Majlis Konvokesyan PASTI Selangor 2012

11 Nov 2012, Sg. Besar: Program menyaksikan pelajar cemerlang seluruh kawasan dalam Negeri Selangor dikumpulkan untuk mencari pelajar cemerlang peringkat negeri serta di raikan dalam Majlis Konvokesyen. Pelajar dan ibubapa telah hadir diawal pagi untuk sesi peperiksan dalam masa satu jam. Konsep soalan meliputi keseluruhan subjek pelajaran mengikut tahap umur 5 dan 6 tahun.

Selesai peperiksaan pelajar diraikan dalam acara gilang gemilang iaitu Majlis Konvokesyen PASTI Selangor. Majlis dirasmikan Oleh Ustaz. Hj. Mohd Fadzin Bin Taslimin iaitu YDP PAS Kawasan Sungai Besar. Pelajar yang mendapat markah tertinggi diumumkan sebagai pelajar cemerlang PASTI Selangor dan akan di bawa ke peringkat PASTI Malaysia untuk pencarian pelajar cemerlang PASTI Malaysia.

Pelajar bersedia
Para pelajar bersedia dengan jubah Konvo
Guru dan ibubapa mengambil gamba anak masing-masing

Ust. Hasbullah menyampaikan amanat

Ust. Hj. Mohd Fadzin merasmikan majlis

Kehadiran tetamu


Majlis Konvokesyen PASTI DUN Pelabuhan Klang.

3 Nov 2012, Klang: PASTI Kawasan Klang telah mengadakan Majlis Konvokesyen peringkat DUN Pelabuhan Klang bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Hamid Tuah, Telok Gong. Majlis ini dirasmikan oleh En. Suhaimi selaku penyelaras Dun Pelabuhan Klang. Semua PASTI iaitu 4 buah PASTI peringkat Dun telah menyertai majlis ini. Semua pelajar berjaya pelbagai peringkat diraikan. Semoga ia dapat penyuntik semangat anak-anak ini untuk terus maju dimasa akan datang. Selamat menjalankan Majlis Konvokesyen kepada semua PASTI di seluruh Negeri Selangor.

Ucapan Perasmian oleh penyelaras DUN


Ragam anak-anak PASTI

Ibubapa, penjaga dan keluarga pelajar yg hadir

Sabar menanti saat penerimaan hadiah anak-anak
AJK membantu mengatur pelajar
Penyampaian hadiah kepada pelajr 4 & 5 tahun

Penyampaian hadiah kepada pelajar 6 tahun