Selangor Juara lagi Alam Ria Kebangsaan 2012

16 Sept. 2012, Kelantan: Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan para guru dan peserta telah mengekalkan status PASTI Negeri Selangor(PNS) sebagai Juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Misi mengekalkan juara keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011 telah dirancang sejak Alam Ria Negeri Selangor 2012 (ARNS2012) dijalankan. Segala persiapan telah dilakukan dengan mesyuarat jawatankuasa diadakan bagi membincangkan perjalanan, latihan yang berbaki 2 minggu selepas ARNS 2012 serta kos-kos berkaitan untuk ke Negeri Kelantan Darul Naim.

2 Bas telah bergerak ke Kelantan dengan membawa seramai 2 wakil kontigen negeri, 18 orang guru pengiring, dan 34 orang peserta penyokong PASTI Selangor telah hadir dan menyertai bagi setiap acara yang dipertandingkan. Pendaftran kontigen negeri pada 15 September 2012(Sabtu) seawal 10pagi sehingga 4 petang kemudian dibawa ke homestay yang di tempah. Keseluruhan acara berlangsung pada 16 September 2012 seawal jam 9 pagi dengan 11 acara dipertandingakan di Pusat Tarbiyah Kelantan(PUTIK).

Majlis perasmian penutup telah berlangsung jam 2.00petang dan diserikan dengan persembahan para peserta yang terpilih. Alam Ria PASTI Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa selaku Timbalan Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.B Haji Muhamad Bin Mustafa dengan di iringi oleh Hj. Hassan Hj. Ahmad(Ketua Pengarah PASTI Malaysia) dan Y.B Haji Abdul Latiff Abdul Rahman(Ketua Pemuda PAS Kelantan). PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada tuan rumah Negeri Kelantan yang berjaya menjayakan Alam Ria PASTI Malaysia 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan moga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah.


***Hasil  Kemenangan ini, Pengarah PASTI Selangor telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada Jumaat 21 September 2012(5 zulkaedah 1433H) bagi seluruh PASTI cawangan di Negeri Selangor.

Berikut adalah keputusan pemenang mengikut negeri:
rujukan: http://pastipusat.wordpress.com/2012/09/16/tahniah-kepada-semua/


KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2012

1.PIDATO

NEGERI
JOHANTERENGGANU
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAKEDAH

2.AZAN
NEGERI
JOHANPULAU PINANG
NAIB JOHANPERAK
KETIGAKEDAH

3.KHUTBAH
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANKELANTAN
KETIGAPERAK

4.BERCERITA (L)
NEGERI
JOHANSELANGOR
NAIB JOHANKELANTAN
KETIGAKEDAH

5.Bercerita (P)
NEGERI
JOHANTERENGGANU
NAIB JOHANPERAK
KETIGAPAHANG

6.SAJAK (L)
NEGERI
JOHANWILAYAH PERSEKUTUAN
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAKELANTAN

8.HAFAZAN (L)
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANSELANGOR
KETIGAPERAK

9.HAFAZAN(P)
NEGERI
JOHANPERLIS
NAIB JOHANMELAKA
KETIGAKELANTAN

10.NASYID
NEGERI
JOHANKEDAH
NAIB JOHANJOHOR
KETIGAPERAK

11.KALAM JAMAI’E
NEGERI
JOHANSELANGOR
NAIB JOHANMELAKA
KETIGAPULAU PINANG

JOHAN KESELURUHAN :
PASTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


Suassana Dewan Bercerita


Peserta bercerita Perempuan dari Selangor

Suassana Dalam Dewan Utama

Majlis Penutup

Ucapan aluan Hj Hassan Hj Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia

Kehadiran dif kehormat

Menanti dengan debaran

Persembahan terpilih, Kalam Jamaie dari Selangor

Ucapan perasmian, Y.B Hj Muhamad Bin Mustafa


Penyampaian Hadiah Kepada N.Johan Hafazan Lelaki, dari Selangor


Penyampaian Hadiah Johan Bercerita Lelaki dari Selangor

Penyampaian hadiah N.Johan Sajak Lelaki dari Selangor

Penyampaian Hadiah  N.Johan Pidato Perempuan, Dari Selangor

Johan Kalam Jamaie, dari Selangor

Penyampaian Hadiah Juara Keseluruhan, PASTI Negeri Selangor

Gamba kenangan guru, peseta dan ALP PASTI Selangor



ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012

2 Sept. 2012, KAPAR: Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012. Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang seluruh PASTI Kawasan berkumpul bagi menonjolkan bakat pelajar mereka melalui pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk dua acara baru dimana satu acara hanya diperingkat Negeri Selangor sahaja iaitu Mengeja cepat dan satu lagi Kalam Jamaie yang dipertandingakan di peringkat Kebangsaan. Para peserta telah sampai seawal jam 8pagi lagi bagi mendaftarkan diri serta membuat persiapan akhir sebelum acara bermula disetiap dewan pertandingan.

Acara berakhir sekitar jam 12tghari dan peserta berehat sambil menanti Jawatankuasa Hakim mengira markah serta rumusan pemenang bagi setiap acara. Majlis Perasmian penutup Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012 telah di Rasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas bantuan  ahlijawatankuasa serta para petugas dan  pimpinan dari pelbagai peringkat yang membantu menjayakan program dari awal hingga akhir.

Tahniah juga di ucapkan kepada semua pemenang manakala yang tidak berjaya cuba lagi. Juara Keseluruhan kali ini telah dirampas oleh PASTI Kawasan Kapar iaitu tuan rumah Hari Alam Ria tahun ini.Johan bagi setiap acara akan mewakili PASTI Negeri Selangor dengan misi mengekalkan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia di PUTIK, Negeri Kelantan pada 15 dan 16 September 2012(Sabtu dan Ahad). Selamat berjuang dari Kami seluruh Ahli Lembaga Pengerah PASTI Negeri Selangor. Berikut adalah keputusan bagi semua acara yang dipertandingkan semasa ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012:

Acara Nasyid Berkumpulan
Johan          - PASTI Kawasan Sepang
Naib Johan - PASTI Kawasan Kapar
Ketiga        - PASTI Kawasan Klang

Acara Hafazan Lelaki
Johan          - PASTI Kawasan Gombak
Naib Johan - PASTI Kawasan Serdang
Ketiga        - PASTI Kawasan Kuala Langat

Acara Hafazan Perempuan
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Kota Raja

Acara Bercerita Lelaki
Johan          - PASTI Kawasan Sepang
Naib Johan - PASTI Kawasan Kuala Langat
Ketiga        - PASTI Kawasan Selayang

Acara Bercerita Perempuan
Johan          - PASTI Kawasan Kota Raja
Naib Johan - PASTI Kawasan Serdang
Ketiga        - PASTI Kawasan Shah Alam

Acara Azan
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Gombak

Acara Sajak Lelaki
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Kuala Langat
Ketiga        - PASTI Kawasan Kuala Selangor

Acara Sajak Perempuan
Johan          - PASTI Kawasan Gombak
Naib Johan - PASTI Kawasan Kapar
Ketiga        - PASTI Kawasan Kuala Selangor

Acara Khutbah
Johan          - PASTI Kawasan Kota Raja
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Petaling Jaya Selatan

Acara Pidato
Johan          - PASTI Kawasan Shah Alam
Naib Johan - PASTI Kawasan Gombak
Ketiga        - PASTI Kawasan Puchong
 
Acara Mengeja Cepat (Di peringkat Negeri Sahaja)
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
Naib Johan - PASTI Kawasan Selayang
Ketiga        - PASTI Kawasan Hulu Langat

Acara Kalam Jamaie
Johan          - PASTI Kawasan Gombak
Naib Johan - PASTI Kawasan Kuala Selangor
Ketiga        - PASTI Kawasan Selayang

JUARA KESELURUHAN
Johan          - PASTI Kawasan Kapar
(4 Johan, 2 Naib Johan)
Naib Johan - PASTI Kawasan Gombak
(3 Johan, 1 Naib Johan, 1 Ketiga)
Ketiga        - PASTI Kawasan Kota Raja
(2 Johan, 1 Ketiga)

 Suassana Dewan Pertandingan Kalam Jamaie
Juri Hakim Kalam Jamaie

Persembahan pelajar

Suassana penonton

Persembahan pelajar kawasan Kuala Selangor

Persembahan pelajar kawasan Gombak
Suassana Sepanjang Program

Peserta Hafazan

Peserta Khutbah

Peserta bercerita
 Suassana Dewan Pertandingan Nasyid
Persembahan nasyid

Juri Haki

Suassana luar dewan utama

Ragam peserta dan penonton
 Suassana Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Khemah tambahan disediakan bagi kegunaan ibubapa dan tetamu

Suassana luar dewan sepanjang majlis penutup

Suassana dalam dewan semasa majlis penutup

Antara tetamu VVIP yang hadir
 
Ucapan Pengarah Program: Cikgu Syukri

Ucapan perasmian oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor

Suassana tetamu dan pelajar

Johan Acara Nasyid, PASTI Kawasan Sepang

Johan pertandingan Kalam Jamaie, PASTI Kawasan Gombak. Hadiah disampaikan oleh Bendahari DPPNS

Tempat Ketiga Keseluruhan Alam Ria NS 2012 PASTI Kawasan Kota Raja

Naib Johan Keseluruhan Alam Ria NS 2012, PASTI Kawasan Gombak

Johan Keseluruhan Alam Ria NS 2012, PASTI Kawasan Kapar

Turut disampaikan Pemenang 3K(Keceriaan, Kebersihan & Keselamatan) dari PASTI Kawasan Puchong

Buletin PASTI Negeri Selangor 2012

UNTUK PAPARAN PENUH SILA KLIK LAMPIRAN, KEMUDIAN RIGHT KLIK & KLIK VIEW IMAGE.