PASTI Selangor Juara Keseluruhan

Kuala Kangsar, 17 September: Tahniah pada kontigen PASTI Selangor kerana berjaya merangkul juara keseluruhan bagi Alam Ria PASTI Malaysia 2011. Majlis gilang gemilang ini telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh 12 buah negeri. PASTI Selangor meraih 4 kejuaraan dalam acara bercerita lelaki, hafazan lelaki, hafazan perempuan dan Nasyid. Bagi acara lain, hanya sajak di tempat kedua. Ini merupakan hadiah bagi merawat kekecewaan dalam menjuarai pesta sukan yang lalu dengan mempamerkan bakat-bakat akedemik pula.

Majlis penutup dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Turut hadir majlis penutup adalah isteri YB, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia serta Para Kontigen yang menyertai Alam Ria PASTI Malaysia. Hadiah disampaikan oleh YB kepada para pemenang. Tahniah Seluruh jawatankuasa pelaksana Alam Ria PASTI Malaysia 2011. Bagi yang berjaya kekalkan bakat anda untuk digilap ke peringkat lebih baik. Mereka yang tidak berjaya usaha untuk kejayaan masa hadapan.


YB. Dati Seri Nizar bersama isteri

Gamba kenangan ALP PASTI Selangor bersama pemenang

Gamba kenangan MGP Selangor bersama pemenang

Alam Ria PASTI Malaysia 2011

Kuala Kangsar, 17 September 2011: Alhamdulillah Alam Ria PASTI Malaysia 2011 yang telah "dijenamakan semula" dari Hari bakat sedang berlangsung di Kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Tujuk acara dipertandingkan dengan 3 acara daripadanya dipecahkan 2 ketegori iaitu ketegori lelaki dan perempuan. Kontigen Selangor telah selamat tiba semalam sebelum azan waktu zohor berkumandang dengan menaiki 1 bas dan diiringi 1kereta ALP serta ibubapa. Kontigen Selangor telah menginap di Sungai Perak Resort.

Acara azan, khutbah dan pidato telah selamat berlangsung malam tadi iaitu 16 september 2011. Baki acara bersambung hari ini bermula jam 8.30pg td. Para peserta dari seluruh negeri masing-masing memberi persembahan yang terbaik. Tidak terkecuali para peserta dari kontigen Selangor yang cube meraih kemenangan. Diharap persiapan serta latihan yang telah diberikan dapat memberi hasil kepada kontigen Selangor, InsyaAllah....


3 Acara , Azan, Pidato & Khutbah mula pada malam sabtu

MGP yang turun memberi sokongan


Suassana Dewan utama pada malam sabtu

ALP bergambar bersama peserta Hafazan dan membantu kelancaran perjalanan Peserta