Pesta Sukan PASTI Kawasan Klang & Puchong

10 April 2010, gelombang Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor telah kembali. Ia semestinya menguja kesemua PASTI kawasan. Sifat teruja atau semangat kesukanan yang tinggi ini dapat dilihat apabila kebanyakkan PASTI kawasan telah mula merancang serta mengadakan Pesta Sukan PASTI di kawasan masing-masing. Hari ini dua PASTI Kawasan iaitu Klang dan Puchong telah berjaya mengadakan pesta sukan peringkat kawasan masing-masing.

PASTI Kawsan Klang telah mengadakan Pesta Sukan bertempat di Futsal 100plus, Pelabuhan Klang. Sebanyak 4 pasukan dari 4 PASTI cawangan dalam kawasan Klang telah menyertainya. Biarpun bilangan pasukan yang terlibat
sedikit, kemeriahanya tetap dapat dirasai dengan pelbagai adegan yang melucukan dari para penyokong dan anak-anak PASTI. Perlawanan yang diadakan di gelanggang futsal ini telah memberi kemudahan pada pihak penganjur kerana keadaan cuaca yang hujan diawal pagi.

Perlawanan yang bermula jam 8.30 pagi ini telah berakhir dengan PASTI Darul Ulum 5 telah merangkul gelaran johan bagi perlawanan bola sepak 2010. Manakala perlawanan bola jaring 2010 pula, telah dijuarai oleh PASTI Darul Ulum 4. Perasmian pentup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Klang, Ustaz Nazri Nawi.


"mari-mari masuk majalah atlet ni..."

Aksi anak-anak PASTI

Suassana Pesta Sukan PASTI Kawasan Klang

Pada hari yang sama PASTI Kawasan Puchong juga mengadakan Pesta sukan bertempat di padang MPSJ Puchong Indah. Pesta Sukan Tahunan PASTI Kawasan ‘Puchong Intan 2010’ kali ini disertai oleh 9 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 10 buah PASTI di Kawasan Puchong. Perlawanan yang bermula jam 9 pagi dengan cuaca hujan turun mencurah-curah, tidak mematahkan semangat para petugas dan peserta untuk menjayakan program tersebut.

Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan bebeberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan. Juara bagi pertandingan bola sepak telah dijuarai oleh PASTI Putra Permai, Bandar Putra Permai manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Bestari, Pusat Bandar Puchong. Penjaring Terbanyak bagi bola sepak dimenangi oleh adik Ahmad Aiman Solihin B. Azwa dari PASTI putra Permai dengan 4 gol, manakala penjaring terbanyak bagi bola jaring dimenangi oleh adik Nur Arisya Fatihah Bt. Razali dengan 15 gol.

Acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ust Mohd Soffiean Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Urusan Ulama, Ust Hayazi dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.

Suassana di gelanggang bola jaring

"Salam dan minta maaf ye, takut ada tersalah sepak td"

Antara tetamu VIP yang hadir

0 comments: