Peperiksaan Setara PASTI Negeri Selangor

Pelabuhan Klang, 11 November 2010: Bertempat di dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK), Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang peperiksaan setara PASTI peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 44 orang pelajar 5 dan 6 tahun dari 22 kawasan hadir dalam peperiksaan ini. Turut menemani pelajar ialah ibubapa mereka selain guru pengiring dan wakil Majlis Guru PASTI kawasan masing-masing. Segala penandaan dan pemarkahan dilantik daripada guru-guru yang berkelayakan oleh unit peperiksaan PASTI Negeri. Urusan peperiksaan dan pemarkahan diselia dan dipantau oleh ALP PASTI Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh seluruh PASTI kawasan dan mereka yang membantu menjayakan peperiksaan ini. Tahniah diucapkan buat pelajar-pelajar sekalian kerana berjaya mencuba.

Berikut adalah nama kawasan dan tiga markah tertinggi bagi peperiksaan ini:

5 Tahun
1-Gombak: 89%
2-PJS : 88%
3-PJU : 87%

6 Tahun
1- Hulu Langat : 95%
2- Gombak : 94%
2- Serdang : 94%

Pengawas peperiksaan sibuk menguruskan dewan

Dimulakan dengan bacaan Doa

Penanda kertas peperiksaan menanda kertas

Suassana diluar dewan, Para ibubapa, guru dan pengerusi kawasan menunggu