Selangor Tetap menang, Naib Johan

Marang, Terengganu, 25 Jun 2011: Padang Kompleks Latihan Telekom Malaysia Marang, telah menjadi saksi segala persembahan aksi bagi Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011. PASTI Selangor tidak perlu berduka dengan kekalahan dengan Perak. Telah menjadi lumrah atau adat perlawanan ada menang dan kalah. Tahun 2010 PASTI Selangor mengekalkan kejuaraan. InsyaAllah tahun depan cuba lagi di Kedah sebagai tuan rumah bagi Pesta Sukan PASTI Malaysia 2012. Pesta Sukan PASTI Malaysia di mulakan dengan acara perbarisan, nyanyian lagu Negaraku dan PASTI seterusnya dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah. Pertandiangan bermula selepas YB melakukan gimik perasmian iaitu menyepak bola ke gawang gol bola sepak. Tahun ini menampakkan kemeriahan yang berbeza kerana kesemua pasukan negeri yang hadir menunjukkan tentangan sengit pada pasukan lawan masing-masing.

Semua kontigen masuk ke padang

Gimik perasmian

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Awang. Sebelum itu YB Dato’ Seri Presiden telah sudi turun ke padang untuk beramah-mesra dengan pasukan Selangor dan Perak yang layak ke perlawanan akhir bola sepak. Dalam ucapan perasmian penutup, YB Dato’ Seri Presiden telah mengingatkan bahawa acara ini sebagai bukti PAS bersifat syumul. Beliau juga menegaskan bahawa slogan memimpin negara berkebajikan yang diperkenalkan di dalam muktamar PAS baru-baru ini mampu direalisasikan oleh semua elemen parti. Seterusnya YB Dato’ Seri Presiden menegaskan semua bahawa amal soleh mesti berlandaskan iman yang sahih. Akhirnya beliau mengingatkan bahawa matlamat bersukan adalah untuk membina jatidiri dan menguatkan ukhwah sesama Islam.

YB Dato’ Seri Presiden, beramah mesra dengan pemain

Gamba kenangan bersama Tuan Presiden

Gamba kenangan kontigen PASTI Negeri Selangor

Keputusan akhir bagi Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011,

Bola sepak:
J0han: Perak
Naib Johan: Selangor
Ketiga: Kedah
Keempat: Pulau Pinang
Pemain Terbaik: Mohd Firdaus Norhalim bin Shahrol( Penjaga Gol PASTI Perak )

Bola Jaring:
J0han: Terengganu
Naib Johan: Melaka
Ketiga: Johor
Keempat: Kedah
Pemain Terbaik: Sara Umairah bt Faisal( G S – PASTI Terengganu )

Johan Keseluruan: Terengganu

Sekitar Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011

Marang, 25Jun2011: Bertempat di Kompleks Telekom Malaysia, Marang Terengganu sedang berlangsung Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011. Suassana disekitar padang sungguh meriah dengan suara para penyokong pasukan disetiap negeri dalam memberi sokongan pasukan masing-masing yang terdiri dari 12 Negeri.

Situasi ini tidak terlepas bagi pasukan PASTI Negeri Selangor. Para penyokong yang terdiri daripada ibubapa pelajar, ALP PASTI Selangor dan MGP Selangor bersama memberi suntikan semangat bagi pasukan Selangor.

Alhamdulillah Pusingan pertama peringkat liga, anak-anak PASTI Negeri Selangor berjaya lalui dengan baik dan menjadi Johan bagi kumpulan D. Bagi pusingan kedua Selangor akan menentang Melaka (N.Johan kumpulan B). Bersama kita nantikan dan merasai kehangatan perlawanan pusiangan kedua ini.Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembang perlawanan bolehlah lihat facebook group PASTI Negeri Selangor..

Kursus Perguruan PASTI-SPIES

Kuala Kubu Bahru-19jun 2011; seramai 63 orang muallimat PASTI menghadiri Kursus PASTI-SPIES bertempat di Kem Bina Semangat Ampang Pecah pada 17 jun hingga 19jun 2011. Kursus ini dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Peserta kursus ini terdiri daripada muallimat KSPP4 dan wakil muallimat daripada setiap kawasan. Terima kasih kepada pengendali kursus ini. Kursus berakhir 4.30petang, 19Jun 2011

slot kreatifviti

slot ansor-muhajirin


PASTI N.SELANGOR terima anugerah semperna Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke -52.

oleh Sekretariat

Shah Alam-1 jun 2011.Semperna Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-52 di Audotorium MBSA, Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Selangor menerima Anugerah Pengurusan PASTI NEGERI TERBAIK kategori A, untuk 6kali bertutur-turut. Anugerah tersebut disampaikan oleh Ust Nasrudin B. Hasan Tantawi kepada Ust Hasbullah Bin Mohd Ridzwan, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Pengarah PASTI N.Selangor. 2 lagi anugerah lain turut diterima oleh PASTI N.Selangor iaitu PASTI kawasan Terbaik Kategori Guru Teramai (Kapar) Dan PASTI kawasan Terbaik Kategori Murid Teramai (Serdang).


Anugerah PASTI Negeri Terbaik- Ust Nasrudin B. Hasan Tantawi menyampaikan hadiah kepada Ust Hasbullah Bin Mohd Ridzwan,


Anugerah PASTI Kawasan Terbaik kategori Guru Teramai


Anugerah PASTI Kawasan Terbaik kategori Murid Teramai