Selangor Tetap menang, Naib Johan

Marang, Terengganu, 25 Jun 2011: Padang Kompleks Latihan Telekom Malaysia Marang, telah menjadi saksi segala persembahan aksi bagi Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011. PASTI Selangor tidak perlu berduka dengan kekalahan dengan Perak. Telah menjadi lumrah atau adat perlawanan ada menang dan kalah. Tahun 2010 PASTI Selangor mengekalkan kejuaraan. InsyaAllah tahun depan cuba lagi di Kedah sebagai tuan rumah bagi Pesta Sukan PASTI Malaysia 2012. Pesta Sukan PASTI Malaysia di mulakan dengan acara perbarisan, nyanyian lagu Negaraku dan PASTI seterusnya dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah. Pertandiangan bermula selepas YB melakukan gimik perasmian iaitu menyepak bola ke gawang gol bola sepak. Tahun ini menampakkan kemeriahan yang berbeza kerana kesemua pasukan negeri yang hadir menunjukkan tentangan sengit pada pasukan lawan masing-masing.

Semua kontigen masuk ke padang

Gimik perasmian

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Awang. Sebelum itu YB Dato’ Seri Presiden telah sudi turun ke padang untuk beramah-mesra dengan pasukan Selangor dan Perak yang layak ke perlawanan akhir bola sepak. Dalam ucapan perasmian penutup, YB Dato’ Seri Presiden telah mengingatkan bahawa acara ini sebagai bukti PAS bersifat syumul. Beliau juga menegaskan bahawa slogan memimpin negara berkebajikan yang diperkenalkan di dalam muktamar PAS baru-baru ini mampu direalisasikan oleh semua elemen parti. Seterusnya YB Dato’ Seri Presiden menegaskan semua bahawa amal soleh mesti berlandaskan iman yang sahih. Akhirnya beliau mengingatkan bahawa matlamat bersukan adalah untuk membina jatidiri dan menguatkan ukhwah sesama Islam.

YB Dato’ Seri Presiden, beramah mesra dengan pemain

Gamba kenangan bersama Tuan Presiden

Gamba kenangan kontigen PASTI Negeri Selangor

Keputusan akhir bagi Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011,

Bola sepak:
J0han: Perak
Naib Johan: Selangor
Ketiga: Kedah
Keempat: Pulau Pinang
Pemain Terbaik: Mohd Firdaus Norhalim bin Shahrol( Penjaga Gol PASTI Perak )

Bola Jaring:
J0han: Terengganu
Naib Johan: Melaka
Ketiga: Johor
Keempat: Kedah
Pemain Terbaik: Sara Umairah bt Faisal( G S – PASTI Terengganu )

Johan Keseluruan: Terengganu

0 comments: