Rombongan LKKSP Sumatera Barat ke PASTI Selangor

16 Feb 2017 Klang: PASTI Selangor telah menerima kunjungan dari Ibu Hajah Nevi Irwan Priyatno isteri Gabenor Sumatera Barat, Indonesia bersama rombongan Lembaga Koordinasi Kesejahteraan Sosial Propinsi(LKKSP) Sumatera Barat ke PASTI Negeri Selangor bertempat di PASTI Darul Ulum 5, Kampung Raja Uda hari ini. Rombongan telah disambut Pengarah PASTI Negeri Selangor Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI yang lain. Turut meraikan ialah Tn Hj Prasad YDP PAS kawasan Klang dan pihak pengurusan serta guru-guru PASTI Darul Ulum 5.

Rombongan LKKSP, seramai 24 orang ahli telah hadir dan diraikan dalam majlis ini. Objektif utama lawatan bertujuan melihat operasi dan sistem pendidikan yang diwujudkan oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI). Selain menjalinkan silaturahim turut berkongsi maklumat berkaitan pendidikan dan urusan kebajikan sebagai panduan bersama dan pihak LKKSP dalam menguruskan anak yatim dan miskin di Sumatera Barat.

Semoga lawatan yang diadakan dapat memberi manfaat bersama demi menjaga dan memberi kebajikan kepada orang Islam dan masyarakat setempat