Hari Kecemarlangan PASTI Negeri Selangor

Pada 23 Januari 2010 lepas, PASTI Negeri Selangor mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Negeri Selangor bagi tahun 2009 bertempat di Institut Pertanian Serdang. Seramai 44orang murid 5 dan 6 tahun daripada 22 kawasan seluruh Negeri Selangor telah diraikan dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi. Adik Munawwarah Bt. Mahadi dari PASTI Bestari kawasan Puchong dinobatkan sebagai murid terbaik 5 tahun dan adik Mohammad Aqil B. Mohd Idris dari PASTI Littel Ikhwan kawasan Kuala Selangor dinobatkan sebagai murid terbaik 6 tahun. Kedua-dua murid ini dipilih berdasarkan markah tertinggi dalam ujian penilaian PASTI Negeri SELANGOR yang diadakan pada 12nov 2009 yang lalu.

Kehadiran ibubapa dan guru memeriahkan lagi majlis
Ucapan aluan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor

Dr. Shafie Abu Bakar sebagai perasmi majlis

Sesi bergambar pelajar dengan VIP

Kursus Asas Perguruan & Kursus Pengurusan PASTI

Kursus Asas Perguruan PASTI 1 & 4 telah berlangsung pada 15-17 Januari 2010 lalu di D'Congkak Forest, Hulu Langat. Seramai 190 guru PASTI telah mendaftar bagi mengikut kursus ini dengan pecahan KAPP 1 terdiri daripada 120 orang guru-guru baru dan 70 orang guru melengkapkan KAPP 4. Sementara itu, pada minggu yang sama, Kursus Pengurusan PASTI juga telah diadakan di Suara Rimba Resort tidak jauh dari D' Congkak Forest pada 16 hingga 17 Januari 2010. Penyertaan kursus telah menarik seramai 101 orang terdiri daripada kalangan para pengerusi, pengurus dan bendahari PASTI kawasan dan cawangan. Sepanjang 2 hari berkursus, peserta telah didedahkan dengan ilmu pengurusan pentadbiran dan kewangan yang amat penting dalam pengurusan PASTI. Diharap sambutan penyertaan program seperti ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi bagi meningkatkan kualiti PASTI ketahap yang terbaik, InsyaAllah...

Para peserta KAPP 1

Para peserta KAPP 4

Guru-guru turut ditunjukkan cara mengajar solat dalam
praktikal solat
Antara peserta Bengkel Pengurusan PASTI

Ust. Hasbullah merasmikan majlis penutup
kedua-dua program

Bengkel Membuat Buku Kreativiti MGP kawasan Kota raja

9 Januari 2010, Satu taklimat dan bengkel membuat buku kreativiti guru-guru PASTI anjuran MGP kawasan Kota Raja telah diadakan di dewan MBSA Kg. Sungai Kandis. Program ini dihadiri seramai 23 orang guru dari cawangan PASTI Kota Raja. Program dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja, En. Mohd Ryne Bin Abdullah. Matlamat dan objektif program ini adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan serta menyelaraskan aktiviti kreativiti PASTI Negeri Selangor. Disamping itu juga, mendedahkan guru-guru PASTI agar lebih kreatif dan berinovatif .
Suassana program berlangsung
sesi penerangan oleh setiausaha MGP Kawasan,
Pn. Noraini.
Ketua MGP Kawasan Pn. Dzulina, memberi bimbingan
pada guru-guru dalam bengkel kreativitiAntara gelagat guru-guru yang khusyuk berkreativiti.
4 Januari 2010, Hari ini sebanyak 235 buah cawangan PASTI di Negeri Selangor memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bagi 225 buah cawangan PASTI lama, peristiwa yang sama kembali dan boleh diatasi dengan berbekalkan pengalaman yang lalu. Namun bagaimana pula bagi 10 buah cawangan PASTI baru yang memulakan operasi persekolahan tahun ini. Pasti ianya penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu diatasi. Mengikut statistik yang diperolehi peningkatan pelajar bagi setiap pasti dianggarkan sebanyak 10-40% bagi tahun ini. Ini kerana keyakinan para ibubapa keatas tahap atau silibus pendidikan PASTI yang terbaik dan berkesan.

suassana pembukaan PASTI AS-SYIFA', Kawasan Kota Raja

suassana PASTI Cawangan lain.

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.

Azrin bin Ab. Majid