ijtimak tarbawi Guru PASTI

Gombak, 29 Jan 2012: Bertempat di Surau Al-Khafi, Taman Pinggiran Batu Caves telah berlangsungnya seminar pilihanraya Guru-guru PASTI Negeri Selangor. Ianya khusus untuk memberi penerangan berkenaan pilihanraya bagi membolehkan guru-guru PASTI bersama membantu menjalankan gerak kerja pilihanraya. Seminar ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Selangor sektor pilihanraya, Sdr Mad Shah Mior Bin Mad Kosim.

Selepas sesi penerangan, guru-guru dihantar ke lokasi tertentun bagi menjalankan praktikal penerangan dan gerak kerja pilihanraya. Majlis dirasmikan oleh Pengarah PASTI Selangor iaitu Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua guru dan pengurusan yang terlibat dan menjayakan program ini.

Sdr Mad Shah memberi penerangan

Kehadiran guru-guru mengikut kawasan

Suassana di dalam surau


Ustaz Hasbullah memberi kata-kata semangat buat guru-guru