Ziarah PASTI Negeri Selangor


16 Febuari 2010, kunjungan PASTI Negeri Selangor yang diwakili En. Mohd Al-Hafiz (Setiausaha kerja) bersama isteri dan En. Mohd Al-Hariz (Unit ICT & Dokumentasi) ke rumah Pn Farah Maswidar bt. Md Yusof (Guru PASTI Darul Ulum 5, Klang), untuk menziarahi suaminya yang mendapat kecelakaan di tempat kerja. Sumbangan Pihak PASTI Negeri telah dihulurkan melalui Pengerusi Kawasan Klang pada mesyuarat PASTI Negeri yang lepas(rujuk link).

Menurut Pn. Farah, kejadian berlaku pada 1 disember 2009 yang lepas iaitu selepas umat Islam menyambut EidulAdha. Menurut maklumat punca kejadian disebabkan kesan renjatan elektrik semasa kerja baik pulih dilakukan disubstation TNB. Suaminya koma di hospital selama 21 hari dan baru sahaja pulang ke rumah dua minggu atas kebenaran pihak hospital.

Keadaan suami beliau belum sihat sepenuhnya kerana kesan kejadian dari kemalangan terbabit menjadikan otak suami beliau belum dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan itu, suami beliau tidak dapat menggerakkan tubuh badan dan terpaksa makan menggunakan saluran tuib yang telah dipasang oleh pihak hospital pada badan suaminya.

Menurut perkembangan yang di sampaikan dari pihak hospital kepada Pn. Farah, hasil jagaan dan pemerhatian yang baik memberi perkembangan yang positif pada pesakit. Alhamdulillah, sehingga kini suami beliau boleh menggerakkan beberapa anggota badan. Turut bersama emak Pn. Farah yang sentiasa memberi semangat dan membantu menjaga suami Pn. Farah .

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi PASTI Negeri Selangor supaya dapat bersama membantu meringankan beban keluarga beliau dan berdoa agar suaminya cepat sembuh untuk menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Kami PASTI Negeri Selangor, berharap Pn. Farah dan sekeluarga sabar menghadapi ujian yang Allah berikan.

0 comments: