SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU PASTI SELANGOR















Temasya Food Court
, Glenmarie, Shah Alam-20 Julai..Sambutan Hari Guru PASTI Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Majlis Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Ahmad Yunus b. Hairi (ADUN Sijangkang).














Majlis dihadiri lebih 350 orang, terdiri dikalangan guru-guru PASTI mewakili 22 kawasan seluruh negeri Selangor, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Selangor serta semua Pengerusi PASTI kawasan-kawasan. Sebanyak 4 anugerah disampaikan dalam majlis ini. Seorang guru daripada setiap kawasan dipilih sebagai Guru Cemerlang PASTI kawasan,manakala Puan Zaleha Bt. Abd Hamid daripada PASTI kawasan Kuala Selangor dipilih sebagai Guru Cemerlang PASTI Selangor. Turut disampaikan anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat yang dianugerahkan kepada Pn Fatimah Bt. Hj. Daud. Bagi menghargai jasa individu yang banyak memberi sumbangan dan buah fikiran kepada PASTI, hadiah "Jasamu Dikenang" dianugerahkan kepada Tn. Hj. Rushdan B. Idrus. Majlis diakhiri dengan jamuan tenghari dan solat zohor. Pada Sebelah petangnya pula berlangsung Mesyuarat Agong Majlis Guru-guru PASTI Selangor.
PERUTUSAN SEMPERNA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatulllahi Wabarakatuh. Al-hamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izinnya, saya diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata.

“Guru Pendidik Sepanjng Zaman” Merupakan Tema Hari Guru pada tahun ini. Seorang pendidik yang cemerlang lagi berkesan seharusnya mempunyai jiwa yang lohor dan murni, penuh dengan keikhlasan mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat dan jemu. Panggilan penghormatan ‘Cikgu’ akan kekal terukir di sudut hati masyarakat, dan ia akan terus diabadi sepanjang zaman.

Marilah sama-sama kita mengimbas kembali pengalaman kita semasa kita berada di alam persekolahan. Terbayang akan wajah guru-guru yang telah mengajar dan mendidik kita sehingga membawa kepada kejayaan diri kita seadanya pada ketika ini. Tanda ingatan dan terima kasih, kita iringkan dengan sekalong doa dan hadiah Al-Fatihah kepada mereka semua.Biarlah ini menjadi amalan kita tanda terima kasih diatas ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kita.

Kini kita pula diamanahkan sebagai seorang guru mendidik anak-anak Pasti. Inilah juga harapan kita. Semoga dengan keikhlasan kita mendidik anak-anak Pasti, mereka juga akan sentiasa mengingati dan mendoakan untuk kita. Inilah merupakan hadiah yang paling bernilai bagi seseorang guru.

Semasa perhimpunan pulang, anak-anak Pasti di ajar dengan ucapan permohonan keredhaan ikhlas daripada cikgu Pasti yang berbunyi:

Terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu, halalkan segala ilmu yang di ajar kepada kami”.

Sebagai seorang guru yang insaf, ucapan sebegini juga harus kita panjangkan kepada guru yang telah mendidik dan mengasuh kita. Ilmu yang telah dicurahkan oleh guru kita tidak terbalas oleh kita.Sentiasalah kita mengingati dan mendoakan untuk guru yang mendidik kita sebelum ini. Semoga anak-anak Pasti juga akan mengingati dan mendoakan kesejahteraan untuk kita semua guru-guru Pasti. Saya mendoakan semoga guru Pasti seluruhnya mendapat Berkat dan Rahmat daripada Allh SWT. Amin…..

Diatas keberkatan dan kerahmatan inilah, guru Pasti akan menjulang kejayaan Pasti ke tahap yang lebih cemerlang dan diterima oleh semua lapisan Masyarakat. Sekian wasallam.

Khairiah Bt Muhammad
Pengerusi MGP Selangor

Assalamu'alaikum w.r.t

Kepada :


Pengerusi Kawasan-kawasan,

Majlis Guru-guru PASTI Kawasan,

Guru-guru PASTI cawangan-cawangan.

Tuan/Puan dijemput ke :

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Selangor 2008

“ Guru Pendidik Sepanjang Zaman ”

17 Rejab 1429

20-07-2008 (Ahad)

8.30 pagi – 1.00 tengahari

Temasya Food Court, Glenmarie

Perasmi > YB Dr. Ahmad Yunus b. Hairi (ADUN Sijangkang)


Pakaian

ALP Selangor :Baju melayu lengkap

Pengerusi PASTI Kawasan : Batik

MGP Selangor : Baju rasmi MGP Negeri

MGP Kawasan : Baju rasmi MGP kawasan

Urusetia Bersama : Batik


KURSUS APLIKASI 5 TAHUN; SAMBUTAN HANGAT, LUAR JANGKAAN















Seramai 169 guru PASTI seluruh Negeri Selangor termasuk 2 orang daripada PASTI Kuching dan Miri, Sarawak serta 10 orang guru PASTI wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertai Kursus Khas Perguruan; Aplikasi 5 tahun pada 11-13 Julai, baru-baru ini. Program berlangsung di D' Congkak Forest, Hulu Langat. Di dalam kursus ini, guru-guru diberi pendedahan dengan pekembangan terkini dalam pendidikan prasekolah negara serta memenuhi keperluan pendidikan masa kini.
Guru-guru turut didedahkan tentang aplikasi buku 5 tahun yang baru.



Kursus Khas Perguruan Aplikasi Buku 5 tahun 2008

Assalamu'alaikum w.r.t

Kepada Semua Guru-guru PASTI.


Kursus Khas Perguruan Aplikasi Buku 5 tahun 2008

Tarikh : 11 -13 Julai 2008 (3 petang Jumat-Ahad)

Tempat: D’Congkak Forest, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Peserta : Guru-guru 5 tahun PASTI seluruh negeri Selangor.

Catatan:

1. Kursus ini wajib kepada guru yang mengajar murid PASTI 5 Tahun.

2. Sila bawa semua buku teks dan latihan 5 tahun (1 set lengkap) ke tempat kursus .

3. Kursus ini juga penting kepada guru-guru Pakar Ambilan 1 & 2 kerana mereka perlu dimantapkan dengan pekembangan terbaharu dalam pendidikan.

Lense Perspektif ; Sekitar Pesta Sukan PASTI Kebangsaan 2008













Tim.Pengarah I, Saudara Mohd Rozi dan SUK, SaudaraHafiz,
bersama pasukan Sukan PASTI Selangor Sebelum melangkah
ke Padang Perdana.












Aksi Team Bola Sepak PASTI Selangor













Gimik Perasmian












Bersalaman sebelum lawan.....














Aksi Team Bola Jaring dalam salah satu perlawanan












Kontigen PASTI Selangor bergambar selepas menerima
Simbolik selaku Bakal Tuan Rumah Pesta Sukan PASTI Kebangsaan 2009

SELANGOR ;Bakal Tuan Rumah Sukan PASTI 2009















Tahun 2009 nanti, Selangor Bakal tuan rumah Sukan PASTI Kebangsaan. Perkara ini diumumkan dalam Majlis Penutup Sukan PASTI Kebangsaan di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini. Banner kejohanan Pesta Sukan PASTI 2009 disampaikan oleh Pangarah PASTI Pusat Tn. Hj. Azrin Abdul Majid kepada wakil Pengarah PASTI Negeri Selangor, Saudara Mohd Rozi Malek.Saudara Rozi merupakan Timbalan Pangarah I PASTI negeri Selangor.-

Selangor ; tempat Ke-4 Bola sepak, Ke-3 Bola Jaring Sukan PASTI Kebangsaan Di Kelantan






























Kota Bharu-28 JUN 2008. PASTI Negeri Selangor telah menghantar kontigen sukan ke Sukan PASTI Kebangsaan Di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan. Kontigen ini terdiri daripada satu pasukan Bola Sepak dan satu pasukan Bola Jaring. Sebanyak 13 pasukan daripada 13 negeri telah menghantar penyertaan kecuali Sarawak. Pasukan Bola Sepak Selangor menduduki tempat ke-4 manakala Pasukan Bola Jaring Selangor memenangi tempat Ketiga. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadian disempurnakan oleh YB Mohamad Zaki Ibrahim Adun Kelaboran merangkap Pengarah PASTI Negeri Kelantan.