2008 : Anjakan Baru Dalam Pendidikan PASTI

Lembaran baru tahun 2008 telah meniupkan satu anjakan baru dalam pendidikan PASTI negeri Selangor. Bermula tahun ini, PASTI Negeri Selangor mengunakan buku baru untuk murid 5 Tahun. PASTI Pusat menerusi Unit Pembinaan Bahan dan Buku Teks PASTI telah menghasilkan buku baru untuk murid 5 tahun.

Menerusi bengkel buku teks yang telah diadakan pada tahun 2007 yang lalu, guru-guru pakar PASTI digandingkan dengan penulis profesional dari kalangan guru-guru terlatih KPM dan tenaga pakar para pensyarah universiti bertungkus lumus menyiapkan draf penulisan buku teks dan latihan seperti yang telah ditetapkan.

Penggunaan buku baru 2008 ini bertujuan memenuhi keperluan pendidikan masa kini disamping mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan prasekolah negara dan bagi memenuhi falsafah Pendidikan Islam , PASTI dan negara. Penghasilan buku teks PASTI kali keempat ini menyerlahkan aspek grafik yang bercirikan karikatur Islam dan mengambil kira latar belakang masyarakat majmuk Malaysia yang tidak prejudis terhadap pendidikan Islam. Ini bersesuaian dengan Visi dan Misi PASTI serta perancangan Pembangunan Pendidikan PASTI 2005-2011 yang telah dirancang.

Walaubagaimanapun, Pihak Pengurusan PASTI negeri Selangor memohon kemaafan di atas kelewatan buku baru ini.

0 comments: