22 Dis 2012, UNISEL Shah Alam: Julung-julung kalinya PASTI Malaysia
berjaya mengadakan seminar pengurusan PASTI Malaysia. Kehadiran peserta
meliputi dari kalangan pengerusi dan setiausaha PASTI Negeri dan kawasan
dalam Malaysia. Seminar yang bermula seawal 8.30 pagi ini telah
dirasmikan oleh sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha Dewan
Pemuda PAS Malaysia. Sdr Khairul Faizi juga telah melancarkan Dana Khas
Guru PASTI serta sistem pangkalan data ePASTI.
Pengisian
program dimulakan Manual Pengurusan PASTI yang disampaikan oleh Hj.
Hassan Hj. Ahmad iaitu Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Selepas rehat
tengahari di sambung oleh Prof. Madya Dr. Supyan Husin selaku Panel
Penasihat Kurikulim PASTI Malaysia berkenaan SOP PASTI selama sejam.
E-PASTI yang dilancarkan semasa perasmian dibentang oleh Sdr Mohd
Azahari Yahya selaku Pengarah Bahagian ICT PASTI Malaysia. Program
diteruskan dengan pembentangan KPI PASTI yang di sampaikan oleh Sdr. Mad
Shahmior Mat Kosim selaku Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia
(Sektor Ekonomi)
PASTI Negeri Selangor selaku tuan rumah mengucapkan tahniah di atas kejayaan program yang diadakan. Semoga ia memberi manfaat yang baik untuk jawatan kuasa yang terlibat menurunkan ke PASTI cawangan di seluruh Malaysia.
|
Penyerahan Dana Khas Guru PASTI |
|
Kehadiran Pengerusi dan Setiausaha |
|
Pembentangan pertama oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia |
0 comments:
Post a Comment