Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia



28 Mac 2010, satu Konvensyen Guru-guru Wanita Islam Malaysia telah diadakan di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor. Ia adalah anjuran Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat(DMPP) dengan kerjasama Lajnah Pendidikan DMP Negeri Selangor yang bertujuan untuk menghimpunkan tenaga pendidik wanita Islam. Secara tidak langsung adalah untuk menyediakan platform untuk menyuarakan pandangan, meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab guru serta menjalinkan ukhwah, kesefahaman dan kerjasama antara golongan pendidik wanita.

Penyertaan ini dihadiri kira-kira 120 orang pendidik dan terbuka kepada semua pendidik dari PASTI, ABIM, JIM, Sekolah Agama Rakyat dan swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan. Antara pengisian program adalah pembentangan kertas kerja iaitu, Sistem Pendidikan di Malaysia: Satu Analisa Kritis oleh AJK Muslimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali; Konsep Sistem Pendidikan Holistik: Satu Lontaran Inovatif oleh Prof. Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd, Penubuhan Sukarelawan Pendidikan Rakyat oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik juga Pengerusi dan Program Pembangunan Modal Insan-SPIES oleh Dr Halimah Ali, Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Pengisian program sehari ini turut diadakan sesi dialog, dan Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat. Program ini telah dirasmikan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf. Turut hadir dalam perasmian tersebut, Puan Hajah Jamilah Ibrahim, Mantan Ketua DMPP, Puan Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua DMP Negeri Selangor dan pimpinan muslimat negeri.

MGP Negeri Selangor bergambar bersama VIP

Gambar kenangan....

Gambar bersama VIP dan Urusetia yang terlibat

0 comments: