Seminar Pengurusan PASTI Malaysia 2012

22 Dis 2012, UNISEL Shah Alam: Julung-julung kalinya PASTI Malaysia berjaya mengadakan seminar pengurusan PASTI Malaysia. Kehadiran peserta meliputi dari kalangan pengerusi dan setiausaha PASTI Negeri dan kawasan dalam Malaysia. Seminar yang bermula seawal 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sdr Khairul Faizi juga telah melancarkan Dana Khas Guru PASTI serta sistem pangkalan data ePASTI.

Pengisian program dimulakan Manual Pengurusan PASTI yang disampaikan oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad iaitu Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Selepas rehat tengahari di sambung oleh Prof. Madya Dr. Supyan Husin selaku Panel Penasihat Kurikulim PASTI Malaysia berkenaan SOP PASTI selama sejam. E-PASTI yang dilancarkan semasa perasmian dibentang oleh Sdr Mohd Azahari Yahya selaku Pengarah Bahagian ICT PASTI Malaysia. Program diteruskan dengan pembentangan KPI PASTI yang di sampaikan oleh Sdr. Mad Shahmior Mat Kosim selaku Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia (Sektor Ekonomi)

PASTI Negeri Selangor selaku tuan rumah mengucapkan tahniah di atas kejayaan program yang diadakan. Semoga ia memberi manfaat yang baik untuk jawatan kuasa yang terlibat menurunkan ke PASTI cawangan di seluruh Malaysia. 

Penyerahan Dana Khas Guru PASTI
Kehadiran Pengerusi dan Setiausaha

Pembentangan pertama oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia