Sambutan Hari Guru PASTI Selangor 2010

23 Mei 2010- Bertemakan Guru memimpin Perubahan Ummah serta warna tema hijau, PASTI Selangor telah mengadakan sambutan hari guru PASTI peringkat Negeri Selangor dengan gilang gemilangnya bertempat di Ruang Lobi Utama Menara Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dirasmikan oleh Ustaz Kamal Ashaari selaku Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir pada majlis ini adalah, Wakil ALP PASTI Malaysia, Barisan ALP PASTI Negeri Selangor, Pengerusi PASTI Kawasan, MGP Negeri Selangor, dan para guru dari 22 PASTI Kawasan dalam Negeri Selangor

Seramai 21 orang guru cemerlang dari 21 PASTI kawasan telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kawasan berdasarkan penilaian ALP PASTI kawasan masing-masing. Guru-guru cemerlang peringkat kawasan menerima plak dan sijil yang disampaikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Pengarah PASTI Selangor. Selain itu juga terdapat penyampaian khas iaitu Anugerah Guru Perkihdmatan Setia, Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor dan Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor. Bagi anugerah tokoh guru dan tokoh PASTI masing-masing menerima, sejambak bunga, piala iringan, sepasang persalinan, sijil, plak dan saguhati.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan oleh Ustaz Akhwan Afendi dengan alunan lagu-lagu nasyid dan diselang-selikan nasihat-nasihat serta jenaka buat tetamu yang hadir. Cabutan berkat juga turut disediakan bagi para guru yang hadir pada majlis ini. Majlis selesai jam 2.15petang dengan aktiviti bergambar oleh para guru dan tetamu yang hadir. Disini PASTI Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru pada seluruh warga guru PASTI di Selangor. PASTI Selangor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih pada PASTI kawasan Gombak kerana berjaya menjayakan Majlis Hari Guru PASTI Selangor 2010 pada hari ini. Berikut adalah senarai penerima-penerima anugerah pada sambutan hari guru PASTI Negeri Selangor 2010 pada hari ini.

Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan
  1. Ustazah Roslina bt Mat Hassan (PJU)
  2. Ustazah Umi Wasilah bt. Seamat (Sgi. Besar)
  3. Ustazah Noor Ilyani bt. Mohd Suratman (Subang)
  4. Ustazah Wan Rusmadi bt Wan Idris (Gombak)
  5. Ustazah Siti Maryati bt. Mohd Amin (Sepang)
  6. Ustazah Norazurah bt. Mohd Sidek (Klang)
  7. Ustazah Siti Aminah bt. Zaibani (Sabak Bernam)
  8. Ustazah Nor Zaihan bt. Ismail (Puchong)
  9. Ustazah Siti Zuleha bt. Sarman (Kuala Langat)
  10. Ustazah Rosnah bt. Sulaiman (Hulu Selangor)
  11. Ustazah Zainaba bt. Lalzaba (PJS)
  12. Ustazah Noriza bt. Abu Bakar (Ampang)
  13. Ustazah Jamaliah bt. Mustamar (Tnjg. Karang)
  14. Ustazah Roslinah bt. Barindi (Shah Alam)
  15. Ustazah Azizah bt. Nordin (Pandan)
  16. Ustazah Mahfudzoh bt. Abd Manaff (Serdang)
  17. Ustazah Hjh. Normah bt. Palidin (Hulu Langat)
  18. Ustazah Noraini bt. Abdul Rahman (Kota 0Raja)
  19. Ustazah Etah bt. Tugimin (Kuala Selangor)
  20. Ustazah Nora bt. Mohamad (Kapar)
  21. Ustazah Anidah bt. Ramin (Kelana Jaya)
Anugerah Perkhidmatan Setia
Ustazah Mahiran bt. Talib

Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor
Ustazah Fatimah bt. Daud

Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor
Ustazah Khairiah bt. Mohd


Suassana kehadiran para guru

Antara VVIP yang hadir

Pn. Norhayati Bt. Abdul Razak, Pengerusi MGP Negeri Selangor
memberi ucapan

Ust. Hasbullah Mohd Ridzwan, Pengarah PASTI Selangor
menyampaikan kata-kata perangsang semangat buat guru-guru

Ustaz Kamal Ashaari, Pen. Setiausaha DPPP merasmikan majlis.

Majis Guru PASTI Selangor mengetuai bacaan ikrar guru
PASTI Selangor

Saguhati pada perasmi Ustaz Kamal

Antara gimik persembahan Ustaz Akhwan
yang muncul dari belakang dewan.

"Sambil makan sambil dengar celoteh ustaz Akhwan ye..."

"kasi tarik sikit suara tu ustaz..."

"Alhamdulillah.. sedap makanan hari ini"

Gambar para penerima anugerah


disediakan oleh:
Mohd Al-Hariz Bin Adzhan
Unit ICT & Dokumentasi

PERUTUSAN HARI GURU PASTI SELANGOR 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w penghulu segala anbiyai, ahli keluarga baginda, para sahabat serta mujahidin yang menegakkan agama Allah hingga akhir zaman, seterusnya pada kaum muslimin dan muslimat warga kerja PASTI.

Di
kesempatan ini, saya mewakili ALP PASTI Negeri Selangor mengucapkan “ Selamat Hari Guru” kepada semua guru PASTI Negeri Selangor. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah atas kejayaan PASTI kawasan Kota Raja selaku tuan rumah, MGP dan ajk induk serta pelaksana yang menyempurnakan Pesta Sukan PASTI Selangor yang telah diadakan baru-baru lalu.

"Guru Memimpin Perubahan Ummah” iaitu tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, menuntut guru-guru PASTI di alaf baru, khususnya guru-guru PASTI Selangor, berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin banyak dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.

Islam sebagai suatu cara hidup yang rahmatan lil ‘alamin memancarkan cahayanya kepada segenap lapisan manusia tanpa mengira usia. Islam menekankan pendidikan hendaklah bermula daripada buaian khususnya dalam membina jati diri sebagai hamba Allah yang sejati. Di PASTI, guru-guru mengambil peranan yang amat berat dan penting di dalam menyemai dan menanamkan kekentalan aqidah setiap kanak-kanak bagi melahirkan tunas-tunas Islam dan seterusnya ummah yang berjiwa rabbani.

Saya yakin dengan komitmen dan iltizam serta pengorbanan yang tidak mengenal jemu dan penat lelah , guru-guru akan terus memimpin dan menyempurnakan peranan serta tanggungjawab sebagai pendidik di dalam membina jati diri tunas-tunas Islam agar menjadi anggota masyarakat atau ummah yang mendatangkan manfaat kepada Islam dan umatnya.


Akhirnya, kualiti imani dan amali guru-guru perlu dibugar dan ditingkatkan dari semasa kesemasa agar sentiasa hampir dengan barakah, pertolongan dan keredhaan Allah s.w.t.


SELAMAT HARI GURU 2010


UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZUAN

PENGARAH PASTI NEGERI SELANGOR




Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010

9 mei 2010, Kota Raja- Bertempat di Padang Dewan Sukan Seri Andalas Klang, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010 kali k-6 telah berlangsng dengan meriah dan jayanya. Sebanyak 19 Kontigen PASTI kawasan yang menyertai pesta sukan kali ini dengan semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta sukan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Meskipun cuaca mendung diawal pagi dan hujan mulai turun, ia tidak mematahkan semangat anak-anak PASTI berentap bagi memperolehi kemenangan untuk pasukan masing-masing. Tidak kurang juga gelagat ibubapa dan para penyokong yang tidak berganjak dari padang walaupun hujan. Sehinggakan ada yang berpayung dan berhujan ditengah padang. Sukan PASTI kali ini juga diserikan dengan Karnival Orang Muda Geng Kita yang diuruskan oleh DPPKR, DMPKR bersama PeBT N49B dengan pelbagai pameran, gerai jualan, pemerisaan kesihatan, Kaunter SPR dan lain-lain lagi. Terdapat juga ”indor game” dengan hadiah yang menarik bagi mengisi masa lapang mereka yang berkunjung ke Sukan PASTI ini.

Acara diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh En. Mohd Rozi Bin Malek selaku Ko-krikulum PASTI Malaysia. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Bola sepak mini
Juara : PASTI Kawasan Serdang
Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat

Penjaring terbanyak : Adik Mohd Fakrulrazi bin Ahamad Samsuri(Serdang)- 7 gol


Bola jaring mini
Johan : PASTI Kawasan Serdang
Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat

Penjaring terbanyak : Adik
Iman Nur Rumaisha Bt Azrin (Gombak)- 24 gol

Tahniah bagi pasukan yang menang, bagi yang tewas, boleh mencuba lagi ditahun akan datang. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor, terutama kepada petugas-petugas daripada PASTI dan MGP Negeri Selangor, PASTI dan MGP Kawasan-kawasan, DPP Kota Raja, Briged Muslimat dan Nisa', Jabatan Amal Kota Raja dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga kepada YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar bin Shamsuddin, Ahli Majlis MPK Zon N49B, Tn Hj Termizi bin Ismail yang banyak membantu melicinkan perjalanan Pesta Sukan Negeri Selangor 2010.
InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kontigen PASTI negeri Selangor di Pesta Sukan PASTI Malaysia di Pulau Pinang bulan Jun ini.

Dari kiri(hadapan): En Mad Shahmior(ALP), YB Dr. Hjh Halimah Bt Ali,
Pn Norhayati(MGPNS)
Dari kiri (belakang) : En. Mohd Ryne(Pengarah Sukan), En. Mohd Rozi(ALP),
Tn. Hj Termizi (Ahli Majlis MPK), En. Mohd Aslam (S/U PASTI Selangor)
En. Azman Mah Husin(ALP)

Kehadiran para ibubapa untuk memberi sokongan

Persiapan Para Kontigen

Nyanyian lagu, ikrar oleh pelajar-pelajar PASTI

"Wajah-wajah inginkan kemenangan dari pelajar-pelajar"

Penyampaian cenderahati kepada YB Dr. Halimah

"Inilah bakal pengganti penyerang bola sepak Selangor"

"Yes, juara milik kami. Kita rampas dari Hulu Langat ."