Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran MGPNS

Sijangkang, 27 Ogos 2010: Puasa tidak menandakan aktiviti PASTI diam atau berehat seketika. Ia tetap berjalan tetapi dengan pengisian yang berbeza iaitu lebih kearah ibadah sunnah atau dengan ertikata lain kurang melakukan kerja berat seperti bulan-bulan lain. Namun pengisian tahunan dibulan Ramadhan tetap diadakan bagi bersama berkumpul dan bagi mengeratkan silaturahim serta meningkatkan tarbiah para guru.

Majlis Guru PASTI Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran MGPNS di Dewan Orang Ramai Bt.7 Kg.Sijangkang,Kuala Langat. Ia dihadiri seramai 220 orang guru dari 22 buah kawasan. Majlis ini diserikan lagi dengan acara memasak bubur lambur untuk diberikan pada guru-guru serta ALP PASTI Selangor yang hadir. Majlis dirasmikan oleh ADUN Sijangkang, YB. Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi. Turut hadir majlis ini Pengarah PASTI Negeri Selangor Ust. Hasbullah Mohd Ridzuan, Ketua Pemuda PAS Kuala Langat, Ust Ridzwan Rahmat, ALP PASTI Selangor, serta Pimpinan PAS Kuala Langat.

Pendaftaran Para Guru PASTI

Guru-guru PASTI sedang memenuhi tempat duduk


Kehadiran Perasmi, YB Dr. Ahmad Yunus

Suassana Dewan yang telah dipenuh oleh para guru dari 22 kawasan

Diantara ALP PASTI Negeri Selangor yang hadir


Diantara AJK MGPNS serta wakil MGP Pusat

Para tetamu VIP yang hadir