Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2011

Shah Alam-22 Mei 2011; Hotel Grand Blue Wave.. Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia telah diadakan pada 21-22 Mei 2011. Selangor telah dipilih menjadi tuan rumah majlis tersebut. Acara kemuncak majlis tersebut adalah PADA 22 MEI 2011 iaitu penyampaian hadiah kepada penerima anugerah guru paling lama berkhidmat, tokoh guru PASTI NEGERI, tokoh Guru PASTI MALAYSIA.


ketibaan tetamu kehormat


Ucapan Ust Hasbullah M.Ridzwan Ketua Dewan Pemuda PAS N.Selangor
Merangkap Pengarah PASTI N.SELANGOR

Ucapan Ketua MAjlis Guru PASTI MALAYSIA


Ucapan Ketua Pengarah PASTI MALAYSIA


Ucapan tetamu kehormat Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Persembahan Nasyid pelajar PASTI
dari KAPAR (PASTI IKHWANNUL MUSLIMIN)


Persembahan Nasyid Alumni pelajar
PASTI dari Ampang

Sambutan Hari Guru PASTI SELANGOR 2011

oleh sekretariat


SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR 2011

17 Mei 2011-Kuala Selangor; Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di negeri selangor diraikan semperna Sambutan Hari Guru peringkat PASTI N.SELANGOR bertempat di stadium tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad ahli Parlimen Kuala Selangor. Turut hadir Ust Hasbullah B. Mohd Ridzwan Pengarah PASTI N.SELANGOR merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS N.SELANGOR, Ustzh Wan Haslina Bt. Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS N.SELANGOR bersama timbalannya, Pn. Noraini Hussein.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran dari surah Luqman ayat 12-19. Turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Fazs.

Hadiah disampaikan kepada 22orang guru cemerlang daripada 22 kawasan. Puan Siti Nor Ai'dah Bt Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati Bt. Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI N.SELANGOR. Dalam majlis ini juga turut diberikan anugerah khas kepada Ahli Lembaga Pengarah PASTI N. Selangor yang memberikan komitmen dan berkerja keras dalam menguruskan PASTI N.SELANGOR. Anugerah Tokoh PASTI N.SELANGOR dianugerahkan kepada Saudara Mohd Aslam B. Mohd Khanani. Beliau merupakan Setiausaha PASTI N.Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang.


Guru Khidmat Setia (lama berkhidmat)


Tokoh Guru PASTI N.Selangor

Tokoh PASTI N.SELANGOR

Pesta Sukan PASTI SELANGOR TAHUN 2011

Oleh Pejabat Sekritariat PASTI N.SELANGOR


7 Mei 2011,Pandan Indah- Sebanyak 18 kawasan seluruh PASTI N.Selangor menyertai PESTA SUKAN PASTI N.SELANGOR yang di adakan di padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Iskandar Abul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan PAKATAN RAKYAT N.Selangor yang juga merupakan ADUN Cempaka. Turut hadir Yang Berbahagia Ustzah Wan Haslina Bt. Wan Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor.

Keputusan Akhir Bola Sepak :

Juara : KAPAR
Naib Juara : SHAH ALAM
tempat Ke-3 : KUALA LANGAT
tempat Ke-4 : PETALING JAYA SELATAN

Keputusan Akhir Bola Jaring :

Juara : GOMBAK
Naib Juara : PETALING JAYA SELATAN
tempat Ke-3 : SERDANG
tempat Ke-4 : PUCHONG

PEMAIN TERBAIK


BOLA SEPAK : MOHAMMAD HAYKAL DANISH B. MOHD HAIZON (KAPAR)
BOLA JARING : DINA AODILA BT. SAIFUL (PJS)

Mesyuarat Penyelarasan Pesta Sukan PASTI SELANGOR 2011 kali Ke-3

LAMAN MUKMIN, TMN KENCANA-PANDAN-9.30 MALAM 3 Mei 2011: Mesyuarat Penyelarasan Pesta Sukan PASTI N.Selangor diadakan bagi menyelaraskan segala gerakkerja terakhir sebelum program pada sabtu 7 Mei 2011 ini. Segala persiapan padang akan dibuat pada hari jumaat.

Anugerah PASTI TERBAIK semperna Muktamar Dewan Pemuda PAS N.SELANGOR 2011 kali Ke-45

TANJUNG KARANG-1 MEI; DEWAN DATO' HORMAT.

PASTI KAWASAN TERBAIK KATEGORI A :KAPAR

PASTI KAWASAN TERBAIK KATEGORI B : PUCHONG

PASTI CAWANGAN TERBAIK : SAIDATIANA AISYHAH, KOTA RAJA

TAHNIAH DIUCAPKAN kepada mereka ini.

Mesyuarat Panatia Sambutan Hari Guru PASTI MALAYSIA 2011


Jumaat-29 April-Shah Alam; Panatia Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia telah mengadakan mesyuarat di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam Selangor. Pihak panatia iaitu PASTI N.Selangor diketuai oleh En. Mohamad Rozi Malik Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan dan wakil delegasi PASTI Malaysia diketuai oleh En. Abd. Kadir Dewa Tim.Ketua Pengarah Sektor Pengurusan PASTI Malaysia. Pihak Panitia diberikan sedikit taklimat berkaitan program sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang akan berlangsung di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam pada 21-22 Mei 2011 ini.