PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO- SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI MALAYSIA




PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

PASTI Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan mencipta logo. Anda dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

TEMA

Logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia hendaklah memaparkan peranan PASTI Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pra sekolah.

SPESIFIKASI

1. Saiz

Reka cipta logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4 (saiz logo 15cm x 15 cm atau 6 inci x 6 inci ) dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam.

2. Rasional Reka Bentuk

Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia.

3. Warna

Persembahan logo boleh menggunakan tidak lebih daripada tiga warna,termasuk warna korporat PASTI Malaysia.

4. Keaslian logo

Reka bentuk logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan oleh PASTI Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua.

2. Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada
31 Disember 2008.

PASTI Malaysia
1027 Jalan Samudera Utama’
Taman Samudera Utama
68100 Batu Caves Gombak
Selangor

3. Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta. Borang penyertaan juga boleh disalin cetak atau diperolehi melalui laman web PASTI Malaysia : Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.

4. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak PASTI Malaysia tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

5. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik PASTI Malaysia. Selain itu, PASTI Malaysia mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek PASTI Malaysia.

6. PASTI Malaysia juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

7. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, PASTI Malaysia berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.

8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh PASTI Malaysia.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH

1. Satu hadiah sahaja yang akan diberi.

2. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai
RM 500.00 (Ringgit : Lima ratus sahaja) dan sijil penghargaan.

SELANGOR, JOHAN PERTANDINGAN 3K PASTI MALAYSIA




Selangor memenangi johan Pertandingan 3K PASTI MALAYSIA 2008.Pertandingan 3K (kecerian, kebersihan & Keselamatan) adalah yang julung kali diadakan oleh PASTI MALAYSIA.majlis penyampaian hadiah diadakan semperna perasmian IHTIFAL PASTI MALAYSIA di Sri Mentaloon, Kediaman Menteri Besar Kedah. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB. Tn. hj. Abdullah B. Jusoh, Exco Pendidikan,teknologi & maklumat dan komunikasi Kerajaan Negeri Kedah

KEPUTUSAN PENUH IHTIFAL PASTI MALAYSIA 2008



TAHNIAH!!!!

KEPADA ANAK-ANAK pasti selangor:

Muhd Haikal Zafri Bin Abd Aziz
(BERCERITA (LELAKI)
AISYAH KHUMAIRA BINTI MUHD RIZAL (BERCERITA (PEREMPUAN)
Muhammad Daniel B. Bambang Suhartono (SAJAK (LELAKI)
Nor Aleeya Sabrina Bt. Khairul Salleh (SAJAK (PEREMPUAN)
Muhammad Farihin B. Halim (AZAN (LELAKI)

siru'ala barakatillah...

JAZAKUMULALLAH KEPADA SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU.

laporan drpd: SUK PASTI NEGERI SELANGOR