APC PASTI Negeri Selangor 2010

Shah Alam, 24 Disember 2010: Majlis gilang gemilang penutup 2010 merupakan satu titik sejarah bagi anak-anak PASTI yang cemerlang di peringkat kawasan masing-masing. Bagi meraikan kejayaan pelajar, PASTI Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Negeri Selangor 2010. Bertempat di Dewan Rumah Rehat Exco Kerajaan Negeri Selangor serta dihadiri oleh para pelajar cemerlang di peringkat kawasan bersama guru dan ibu bapa mereka.

Majlis dirasmikan oleh Yg. Bhg. Saudara Adram Bin Musa iaitu Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis di mulakan dengan bacaan doa serta diserikan lagi dengan persembahan bercerita dan nasyid oleh pelajar yang memenangi pertandiangan Hari Bakat PASTI Negeri Selangor 2010. PASTI Negeri Selangor mengucapkan tahniah dan semoga para pelajar terus maju kehadapan serta menjadi pemimpin serta pejuang Islam yang di redhai Allah.


Pendaftaran pelajar serta tetamu...

VIP menjamu selera

Suassana kehadiran Ibubapa, pelajar dan guru

Persembahan bercerita oleh pelajar.

Persembahan Nasyid dari PASTI Kawasan Kapar

Ucapan Perasmian Oleh Sdr Adram Bin Musa

Gamba Kenangan Bersama Pelajar Cemerlang

Kursus Transisi- PASTI Negeri Selangor

Gombak-9 Muharram(15 Dis.2010) : Seramai 57 orang guru PASTI mewakili kawasan-kawasan seluruh Negeri Selangor hadir dalam kursus transisi yang diadakan pada 8.30pagi di Pejabat PASTI Malaysia. Kursus ini diadakan di peringkat PASTI Negeri Selangor dibawah Unit Latihan dan Prfesional dan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Profesional PASTI Malaysia.

Kursus ini memberi pendedahan kepada guru-guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada awal sesi persekolahan 2011 nanti. Guru-guru akan mengendalikan 2 minggu pertama persekolahan tanpa menggunakan buku teks dan buku kerja, sebaliknya menggunakan pendekatan yang disampaikan melalui kursus ini. Guru-guru yang hadir pula akan berkongsi ilmu di peringkat kawasan pada minggu depan.