PASTI Selangor Ziarah Guru PASTI BNO, Sabak Bernam

Pada 3 Mei 2010 bulan lepas PASTI Selangor mendapat berita seorang guru PASTI Al Hidayah, Sungai Air Tawar, iaitu Puan Masdewi telah jatuh pengsan akibat serangan darah tinggi semasa menjalankan persiapan Sukaneka PASTI Kawasan. Peristiwa terjadi pada 1 mei 2010 iaitu hari sabtu malam ahad dimana beliau dan urusetia yang lain bertungku-lumus membuat persiapan sukan untuk esoknya. Bedasarkan maklumat yang diterima, beliau telah dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan disahkan koma akibat pendarahan otak sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimiah(HTAR) Klang. Pada Isnin 3 Mei beliau dirujuk ke Hospital Sungai Buluh bagi rawatan pakar disana.

Pada 5 Jun yang lepas PASTI Selangor yang diwakili Sdr Aslam Khairani(Setiausaha PASTI Selangor), Sdr Mohd Al-Hafiz dan Sdr Mohd Al-hariz telah berkunjung ke rumah beliau bagi menziarahi dan mengetahui keadaan beliau. Alhamdulillah semasa kunjungan kami, kesihatan beliau beransur pulih melalui raut wajahnya yang ceria selepas pulang dari hospital. Menurut cerita yang disampaikan, beliau berada dalam keadaan koma selama 2 minggu. Puan Masdewi adalah balu bagi Allahyarham Kamarudin hj Min mantan Ketua Pemuda Kawasan Sabak Bernam. Semoga Puan Masdewi dan keluarga tabah dan sabar dengan ujian yang diterima dan terus bersemangat mendokong perjuang PASTI.


Gambaran semasa kami berkunjung dirumah.

Turut sama ziarah, guru-guru PASTI sabak bernam.

0 comments: