Peperiksaan Setara & Anugerah Pelajar Cemerlang

Banting, 12 November 2011:Dewan Jubli Emas Kg. Endah, Morib telah menjadi saksi sebagai lokasi peperiksaan setara PASTI Negeri Selangor. Seramai 42 orang pelajar 5 dan 6 tahun mewakili 21 kawasan di Negeri Selangor telah hadir. Peperiksaan kali ini dikendalikan sepenuhnya guru-guru sekolah yang tidak terlibat sebagai guru PASTI. Oleh itu segala keputusan adalah mutamad dan tidak di pengaruhi mana-mana pihak.

Selepas rehat dan solat zohor, program diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Negeri Selangor. Acara diteruskan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa yang di pimpin oleh Johan Hafazan Alam Ria PASTI Malaysia dari Selangor, Adik Muhammad Syakir. Nyanyian lagu Negeri Selangor, lagu PAS dan lagu PASTI menyusul sebagai penyeri pembuka majlis.

Para tetamu di ceriakan lagi dengan persembahan Johan Alamria PASTI Malaysia dari Selangor acara bercerita. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan. Seterusnya penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi setiap kawasan dan Pelajar cemerlang peringkat negeri Selangor. Majlis ini turut meraikan peserta johan semasa Alamria PASTI Malaysia.

Berikut adalah keputusan pelajar cemerlang peringkat PASTI Selangor.
5 tahun: Tuhfah Wafa Bt Hairul Faizi
6 tahun: Muhd Adam Haikal Bin Shahrullizal










0 comments: