MAJLIS KHATAM AL-QURAN MGPNS

6 Ogos 2012, Subang: Majlis tahunan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS) dibulan Ramadhan sempena Nuzul Quran di teruskan iaitu Majlis Khatam Al-Quran. Ia telah berlangsung di Masjid Kota Damansara, Seksyen 5 di dalam kawasan Parlimen Subang. Majlis ini di mulakan dengan bacaan Al-Quran semua guru dan di teruskan dengan majlis rasmi yang di hadiri oleh tetamu jemputan. Turut diselitkan tazkiran Ramadhan yang disampaikanoleh Ketua Pemuda PAS Subang.

Majlis ini turut meraikan ibu tunggal yang terdiri daripada Guru-guru PASTI dalam Negeri Selangor. Sedikit sumbangan saguhati dan cenderamata diberikan kepada mereka dalam menempuh kehidupan bersama anak-anak tanpa suami yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah S.W.T. Majlis ini dirasmikan oleh Cikgu Syukri Bin Kamaruzzaman selaku Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor.
Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Idulfitri.



Kesemua guru yang mewakili kawasan hadir



Sedikit pengisian

Saf kepimpinan MGPNS

Tetamu di kalangan ALP PASTI Selangor

Perasmi, YDPK subang, dan penyampai tazkirah



Guru-guru tekun mendengar tazkirah yang disampaikan



Pentazkirah

Turut hadir Ketus Muslimat Negeri Selangor




Penyampaian sumbangan













Dvd animasi PASTI


Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor 2012

20 Mei, Ahad. Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Sri Cempaka,National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) Bandar Baru Bangi.Majlis Dirasmikan oleh yang berbahagia Tuan Hj Hassan B. Hj Ahmad, Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Seramai 400 orang  guru diraikan dalam majlis ini.

Persembahan anak-anak PASTI
Persembahan Artis nasyid kumpulan Alif
Ikrar Guru
Perasmi Tn Hj Hassan bersama Tuan Pengarah PASTI 
Selangor, Ust Hasbullah. Turut hadir Ustzh Wan Haslina, 
Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor
Istimewa hadiah mengejut daripada Dewan Muslimat N.Selangor,
 Kek buat guru-guru PASTI

 Penyampaian Anugerah-anugerah;
Guru Pelatih cemerlang- 

Guru cemerlang kawasan-kawasan-






Tokoh Guru Khidmat Setia- PUAN SALINA BT. HJ TUKUL

Tokoh Guru PASTI N.Selangor; PN NORAINI BT SAIDON

Tokoh PASTI N.Selangor ; TN HJ. SHARUL IZA B. ISMAIL


Hadiah cabutan bertuah guru-guru;


 Persembahan istemewa daripada Tuan Pengarah PASTI N.Selangor. diklamasi sajak nurkilan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
 


Selamat Hari Guru


Sambutan Hari Guru
PASTI Negeri Selangor 2012
20 Mei 2012
Ahad 9.00pg-2.00petang
Bandar Baru Bangi

Muktamar DPPNS 2012

1 Mei 2012, Prima Selayang: Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kali ke-46 telah berlangsung dengan jayanya di Ideal Convention Centre. Acara tahunan telah dihadiri oleh semua perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan di 22 kawasan dalam Negeri Selangor. Majlis diisi dengan kata-kata taujihad serta perasmian yang di sampaikan oleh YB Dato' Takiyuddin Hassan selaku Penolong Setiausaha PAS Pusat.

Majlis di serikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan dan di teruskan dengan ucapan Ketua Pemuda PAS sebelum ucapan perasmian YB. Muktamar tahun ini juga mempamerkan video khas sukan bermotor yang telah dianjurkan oleh ARC(Alternative Riding Club) dan telah di siarkan oleh saluaran TV9. Penyampaian anugerah PASTI kawasan terbaik juga telah disampaikan pada majlis tersebut. PASTI Kawasan yang terbaik bagi ketegori A adalah Kapar manakala ketegori B adalah Gombak.

Semoga semangat muktamar DPPNS kekal ditahun-tahun yang akan datang bagi meneruskan agenda PAS dalam negeri Selangor. Diharap hasil muktamar ini dapat memberi semangat dan motivasi serta muhasabah seluruh ahli pemuda dalam mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor serta memenangkan Pakatan Rakyat di Malaysia.

Ucapan Persamian oleh YB Dato' Takiyuddin
Anugerah PASTI Kawasan Terbaik 2012 Ketegori A, Kapar
Anugerah PASTI Kawasan Terbaik 2012 Kategori B, Gombak
Para perwakilan

Soal jawab oleh Exco pimpinan DPPNS
Ucapan pergulungan Ketua Pemuda DPPNS
Saff Kepimpinan DPPNS
Tonggak utama DPPNS

Muktamar MGPNS 2012

22 April 2012, Shah Alam: Tahniah diucapkan kepada Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS) kerana telah berjaya melaksanakan Muktamar Dwi Tahunan Kali ke-6 MGPNS. Muktamar yang berlangsung gilang gemilang itu telah diadakan di Perbadanan Awam Perpustakaan Selangor(PPAS). Tarikh sejarah 22 april bersamaan 30 Jamadilawal 1433H ini merupakan perubahan jawatankuasa MGPNS untuk sesi 2012-2014. Dimana muktamar kali ini melibatkan pemilihan jawatankuasa yang baru setelah MGP kawasan melaksanakan proses yang sama di kawasan masing-masing selain mengesahkan mesyuarat tahunan yang lalu dan usul-usul dari MGP kawasan.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Sdr Mohd Sany Hamzan selaku Timbalan Ketua  Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS). Diharap penyampaian taujihad dari TKP dapat menyutik semangat guru PASTI Selangor agar dapat berkhidmat dengan ikhlas dan membantu mengekalkan kemenangan kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum muktamar bermula sesi taklimat pemilihan Jawatankuasa MGPNS telah di berikan oleh Sdr. Mohd Rozi Bin Malek. Manakala penerangan khusus tabung kebajikan PASTI juga di terangkan oleh Setiausaha kerja PNS Sdr Mohd Al-Hafiz Bin Adzhan. Ini Bagi melancarkan pemilihan serta pentadbiran PASTI di semua peringkat.

Para Guru Mendaftar

Suasana dewan
Ucapan Ketua Majlis Guru PASTI Selangor
Kata Taujihad dari TKP
Tetamu VIP yang hadir: Dari kiri, Pn Norhayati(Ketua MGPNS, Pn Maimoon(Penaziran Selangor), Pn. Nor Riha Yusof (DMPNS), Sdr Mohd Sany Hamzan(TKP DPPNS), Cikgu Syukri (Tim. Pgrh PNS), En. Rozi Malek(Tim. Pgrh PNS)
Penyampaian Saguhati kepada Ketua MGP Kawasan
Kerja pengundian berlangdung
Tahniah dan takziah diatas mereka yang berjaya memenangi dan menjadi saff kepimpinan MGPNS Keptusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad. Diharap ia dapat menguatkan lagi serta menantapkan lagi MGPNS ke peringkat lebih baik dan diredhai ALLAH. Berikut diumumkan saff kepimpinan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS) bagi sesi 2012-2014

Pengerusi Tetap: Pn. Aliah Bt Omar(Kuala Langat)
Timbalan Pengerusi Tetap: Pn.Azlinda Bt. Abu Hanifah(Shah Alam)

Pengerusi MGPNS: Pn. Norhayati Bt Abdul Razak(Selayang)
Naib Pengerusi MGPNS: Pn. Nor Jaswati bt Ismail(Klang)

Ahli Jawatankuasa MGPNS:
  1. Ustazah Salimah Bt. Sain(Sepang)
  2. Pn. Napisah Bt. Nawi(Gombak)
  3. Pn. Mazni Bt Osman(Kuala Langat)
  4. Pn. Mislia Bt Sohod(Sabak Bernam)
  5. Pn. Ruhaiza Bt Mohamed(Gombak)
  6. Pn. Rozita Bt Mad Yasin(Serdang)
Pemeriksa Kira-kira 1: Pn. Siti Fatimah Bt. Sabran(Kapar)
Pemeriksa Kira-kira 2: Pn. Normah Bt Palidin(Hulu Langat)

USRAH PERDANA MGPNS

3 Mac 2011, Shah Alam- Majlis Guru PASTI Selangor telah berjaya mengadakan Usrah Perdana di Perbadanan Perpustakaan Awam Tun Raja Uda, Seksyen 13, Shah Alam, dengan tajuk JIHAD GURU PASTI ABAD KE 21. Program dimulakan dengan ucapan aluan ketua MGPNS Puan Norhayati Abd Razak diikuti oleh ucapan perasmian oleh En Ahmad Shahrom B. Mohd Daud, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, menggantikan Ustaz Hasbullah Radzuan yang tidak dapat hadir. Naqibah adalah Puan Noraini Hussin, Timbalan Ketau Muslimat PAS Negeri Selangor.




Jelajah Seminar Pengurusan PASTI Siri 2

4 Mac 2012, Meru: Siri jelajah Seminar Manual Pengurusan PASTI Selangor telah melalui siri 2 bagi kawasan zon3 selepas siri pertama diadakan di kawasan Hulu Langat bagi daerah Zon2. Seminar ini melibatkan AJK PASTI Kawasan, Pengurus, Setiausaha, bendahari dan guru kanan cawangan bagi kawasan, Kapar, Kota Raja, Klang, Shah Alam, PJU, PJS, Kelana Jaya dan Sepang.Seminar ini menerangkan tentang manual pengurusan yang baru diterbit dan telah dikemaskini oleh Jabatan PASTI Malaysia. Tugas Jabatan PASTI Negeri membuat penerangan berkaitan pengurusan agar semua Jemaah pengurusan PASTI Kawasan dan cawangan tahu skop tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Tentatif program bermula dengan penerangan secara umum berkenaan PASTI oleh Timbalan Pengarah sektor Pengurusan iaitu Sdr. Mohd Rozi Bin Malek. Seminar ini di pecahkan beberapa slot pengurusan penting seperti kesetiausahaan disampaikan oleh sdr. Mohd Aslam bin Khanani, slot bendahari disampaikan oleh Tn. Hj. Hisham Mohd. Slot tambahan iaitu berkenaan IT di sampaikan oleh sdr. Mohd Al-Hariz Bin Adzhan.Pihak PASTI Selangor mengucapkan terima kasih diatas kehadiran 70 orang pihak pengurusan kawasan dan cawangan ke kursus ini. Semoga semua maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat bagi pihak pengurusan dalam meningkatkan prestasi pengurusan.


Menjamu selera

Sembang santai dan berkenalan pihak pengrusan

Suassana semasa kursus

Sesi soal jawab

Mualimah dan jemaah pengurusan muslimat

Slot sdr. Mohd Rozi Malek

ijtimak tarbawi Guru PASTI

Gombak, 29 Jan 2012: Bertempat di Surau Al-Khafi, Taman Pinggiran Batu Caves telah berlangsungnya seminar pilihanraya Guru-guru PASTI Negeri Selangor. Ianya khusus untuk memberi penerangan berkenaan pilihanraya bagi membolehkan guru-guru PASTI bersama membantu menjalankan gerak kerja pilihanraya. Seminar ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Selangor sektor pilihanraya, Sdr Mad Shah Mior Bin Mad Kosim.

Selepas sesi penerangan, guru-guru dihantar ke lokasi tertentun bagi menjalankan praktikal penerangan dan gerak kerja pilihanraya. Majlis dirasmikan oleh Pengarah PASTI Selangor iaitu Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua guru dan pengurusan yang terlibat dan menjayakan program ini.

Sdr Mad Shah memberi penerangan

Kehadiran guru-guru mengikut kawasan

Suassana di dalam surau


Ustaz Hasbullah memberi kata-kata semangat buat guru-guru

Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP1)

Sg. Congkak, 25 Disember 2011: Tahun 2011 masihi bakal sampai penghujungnya dan sesi persekolahan 2012 juga menjelang tiba. Bagi PASTI cawangan yang telah lama beroperasi persediaan guru-guru mungkin sempurna berbanding PASTI cawangan yang baru. Begitu juga guru-guru PASTI yang baru yang memerlukan pendedahan awal pendidikan kanak-kanak di PASTI. dengan inisiatif itu PASTI Negeri Selangor terus kehadapan berusaha mengadakan kursus-kursus latihan untuk guru-guru PASTI.

Bagi penghujung tahun 2011 ini unit latihan telah merancang KAPP 1(Kursus Asas Perguruan PASTI Siri 1). Ia terbuka pada guru-guru baru dan lama yang masih belum mengikuti kursus ini. Sasaran kursus ini adalah melibatkan negeri Selangor sahaja tetapi atas permintaan beberapa negeri ia dibuka bagi mereka yang memohon sahaja. Dalam kursus ini penekanan diberikan pada pehimpunan pagi dan cara komunikasi pada guru-guru. Turut di isi bersama asal usul sejarah penubuhan PASTI serta PAS sebagi pemahaman guru-guru bahawa PASTI ini adalah institusi pendidikan pra-sekolah dibawah PAS.

Terdapat juga pengisian solat kerohanian dan akidah bagi membersihkan jiwa guru-guru ini supaya ikhlas dalam perjuangan sebagai guru. Semoga guru-guru terus istoqamah dalam perjuangan dan mengambil inti pati kursus untuk di implementkan dalam pengajaran dan kehidupan seharian.

Kuliah Subuh


Praktikal guru


Gamba kenangan guru-guru