Lensa Perspektif ( Sukan)

Pesta Sukan Tahunan PASTI Darul Ulum 5 Kawasan Klang
26 April 2009 (Ahad) di Dewan MPK, Pandamaran Jaya, Klang.
Perasmi YB. Dr. Mariah Bt. Mahmud



gelagat anak-anak PASTI


Majlis Penyampaian Hadiah..



Pesta Sukan PASTI Kawasan Hulu Langat 19 april 2009 (Ahad)
Stadium Kajang.
Perasmi : Dr. Che Rosli B. Che Mat



YB.Dr. Che Rosli bersalam dan diperkenalkan oleh Saudara Mad Shah (ketua Pemuda PKHL) kepada peserta akhir perlawanan bola sepak & bola jaring.


YB.Dr. Che Rosli meniup wisel sepak mula perlawanan akhir bola sepak.



Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong 18 april 2009 (Sabtu)
Padang MPSJ, Bandar Kinr
ara 4
Perasmi : Saudara Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan
(Ketua Pemuada PAS ka
wasan Puchong)

Penyerang Dari Algeria jangan main-main....

acara bola jaring

......................................

Acara para bapa" kepakaran rembatan jauh sangat-sangat diperlukan"
Acara ibu-ibu...ingat senang nk "shoot" masuk bola.....



Pesta Sukan PASTI Kawasan Kuala Langat
12 april 2009 (Ahad)
di stadium Jugra, Telok Datok , Kuala Langat
Perasmi Pembukaan : Dr.Sallehuddin Bin Hafiz -Penyelaras DUN Morib/ Ahli Majlis Daerah Kuala Langat

Perasmi Penutup : YB. Dr. Ahmad
Yunus Bin Haji Hari -ADUN Kawasan Sijangkang


Perbarisan sukan anak-anak PASTI....."bakal-bakal perjuangan Islam"...





Lensa Perspektif

Lawatan Dewan Harian PASTI Negeri Selangor

Ke PASTI-PASTI kawasan Ampang

4 Mac 2009

Tuan Pengarah Jabatan PASTI N.Selangor, Ust Hasbullah bersama Unit Penaziran dan Setiausaha Kerja PASTI negeri, melawat PASTI-PASTI di kawasan Ampang





Lawatan Dewan Harian PASTI Negeri Selangor

Penilaian calon-calon tokoh Guru Negeri

9 & 10 April 2009

Tuan Timbalan Pengarah IV Jabatan PASTI N.Selangor, Saudara Mad Shah Mior bersama Unit Penaziran dan Setiausaha Kerja PASTI negeri, melawat dan menilai calon tokoh guru negeri.



">





KURSUS ASAS PENGURUAN PASTI NEGERI SELANGOR (KUMPULAN 2)

Perkara diatas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan menganjurkan program diatas mengikut ketetapan berikut:

KURSUS ASAS BUKU LOG 1 (KUMPULAN 2)

Tarikh : 27-29 Mac 2009

Masa Pendaftaran : 2.30 petang 27hb MAC 2009

Tempat : KOMPLEKS SUKAN SRI SIANTAN

Jalan Sungai Tua,Batu Caves, Selangor

Pendaftaran Peserta : RM 100.00 Seorang


2. Penyertaan adalah daripada Kawasan yang sebelum ini tidak dapat dimasukkan penyertaan dalam Kursus pada 27 Febuari 2009 yang lalu. Kawasan yang masih ada guru yang ingin berkursus juga dialu-alukan. (PENYERTAAN Kawasan: Serdang, Hulu Langat, Kota Raja, Shah Alam, Ampang,Klang)

3. Sumbangan Kawasan-kawasan wajib RM100.00 setiap kawasan, akan dimasukkan dalam akaun PASTI NEGERI SELANGOR.

sila bawa : buku rekod mengajar,huraian kurikulum, rancangan mengajar, buku log kursus perguruan,buku 5tahun bahasa Melayu-membaca & menulis.

KURSUS PERGURUAN PASTI 2009 & KURSUS PENGURUSAN PASTI NEGERI SELANGOR

KURSUS PERGURUAN PASTI 2009 akan diadakan di Kompleks Sri Siantan,Jln Sg. Tua , Batu Caves. Berikut adalah maklumat berkaitan kursus:


Tarikh : 27 feb(JUMAAT)-1 Mac 2009(AHAD)

pendaftaran 3petang-6.30petang 27feb 2009. rm 100


Peserta adalah guru-guru yang belum dikonvokan baru dan lama.

sila bawa : buku rekod mengajar,huraian kurikulum, rancangan mengajar, buku log kursus perguruan,buku 5tahun bahasa Melayu-membaca & menulis.

sahkan kehadiran sebelum atau pada 22 feb 2009

KURSUS PENGURUSAN PASTI 2009 akan diadakan pada 1 mac 2009 8.30pagi-5.00petang

semua pengurus cawangan dikehendaki hadir,jika tidak sila hantar wakil..





BACK TO SCHOOL 1430/2009...Perubahan Era Baru...


Sesi Persekolahan 2009 bermula pada 5 Januari 2009 hari Isnin yang lalu. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Selangor turut menjadi pilihan untuk ibu bapa menghantar anak-anak menjalani pendidikan pra-sekolah.Pada tahun 2008 yang lalu, bilangan murid PASTI di negeri Selangor adalah seramai 11,461 orang daripada 203 buah PASTI cawangan diseluruh Negeri Selangor. Pada tahun 2009 ini bilangan murid yang mendaftar di PASTI dijangka meningkat menghampiri 14,000 orang murid di Negeri Selangor.Tambahan pula Negeri Selangor dibawah Kepemimpinan Kerajaan Pakatan.

preview Hari pertama Persekolahansekitar lawatan di kawasan Hulu Langat
(SUK PASTI N. SELANGOR)

LEMBARAN BARU 2009/1430H....PALESTIN..SENSITIFKAH KITA???


Tirai permulaan tahun 1430 hijriaah, membuka lembaran dukacita buat umat muslim di bumi Palastin.Sebagai menunjukkan tanda bantahan,kita berdemonstrasi membantah kekejaman zionis, memboikot perusahaan yang berkaitan rapat dengan yahudi dan lain-lain tindakan sebagai tindakbalas kita yang peka. Akan tetapi, adakah bantahan kita ini reda seketika apabila zionis LaknatuAllah mengudurkan tenteranya dan berhenti menyerang saudara seakidah kita??..langkah kita masih panjang..

Yahudi memdidik anak-anak mereka membenci islam.Mereka mencirikan diri mereka sebagai yahudi tulen...

Apa pula tugas yang kita?kita perlu mentarbiyah anak-anak kita mengenali yahudi dan musuh0musuh Islam yang lain disamping kita memperkukuhkan ciri-ciri keislaman yang tulen dalam kehidupan kita....

Allahu'lam...



SUK PASTI N.SELANGOR

BACK TO SCHOOL 2009


(klik pada gambar)

Daftarkan anak-anak anda segera!!!
dibuka untuk 4Tahun, 5 Tahun & 6 Tahun

SALAM EIDILADHA 1429HIJRIAAH







PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS
Dikirim pada Disember 2, 2008 oleh idrisahmad
Muqaddimah

Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.

Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.

Jika sekiranya Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan Allah SWT, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahim AS maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat. Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim A.S melaksanakan kerana ini arahan Allah SWT. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah SWT tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah SWT.

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”

Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.

Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam PAS

· Bukan senang berjuang dengan Pas sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.

· Hendak memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana, kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.

· Terpaksa mengorbankan segala wang ringgit dan harta benda untuk perjuangan supaya cita-cita suci tercapai. Kerana Pas tidak dibantu oleh tauke arak dan judi, tetapi dibantu oelh tulang empat kerat ahlinya yang komited dengan fikrah perjuangan.

· Sudah menjadi lumrah dalam perjungan Pas, terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam dapat dihayati dengan baik oleh masyarakat di negara ini.

· Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Terdapat juga mereka yang hendak membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.

· Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana menyertai perjuangan Pas. Mereka menganggap perjuangan Pas anasir perosak Negara kerana terpengaruh dengan media di hadapan mereka.

· Realiti dalam Pas ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak kedepan memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun.

· Realiti yang dihadapi oleh pejuang Pas masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan Pas supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk kesenangan mereka pada masa hadapan.

· Oleh kerana Pas sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu pengorbanan yang besar kepada mereka yang memimpin Pas untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.

· Pengorbanan seorang ahli Pas ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan Pas kerana mera’i ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.

Bagaimana Untuk Menjadi Ahli Pas Yang Bekorban Untuk Islam.

Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.

· Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.

· Bersedia untuk berhadapan dengan halangan

· Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar

· Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah

· Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur

· Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
· Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa

· Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.· Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.

· Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.

Kesimpulan

Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh pejuangan Pas, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO- SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI MALAYSIA




PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

PASTI Malaysia akan menganjurkan satu pertandingan mencipta logo. Anda dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

TEMA

Logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia hendaklah memaparkan peranan PASTI Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pra sekolah.

SPESIFIKASI

1. Saiz

Reka cipta logo Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4 (saiz logo 15cm x 15 cm atau 6 inci x 6 inci ) dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam.

2. Rasional Reka Bentuk

Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia.

3. Warna

Persembahan logo boleh menggunakan tidak lebih daripada tiga warna,termasuk warna korporat PASTI Malaysia.

4. Keaslian logo

Reka bentuk logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan oleh PASTI Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua.

2. Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada
31 Disember 2008.

PASTI Malaysia
1027 Jalan Samudera Utama’
Taman Samudera Utama
68100 Batu Caves Gombak
Selangor

3. Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta. Borang penyertaan juga boleh disalin cetak atau diperolehi melalui laman web PASTI Malaysia : Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.

4. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak PASTI Malaysia tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

5. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik PASTI Malaysia. Selain itu, PASTI Malaysia mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek PASTI Malaysia.

6. PASTI Malaysia juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

7. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, PASTI Malaysia berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.

8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh PASTI Malaysia.

2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH

1. Satu hadiah sahaja yang akan diberi.

2. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai
RM 500.00 (Ringgit : Lima ratus sahaja) dan sijil penghargaan.

SELANGOR, JOHAN PERTANDINGAN 3K PASTI MALAYSIA




Selangor memenangi johan Pertandingan 3K PASTI MALAYSIA 2008.Pertandingan 3K (kecerian, kebersihan & Keselamatan) adalah yang julung kali diadakan oleh PASTI MALAYSIA.majlis penyampaian hadiah diadakan semperna perasmian IHTIFAL PASTI MALAYSIA di Sri Mentaloon, Kediaman Menteri Besar Kedah. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB. Tn. hj. Abdullah B. Jusoh, Exco Pendidikan,teknologi & maklumat dan komunikasi Kerajaan Negeri Kedah