Bangi, 25 Julai 2010: Satu majlis meraikan kemenangan Pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Selangor telah berlangsung di Restoran Rimba, seksyen 10 bandar baru bangi. Majlis gilang gemilang ini disekalikan Majlis Sambutan Hari Guru Kawasan Serdang. Majlis dirasmikan oleh YB. Dr. Shafie Abu Bakar iaitu ADUN Bangi. Majlis turut dihadiri oleh Ustaz Hasbullah Mohd Ridzuan selaku Pengarah PASTI Negeri Selangor, ALP PASTI Negeri Selangor, MGPNS, DPP Kawasan Serdang, Pegerusi PASTI Serdang, para guru kawasan Serdang, Ibu bapa pelajar serta para pemain bola sepak dan bola jaring.
Selain itu acara peyampaian saguhati kepada guru-guru PASTI kawasan Serdang sebagai tanda peringatan PASTI kawasan kepada guru. Disamping itu juga saguhati diberikan kepada jurulatih bola sepak serta para pemain diatas kesungguhan yang mereka berikan sehingga PASTI Negeri Selangor dimartabatkan juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010. Dalam majlis ini juga Pengarah PASTI Negeri Selangor menyerahkan duit sumbangan untuk meringankan beban balu En. Hasmuzair b. Hassan setiausaha AMK Selangor dimana anaknya bersekolah di salah satu cawangan PASTI kawasan Subang.
Antara tetamu yang hadir
Antara guru-guru PASTI yang hadir
Para ibu bapa yang hadir
Pemain pasukan bola sepak "peace".
Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi merasmikan majlis
Acara simbolik, pemakain jersi pada pemain
Penyerahan duit sumbangan pada Pengerusi PASTI Kawasan Subang
27 Jun 2010- Alhamdulillah, Sekali lagi PASTI Selangor merangkul juara keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 di pulau mutiara iaitu Pulau Pinang selaku tuan rumah tahun ini. Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 ini telah disertai oleh 13 buah negeri yang terdiri daripada Selangor, Melaka, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Sabah. Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dimana semua kontigen bersiap sedia untuk acara perbarisan dan perasmian Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 ini. Acara diserikan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PASTI diikuti ikrar sukan dan bacaan doa yang diketuai oleh pelajar PASTI dari Pulau Pinang. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan aluan dan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, En. Azman Shapawi Abdul Rani
Pesta Sukan diteruskan lagi dengan para pemain bersiap sedia bagi memulakan perlawanan. Pasukan bola sepak PASTI Selangor memulakan perlawanan dalam kumpulan D menentang Perlis disusuli Kelantan. Kesungguhan pelajar PASTI menjadikan PASTI Selangor juara kumpulan D hasil sepakan penalti selepas berkongsi mata dengan Kelantan dalam Kumpulan D. Perlawanan bola sepak pusingan kedua iaitu kalah mati diteruskan selepas rehat bagi memberi masa urusetia menyusun jadual perlawanan sukan dan para pengadil berehat. Selangor telah bertemu lawan dari Melaka dalam perlawanan pertama pusiangan kedua. Hasilnya Selangor berjaya melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir selepas menentang Melaka dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Pada perlawanan separuh akhir, Selangor telah mendapat tentangan yang sengit dari Perak. Namun atas usaha yang gigih pelajar telah berjaya menumpaskan Perak dengan keputusan 1 gol tanpa balas.
Perlawanan akhir sememangnya menjanjikan perlawanan yang amat sengit dimana Kelantan bertemu semula dengan Selangor selepas bertemu dalam Kumpulan D. Kedua-dua pasukan saling membuat serangan demi serangan ke kawasan lawan sehingga mendebarkan para penyokong kedua pasukan. Kealpaan penjaga gol dan pemain pertahanan Selangor, menyebabkan Kelantan telah berjaya menjaringkan gol pertama diawal perlawanan separuh masa pertama. Namun, semangat yang kental dan tidak mudah mengalah dalam diri pemain Selangor telah menjadikan kedudukan seri 1-1 hasil sepakan tepi oleh adik Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa yang pertama. Pada separuh masa yang kedua, Selangor berjaya menyumbatkan gol kemenangan hasil sentuhan Adik Lokman Hakim.
Bagi pasukan bola jaring pula, Selangor berada dalam kumpulan B bersama Perlis dan Perak. Hasil perlawanan kumpulan B, Selangor telah menjadi juara kumpulan B kerana berjaya meraih mata yang tertinggi dalam kumpulan. Dipusingan kedua, kalah mati Selangor telah menewaskan Melaka 7 jaringan berbalas 3 dan sekaligus melayakkan Selangor ke separuh akhir. Namun kemaraan Selangor untuk memburu gelaran juara berjaya disekat Terengganu dengan 3 jaringan berbalas 7 sehingga masa tambahan setelah seri 3-3 dalam dua suku masa. Selangor melepaskan rasa kekecewaan dengan mengalahkan Pulau Pinang 12 jaringan berbalas 1 untuk memperolehi tempat ketiga dalam perlawanan bola jaring.
Hadir sama menyaksikan Pesta Sukan PASTI Malaysia kali ke-6 ini ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, En. Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Pengarah PASTI Malaysia Cikgu Azrin Abdul Majid, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Pengarah Pasti negeri, Mohd Asri Harun, dan Ketua Majlis Guru Pasti Malaysia, Puan Saadiah Abu Bakar. Turut diumumkan juga Terengganu bakal menggalas tanggungjawab menjadi tuan rumah pesta sukan ini pada tahun depan. Berikut adalah keputusan penuh Pesta Sukan PASTI Malaysia kali k-6/2010.
Bola Sepak Johan- PASTI Negeri Selangor N. Johan- PASTI Negeri Kelantan Ketiga- PASTI Negeri Perak
Penjaring terbanyak : Adik Lokman Hakim (5 gol)-PASTI Negeri Selangor Pemain terbaik : Adik Mohd Fakrulrazi Ahmad Shamsuri.-PASTI Negeri Selangor
Bola Jaring Johan- PASTI Negeri Terengganu N. Johan- PASTI Negeri Kedah Ketiga- PASTI Negeri Selangor
Penjaring terbanyak : Adik Siti Ainun Majah Zulkifli (25 gol)-PASTI Negeri Terengganu Pemain terbaik : Adik Adlin Aqilah Kamarulhisyam-PASTI Negeri Terengganu
Pemain bersiap dengan pakaian khas
Persiapan perbarisan kontigen PASTI Negeri Selangor
Suassana majlis perasmian
VIP dan barisan ALP PASTI Malaysia
"ya, panaskan badan dulu. Jangan panas baran tau..."
Suassana sekitar pesta sukan
" pasing sini, cepat-cepat!!!"
ya.. masuk lagi...
Wajah MGP Selangor melihat anak murid bermain.. mencemaskan...
Saat cemas pasukan Kelantan
wah, ada gaya shoalin soccer la...
"ini lah dia penyerang merbahaya Selangor, sekali 3 masuk bola tetap di kakinya"
Pemain melepaskan penat
"manalah nak baling ni..."
Inilah wajah-wajah pemenang
Juara Bola Jaring dari Terengganu
"Ha, ini dia pemain terbaik Selangor, sepak macam D. Beckham tu.."
07.00pagi- Kontigen PASTI Selangor tiba dan mempersiapkan diri untuk acara perbarisan.
08.30pagi- Acara perbarisan bermula disertai 13 buah negeri kecuali Sarawak. Acara nyanyian lagu, ikrar,ucapan perasmian mengisi pembukaan Pesta Sukan PASTI Malaysia.
09.30 pagi-Persediaan perlawanan bermula. Para kontigen memanaskan badan dan tidak terkecuali kontigen PASTI Selangor.
10.00pagi- Perlawanan Bola sepak bermula dimana kumpulan D, Selangor menentang Perlis sebagai pendahulu perlawanan kumpulan D. Selangor menang dengan jaringan 3 gol perlis 0
10.10pagi- Perlawanan Bola jaring kumpulan B, Selangor menang menentang Perlis, 6-2
11.00pagi- Perlawanan bola sepak kumpulan D, Selangor menentang Kelantan seri 1-1. Manakala Perlawanan bola jaring kumpulan B, Selangor menentang Perak, Selangor menang 7-0
11.30 pagi- Johan Kumpulan D dari Selangor dan Naib Johan Kumpuan D Kelantan selepas seri mata dan menang sepakan penalti dengan kelantan 3-1.
11.35pagi- Pusingan kedua kalah mati, Selangor menentang Melaka. Selangor menang 7 berbalas 3
12.30tghari- Pasukan bola jaring Selangor tewas dalm perlawanan separuh akhir menentang Terengganu 3-7 dimasa tambahan selepas seri sehingga habis perlawanan 3-3. Namun Selangor mendapat tempat Ketiga selepas menang menentang Pulau Pinang 12-1.
12.40tghari- Pasukan bola sepak Selangor berjaya ke separuh akhir selepas menang menentang Melaka dengan jaringan 1-0.
01.40ptg- Pasukan Bola Sepak Selangor menang menentang Perak, 1-0. Berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir bertemu Kelantan...
02.35ptg- Perlawanan akhir bola sepak mini Pesta Sukan PASTI Malaysia. Selangor menetang Kelantan, selangor juara 2 balas 1..03.40ptg-Keputusan Muktamad, Juara Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia di rangkul oleh PASTI Selangor. Dengan pungutan mata melalui, Tempat ketiga Bola jaring dan Juara Bola sepak. Ditambah pemain terbaik bola sepak dan penjaring terbanyak bola sepak.
Syabas dan tahniah buat mereka yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 dan seluruh warga PASTI Selangor, Ibu bapa pelajar dan penyokong-penyokong Kontigen PASTI Selangor
10 Jun 2010 – Buat kesekian kalinya, PASTI Selangor sekali lagi menerima anugerah PASTI Terbaik Malaysia. Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan selaku Pengerusi PASTI Selangor mewakili Pemuda PAS Selangor menerima penganugerahan tersebut. Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS, Ustaz Misbahul Munir Pusat ke-51 yang sedang berlansung di Kelantan Trade Centre (KTC). PemudaGombak.com dan seluruh Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah atas penganugerahan tersebut dengan harapan ia menjadi pemangkin semangat PAS Selangor untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan!
Pada 3 Mei 2010 bulan lepas PASTI Selangor mendapat berita seorang guru PASTI Al Hidayah, Sungai Air Tawar, iaitu Puan Masdewi telah jatuh pengsan akibat serangan darah tinggi semasa menjalankan persiapan Sukaneka PASTI Kawasan. Peristiwa terjadi pada 1 mei 2010 iaitu hari sabtu malam ahad dimana beliau dan urusetia yang lain bertungku-lumus membuat persiapan sukan untuk esoknya. Bedasarkan maklumat yang diterima, beliau telah dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan disahkan koma akibat pendarahan otak sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimiah(HTAR) Klang. Pada Isnin 3 Mei beliau dirujuk ke Hospital Sungai Buluh bagi rawatan pakar disana.
Pada 5 Jun yang lepas PASTI Selangor yang diwakili Sdr Aslam Khairani(Setiausaha PASTI Selangor), Sdr Mohd Al-Hafiz dan Sdr Mohd Al-hariz telah berkunjung ke rumah beliau bagi menziarahi dan mengetahui keadaan beliau. Alhamdulillah semasa kunjungan kami, kesihatan beliau beransur pulih melalui raut wajahnya yang ceria selepas pulang dari hospital. Menurut cerita yang disampaikan, beliau berada dalam keadaan koma selama 2 minggu. Puan Masdewi adalah balu bagi Allahyarham Kamarudin hj Min mantan Ketua Pemuda Kawasan Sabak Bernam. Semoga Puan Masdewi dan keluarga tabah dan sabar dengan ujian yang diterima dan terus bersemangat mendokong perjuang PASTI.
23 Mei 2010- Bertemakan Guru memimpin Perubahan Ummah serta warna tema hijau, PASTI Selangor telah mengadakan sambutan hari guru PASTI peringkat Negeri Selangor dengan gilang gemilangnya bertempat di Ruang Lobi Utama Menara Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dirasmikan oleh Ustaz Kamal Ashaari selaku Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir pada majlis ini adalah, Wakil ALP PASTI Malaysia, Barisan ALP PASTI Negeri Selangor, Pengerusi PASTI Kawasan, MGP Negeri Selangor, dan para guru dari 22 PASTI Kawasan dalam Negeri Selangor
Seramai 21 orang guru cemerlang dari 21 PASTI kawasan telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kawasan berdasarkan penilaian ALP PASTI kawasan masing-masing. Guru-guru cemerlang peringkat kawasan menerima plak dan sijil yang disampaikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Pengarah PASTI Selangor. Selain itu juga terdapat penyampaian khas iaitu Anugerah Guru Perkihdmatan Setia, Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor dan Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor. Bagi anugerah tokoh guru dan tokoh PASTI masing-masing menerima, sejambak bunga, piala iringan, sepasang persalinan, sijil, plak dan saguhati.
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan oleh Ustaz Akhwan Afendi dengan alunan lagu-lagu nasyid dan diselang-selikan nasihat-nasihat serta jenaka buat tetamu yang hadir. Cabutan berkat juga turut disediakan bagi para guru yang hadir pada majlis ini. Majlis selesai jam 2.15petang dengan aktiviti bergambar oleh para guru dan tetamu yang hadir. Disini PASTI Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru pada seluruh warga guru PASTI di Selangor. PASTI Selangor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih pada PASTI kawasan Gombak kerana berjaya menjayakan Majlis Hari Guru PASTI Selangor 2010 pada hari ini. Berikut adalah senarai penerima-penerima anugerah pada sambutan hari guru PASTI Negeri Selangor 2010 pada hari ini.
Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan
Ustazah Roslina bt Mat Hassan (PJU)
Ustazah Umi Wasilah bt. Seamat (Sgi. Besar)
Ustazah Noor Ilyani bt. Mohd Suratman (Subang)
Ustazah Wan Rusmadi bt Wan Idris (Gombak)
Ustazah Siti Maryati bt. Mohd Amin (Sepang)
Ustazah Norazurah bt. Mohd Sidek (Klang)
Ustazah Siti Aminah bt. Zaibani (Sabak Bernam)
Ustazah Nor Zaihan bt. Ismail (Puchong)
Ustazah Siti Zuleha bt. Sarman (Kuala Langat)
Ustazah Rosnah bt. Sulaiman (Hulu Selangor)
Ustazah Zainaba bt. Lalzaba (PJS)
Ustazah Noriza bt. Abu Bakar (Ampang)
Ustazah Jamaliah bt. Mustamar (Tnjg. Karang)
Ustazah Roslinah bt. Barindi (Shah Alam)
Ustazah Azizah bt. Nordin (Pandan)
Ustazah Mahfudzoh bt. Abd Manaff (Serdang)
Ustazah Hjh. Normah bt. Palidin (Hulu Langat)
Ustazah Noraini bt. Abdul Rahman (Kota 0Raja)
Ustazah Etah bt. Tugimin (Kuala Selangor)
Ustazah Nora bt. Mohamad (Kapar)
Ustazah Anidah bt. Ramin (Kelana Jaya)
Anugerah Perkhidmatan Setia
Ustazah Mahiran bt. Talib
Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor
Ustazah Fatimah bt. Daud
Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor
Ustazah Khairiah bt. Mohd
Suassana kehadiran para guru
Antara VVIP yang hadir
Pn. Norhayati Bt. Abdul Razak, Pengerusi MGP Negeri Selangor
memberi ucapan
Ust. Hasbullah Mohd Ridzwan, Pengarah PASTI Selangor
menyampaikan kata-kata perangsang semangat buat guru-guru
Ustaz Kamal Ashaari, Pen. Setiausaha DPPP merasmikan majlis.
Majis Guru PASTI Selangor mengetuai bacaan ikrar guru
PASTI Selangor
Saguhati pada perasmi Ustaz Kamal
Antara gimik persembahan Ustaz Akhwan
yang muncul dari belakang dewan.