan...

Saat cemas pasukan Kelantan

wah, ada gaya shoalin soccer la...

"ini lah dia penyerang merbahaya Selangor,
sekali 3 masuk bola tetap di kakinya"

Pemain melepaskan penat


"manalah nak baling ni..."


Inilah wajah-wajah pemenang

Juara Bola Jaring dari Terengganu

"Ha, ini dia pemain terbaik Selangor, sepak macam D. Beckham tu.."

"Ini dia penjaring terbanyak tahun ini..."

Kenangan bersama pemain, ALP, MGP, dan jurulatih

0 comments: