KURSUS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 5 TAHUN PASTI NEGERI SELANGOR


Kepada :


Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan

Majlis Guru PASTI Kawasan-kawasan


Saudara/Saudari,


Kursus Pemantapan Huraian Sukatan Pelajaran 5 Tahun (HSP) 2009 dan KAPP 2 PASTI NEGERI SELANGOR


Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan menganjurkan program diatas mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 7-9 Ogos 2009

Masa Pendaftaran : 4.00 petang 2009

Tempat : MAPPETRA, Batu 23 1/2, Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

Pendaftaran Peserta : RM 100.00 / 1 orang TERHAD UNTUK 200 ORANG

Peserta : Guru-guru yang mengajar murid 5 Tahun (guru lama dan baru)


2) Sumbangan Kawasan-kawasan wajib RM100.00 setiap

kawasan, akan dimasukkan dalam akaun PASTI NEGERI SELANGOR. Guru sila bawa bersama Buku Persediaan Mengajar, buku teks 5tahun, Buku Rancangan Tahunan Mengajar, Buku huraian Sukatan 5 Tahun. Sila sahkan kehadiran kepada saya (0192144296) ATAU Puan Jaswati ,Setiausaha MGP (0123277058) ATAU Saudara Hafiz (013-3449306) sebelum atau pada 2 Ogos 2009.


Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallah khairan kathira.


“25 Tahun PASTI Memimpin

Perubahan”

” PASTI FOR ALL ”


Sekian, terima kasih,


Yang menjalankan tugas,


………………………..

(Mohd Aslam B. Mohd Khanani)

Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor

0192144296